BAB 25

200 22 10
                                    

Sedang sahaja Eryna menghirup air kopi yang berada di atas meja itu, matanya tertumpu kepada seorang jejaka yang mengenakan baju tidur berwarna kuning.

Semakin lama semakin dekat gerangan itu dengan dirinya.

"What a surprise, you betul-betul datang?" katanya kepada Aryan Zihni.

"Cakaplah cepat. Aku ni mengantuk tahu tak?"

Eryna tertawa kecil apabila melihat baju yang berwarna kekuningan itu memenuhi tubuh lelaki yang bergelar komando itu.

"Kau ingat aku ada masa ke nak layan kau gelak-gelak ni? Kau ingat aku badut ke? Memang aku datang sini nak hiburkan perempuan murahan macam kau" kata Aryan Zihni dengan lancang.

"Rilex you. I cuma rasa kelakar dengan fashion you. Wife you memang tak ada effort untuk style kan your outfit ke?"

"Kau ni bodoh ke lembab? Tengok jam tu dah pukul berapa? Owner kedai mamak pun tak pandanglah aku pakai baju apa"

"Sebelum aku humban kau dari tingkat tiga hospital ni, would you mind to tell me apa yang kau nak cerita sebenarnya?"

Sempat Eryna mengelap air mata yang keluar dari matanya akibat menahan tawa dengan cara pemakaian lelaki di hadapannya itu.

"Wife you tu sebenarnya bukanlah macam apa yang you nampak" katanya dengan selamba.

Aryan Zihni mula berkerut. Apalah yang minah ni nak cerita sebenarnya?

"Means?"

"I dah lama kenal Afaf. Kita orang belajar sama-sama, sampailah dia kerja dalam hospital ni pun sebab adanya I. I yang suruh daddy I ambil dia bekerja dekat sini"

"Ha, lepastu? Kau memang kena cerita satu-satu ke? Tak boleh cerita direct?" Aryan Zihni semakin geram dengan wanita di hadapannya itu.

Bila pula nak habis cerita kalau dari tadi asyik tersirat aje ayatnya.

"Nak ceritalah ni!"

"You tahu kan, yang ayah dia tu penghutang?"

Aryan Zihni tersenyum sinis. Tangannya digenggam kuat menahan segala emosinya.

Ikutkan hati mahu sahaja dia mencekak wanita itu tapi bila difikirkan semula persekitaran mereka yang kini berada di tempat awam, dia hanya mampu menahan geramnya di dalam hati.

"Kau memang tak reti beza penghutang dan peminjam ke? Kau bodoh ek? Aku kata dah kau memang lembab! Macam mana boleh jadi doktor?" sinis Aryan Zihni.

"Ish! Sabarlah!" makin lama lelaki itu berada di hadapannya, makin menaik darahnya dengan tingkah laku lelaki itu.

Sekarang baru dia terfikir bagaimana perasaan Afaf Adlina yang tinggal sebumbung dengan lelaki mulut puaka itu. 

"Kalau you nak tahu, ayah dia tu bukan hutang sikit tahu? Bertimbun-timbun hutang dia. Tapi, you tak pelik ke mana dia dapat duit sebanyak itu?"

"Lah, dia kan doktor bedah. Memanglah banyak duit" jawab Aryan Zihni sambil bersandar pada kerusi yang didudukinya sambil menyilangkan kedua-dua lengannya.

"You, gaji dia as surgeon dekat hospital ni semua dia simpan untuk kegunaan dia. You tengoklah kereta dia, telefon dia, barang kemas dia, semua mahal-mahal. Tapi hutang-hutang tu, dia guna duit siapa?"

"Kau nak bagitahu apa sebenarnya ni? Cuba cakap je takyah nak berbelit sana sini. Aku ni bodoh sikit nak faham kata-kata tersirat kau ni"

"Wife you tu ada anak ikan. Dari situlah dia dapat duit-duit tu" 

Aryan Zihni bingkas bangun dari duduknya dan memandang wanita itu ke dalam matanya.

"Kau, temberang je lebih kan? Macam mana aku nak percaya kalau perangai kau lagi teruk dari beruk?"

ARYAN ZIHNI:THE UNTOLD LOVE |OG|Where stories live. Discover now