BAB 26

112 21 4
                                    

Sejak pagi hingga ke petang, Afaf Adlina termenung seorang diri di dalam pejabatnya.

Kerja-kerja yang dilakukannya juga hanya ala kadar sahaja untuk dibandingkan dengan dirinya yang dahulu.

"Afaf, kau ok tak?" tanya Raisya yang duduk berhadapan dengannya.

Risau akan rakannya yang sedari tadi mengelamun tidak ingat dunia itu.

"Ok je" jawab Afaf Adlina dengan riak wajah yang kosong.

Namun, jari-jemarinya tidak henti berlatih untuk pembedahan yang akan datang.

"Kalau kau ada apa-apa masalah, kau bagitahu ajelah---"

"Aku ok! Berapa kali aku nak cakap yang aku ok, ok, ok!" jerkah Afaf Adlina.

Pisau bedah yang dipegangnya sebentar tadi dihentaknya di atas meja itu hingga berjaya membuatkan Raisya tersentak.

Menyedari tentang kelakuannya tadi, Afaf Adlina terus berlari keluar dari pejabatnya.

Sempat bibirnya mengucapkan ungkapan 'maaf' kepada rakannya yang masih terkaku itu.

Tanpa dia sedari, perlahan-lahan darah mengalir melalui ibu jarinya akibat geseran yang berlaku semasa dia menghentak pisau bedah itu di atas mejanya sebentar tadi.

Tombol pintu yang baru hendak dipulasnya dengan tiba-tiba sahaja terbuka dengan sendirinya.

"Nak pergi mana tergesa-gesa ni?" ujar Eryna sambil matanya memandang Afaf Adlina atas dan bawah.

"T...tak ada pergi mana-mana doktor" jawabnya.

"Harini you buat OT ya. Jangan mengada-ngada nak balik pula" arah Eryna dengan sesuka hatinya.

"Boleh saya tahu sampai bila?"

"Macam tak biasa buat OT pula you ni. Macam biasa. Sampai I masuk shift balik" ujarnya dan berlalu pergi meninggalkan Afaf Adlina.

Bibirnya diketap kuat menahan segala emosi yang kini menyerangnya secara perlahan.

Baru sahaja dia ditengking oleh suaminya semalam, tidur pun tidak lena. Sekarang, kena kerja lebih masa sampai esok pagi?

Hanya Tuhan yang tahu betapa banyaknya dia telah berdoa agar nyawanya ditarik daripada terus hidup dan dilayan seperti seorang hamba abdi kepada manusia yang tidak mempunyai hati perut!

Langkahnya yang baru sahaja dibuka, dihentikan apabila kepalanya berlaga dengan sesuatu permukaan yang agak keras.

"Jalan pandang depan sayang. Bukan pandang lantai yang berkilat ni"

Wajahnya dinaikkan dan tanpa sedar kakinya dengan perlahan-lahan mengundurkan dirinya daripada lelaki itu.

"Awak buat apa dekat sini?" soalnya.

"Ni, aku nak bagi lunch dekat kau. Kebetulan aku terdengar doktor gila tu suruh kau OT harini"

Tangan Aryan Zihni yang memegang beberapa bungkusan makanan itu dihulurkan kepada isterinya.

Afaf Adlina yang semakin menjauhkan dirinya daripada suaminya itu membuatkan Aryan Zihni memandangnya pelik.

"Kau dah kenapa asyik ke belakang je dari tadi?"

"Kalau terlanggar dada aku macam tadi tak apa. Ni kalau terlanggar dada uncle cleaner ke, pesakit-pesakit ke, kan dah jadi duda aku"

Mata Aryan Zihni terus tertumpu pada titisan merah yang jatuh di atas lantai itu.

Matanya terus naik untuk memeriksa setiap sudut untuk mencari punca cecair merah itu.

"Darah tu Afaf! Kau tak perasan ke? Meh sini jari tu" dengan selamba dia meragut tangan isterinya dengan paksaan.

ARYAN ZIHNI:THE UNTOLD LOVE |OG|Where stories live. Discover now