"sayangg jom bangunn kita nak pi pantai harini!!" kata Diyan sambil membuka semua tingkap di dalam bilik Melissa.
"awal lagi nii" Melissa kembali menarik selimutnya, tetapi tindakan Diyan lebih pantas darinya, Diyan menggulung Melissa dengan selimut lalu mengangkatnya masuk ke dalam bilik air.
"ouhh, taknak bangun ehh" kerana tidak mahu membuang masa yang lama, Diyan terus memandikan Melissa tanpa persetujuannya, dan sekarang Melissa telahpun siap mandi.
"haa macam ni kan dah cantik, wangi lagi macam baby" Diyan terus mencium Melissa tanpa berniat untuk melepaskannya "arghh takleh nafas" Melissa pun menolak Diyan, dan akhirnya pelukan Diyan terlepas.
"hahaha, okay jom sayang abang dah ready nak picnic" Diyan pun menarik tangan Melissa untuk turun ke bawah.
Di pantai
Melissa baring di atas picnic blanket lalu meletakkan kepalanya di atas paha Diyan, Diyan telah beberapa kali cuba untuk mencium Melissa, tetapi Melissa tetap menolaknya.
"ishh abang ni kan, malu laa mel" Melissa menutup muka dengan kedua tapak tangannya kerana malu, disebabkan Diyan telahpun menarik perhatian orang yang lalu lalang di kawasan pantai tersebut.
"hehe, mel bangun, nii abang ada beli sandwich tadi, jom makan" kata Diyan sambil mengangkat Melissa bagi tegap, "makan laa dulu, mel kenyang lagi laa, takpe simpan je nanti mel makan" kata Melissa yang menolak sandwich yang dibeli oleh Diyan.
Pada malam harinya
Ketika Melissa sedang asyik mengscroll tiktoknya tiba tiba keluar satu video seram di page yang membuatkan Melissa terkejut dengan jumpscare dari video itu. Dengan cepat Melissa keluar dari aplikasi tersebut, tetapi bayangan makhluk itu setia melekat di fikirannya, setiap kali menutup mata makhluk itu pasti terbayang.
Dia tiada pilihan lain, selain membawa plushie dan charger untuk tidur di bilik Diyan.
Diyan pov
"haiihh banyaknya kerja, baru je sehari aku cuti" Diyan pun menutup laptopnya untuk berehat dan tidur, tiba tiba pintu biliknya dibuka.
Kelihatan sosok Melissa yang masuk ke dalam biliknya dengan tergesa gesa sambil mengunci pintu, "mel mel are u okay? ni kenapa dah macam habis marathon" Melissa segera memeluk Diyan tanpa berfikir panjang.
"mel scroll tiktok, pastu keluar jumpscare, hantu tu seram gilaa, aaaa mel taknak tidur situ malam ni, mel nak tidur sinii nak tidur sini" kata Melissa yang mulai menangis.
"dah dah jangan nangis, okay okay sayang tidur sini malam ni, jangan nangis, abang ada kat sini laa, okay okay peluk kuat kuat"
Diyan sudah biasa dengan perangai Melissa yang takut dengan hal hal yang horror sebegini, ada lah 2-3 kali seminggu hari yang wajib Melissa tidur di biliknya kerana fyp tiktoknya yang keluar jumpscare.
"don't leave me abang, I'm begging you" kata Melissa sebelum nyenyak diserang rasa mengantuk yang kuat, "no sayang, I won't leave you alone, goodnight sayang" cupp... Diyan mencium dahi Melissa lalu memeluk membalas pelukan gadis itu.