Tangisan bayi lelaki seberat 3.0 kg memenuhi ruang bilik bersalin malam itu. Kesakitan yang tak tertanggung sejak beberapa jam yang lalu, kini serta-merta berlalu pergi.
Menitisnya airmata seorang lelaki yang baru pertama kali bergelar ayah. Bayi yang masih merah itu ditatap penuh kasih.
"Anak kita sayang" Leo tersenyum sambil menangis. Sungguh, dia sendiri tak tertanggung rasa bila melihat betapa sakitnya Darlina ketika mahu melahirkan anak mereka tadi. Dan barulah dia mengerti akan besarnya pengorbanan seorang ibu.
Darlina angguk. Dia menangis. Zuriat tanda cinta dia dan Leo yang ditunggu hampir 9 bulan ini, akhirnya sudah selamat lahir ke dunia. Alhamdulillah ya Allah kerana Engkau permudahkan urusan bersalin ku. Doa dipanjatkan kepada Ilahi atas nikmat kurnia yang sangat indah ini.
"Baby boy" Kata Leo lagi. Jemari tak henti-henti mengusap pipi si anak.
"Ya, copy paste daddy ni nanti" Darlina tergelak kecil.
Leo turut tertawa mendengar kata-kata isterinya. "Thank you Darlin abang. Abang janji tak akan biarkan isteri dan anak abang merasa susah walau sedikit pun" Tundukkan kepala, dahi Darlina dikucup penuh kasih.
Saban hari, cinta dan sayangnya pada Darlina, tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kini hidupnya hanya untuk isteri dan anak nya saja. Dia mahu mengganti semula masa 10 tahun yang telah terbazir begitu saja. Biar lah Darlina hanya merasa bahagia selepas ini. Tiada lagi duka dan sengsara.
Beberapa jam kemudian, Darlina sudah dipindahkan ke wad kelas pertama. Sebolehnya Leo nak berikan yang terbaik buat ratu hatinya itu. Tak nak isterinya merasa susah walau sedikit pun.
Tadi semasa mengazankan bayi mereka, tak sedar menderu-deru airmata nya jatuh membasahi pipi. Sebaknya perasaan bila bergelar seorang ayah sekarang ini. Anaknya yang terlena dalam pangkuan Darlina itu ditatap lagi. Entah kenapa sukar hendak kalihkan mata sekarang ini.
"Abang dah ada nama untuk baby kita?" Darlina turut memerhati si kecil yang rakus menyusu di dadanya itu.
"Abang nak namakan dia Isa Ridzuwan. Sayang suka tak?"
Darlina angguk. Sedap pula nama yang suaminya pilih.
"Darlin ikut aje apa yang abang pilih. Kan Isa? Nanti dah besar boleh kawan dengan Snow" Darlina tersengih.
"Eh kenapa pula nak kawan dengan Snow? Nanti Isa dah masuk usia 2 tahun, daddy bagi mummy mengandungkan adik pulak ye. Biar ada kawan"
"Abang!!" Terjerit Darlina mendengar perancangan suaminya itu.
"Hehehe.. boleh lah sayang.."
"Isa ni baru je beberapa jam usia dia, abang dah cakap nak tambah anak lagi?"
"Yelah. Kena lah buat plan awal-awal. Dah lupa eh abang nak 5 orang anak? Sayang tak nak setahun sorang, jadi abang buat anak dengan sayang 2 tahun sekali. Okay lah tu. Tapi berasmara tetap kena selalu" Leo angkat-angkat kening sambil tayang sengih gatal.
"Eeeeii perangai miang abang ni makin menjadi-jadi! Dasar lion!!" Darlina terus mencubit perut suaminya menyebabkan Leo terjerit kecil di situ.
Kemudian ruang bilik wad itu ditemani oleh suara gelak ketawa kedua-dua suami isteri itu.
********************
"Memang copy paste muka tuan lah Isa ni" Charles menjengok ke dalam katil bayi. Nampak lena saja baby Isa tidur. Kemudian Charles alih pandangan ke arah Darlina yang sedang tersenyum di situ.
YOU ARE READING
MY PROMISE | ebook
RomanceSebuah sequel LEO'S POSSESSION Charles Robert x Zara Imani