MY PROMISE 1

255 24 4
                                    

2 tahun kemudian..


"Asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah"

"Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

"Ahamdulillah. Kamu dah bergelar seorang muslim. Taatlah pada perintah Allah. Kamu antara hambaNya yang terpilih untuk mendapat hidayah daripada Allah. Semoga menjadi hamba yang beriman dan beramal soleh, Iman Charles Robert"

"Alhamdulillah. Terima kasih pakcik"

Senyuman kecil terukir pada ulas bibirnya. Di saat lafaz kalimah syahadah itu terlafaz dengan sempurna, dia seolah-olah merasakan dirinya telah dilahirkan semula ke dunia. Lahir menjadi seorang yang berbeza, dengan identiti yang berbeza dan dengan azam yang berbeza.

Melangkah kaki keluar dari pintu masjid, Charles pejam rapat kelopak matanya. Udara yang terasa segar dihirup dalam-dalam.

Dua tahun berada di Pulau Langkawi, banyak perkara yang dia belajar. Selama dua tahun itu juga dia banyak mencari tentang dirinya sendiri. Mencari tentang siapa pencipta dunia yang luas ini.

Kenangan lalu, banyak mengajarnya tentang erti hidup. 2 tahun dia menjadi anak perantau. Hanya sekali sekala dia ada berhubung dengan Leo. Dengar khabar sekarang Darlina sudah mengandungkan anaknya yang kedua.

Kedengaran gelojoh kan? Tapi itulah kebahagiaan buat mereka. Dia tumpang bahagia. Anak sulung Leo dan Darlina sudah menjangkau usia dua tahun sekarang ini.

Charles menghidupkan enjin motorsikal berkuasa tinggi nya. Selama dua tahun ini dia bekerja di resort The Blue Sea sebagai pembawa jet ski dan menjadi tenaga pengajar untuk aktiviti scuba diving kepada pelancong yang datang.

Dia bahagia dengan jalan hidup yang dia pilih sekarang ini. Tak sangka nikmat hidup sekarang terasa lebih mendamaikan jiwa.

Resort yang terletak di Pantai Cenang dituju. Charles terus memarkir motor besarnya di situ. Helmet ditanggalkan. Begitu juga dengan glove di tangan. Rambut yang sedikit messy itu dirapikan dengan jari. Dia menelek seketika wajahnya pada cermin sisi motor.

Sekilas senyuman terukir. Hmmm. Puas hati dengan penampilannya.

'Iman Charles Robert..'

Charles angguk-angguk. Suka dengan nama yang diberi oleh Pakcik Sani. Ayah angkatnya di sini. Dan dia nak dikenali dengan nama Iman selepas ini. Sound good. Terasa lebih handsome dan comel dengan nama tu. Hehehe.

"Charles!!"

Charles menoleh. Hampir saja dia hendak tergelak bila melihat Khalil yang gendut itu berlari termengah-mengah ke arahnya. "Ha kenapa ni Lil?"

"Penat nya aku lari. Dari tadi aku cari kau. Tu Encik Badrul bagitahu ada rombongan pelancong yang baru datang. Ada 10 orang. Nak belajar scuba diving"

"Oh yeke? Nanti kau bagi aku senarai nama mereka semua" Pinta Charles sambil dia turun dari motor besar itu.

"Kau dari mana ni?"

"Dari masjid"

"Hah!!" Hampir saja Khalil hendak jatuh terlentang mendengar. "Kau buat apa pergi masjid? Dah buang tebiat ke?"

"Lah, kena buang tebiat dulu ke baru boleh pergi masjid?" Charles tertawa.

"Tak lah, just curious. Kau ni misteri betul lah Charles"

"Ha, no.. no.. mulai hari ini, panggil aku, Iman"

Khalil garu kepala. Dengan mimik muka yang semacam tak percaya. Cermin mata tebal di muka diperbetulkan.

"Apasal pulak tiba-tiba nak kena panggil kau Iman?"

"Hidayah itu milik Allah. Aku Iman Charles Robert" Ibu jari menunjuk ke dada sendiri dengan senyuman paling manis terukir di bibir.

"Wait! Wait!" Tapak tangan Khalil naik ke atas. Dia seakan dapat menangkap sesuatu sebelum matanya memandang ke arah Charles yang tersenyum dan mengangguk itu.

"Ya Allah, betul ke ni? Alhamdulillah. Gembira aku dengar kau dah peluk Islam Char.. errr Iman. Alah, nak kena biasakan lah lidah aku ni panggil kau Iman. Tapi nice jugak eh? Sesuai nama tu dengan kau. Sebab kau cute!" Khalil terus tergelak di situ.

"Heee kau ni kan.. dah, aku nak pergi lobi sekejap nak tengok apa schedule aku hari ini"

"Argghhhh!! Tolonggg!!!!'

Charles yang berjalan santai menghala ke lobi, terkejut bila dia mendengar ada orang menjerit dari arah pantai. Dia berpatah balik ke belakang dan terus berlari menuju ke pantai. Melihat ada ramai orang berkerumun di situ, Charles terus mendekat.

"Kenapa ni?" Soal Charles sambil melihat di situ. Tak ada apa-apa pun.

"Tu, encik tolong kawan saya encik! Cepat encik!!"

Charles terus melihat ke tengah laut. Ada sebuah perahu kayak sedang terapung di sana.

"Apa dia buat dekat sana? Ada sesiapa ke teman dia?"

"Err tak ada encik" Jawab gadis itu sedikit gelisah.

"Tak apa. Saya pergi tengok" Dan tidak menunggu lagi, Charles terus berlari selaju mungkin mendapatkan jet ski yang ada di situ sebelum bunyi enjin kedengaran nyaring membelah laut yang nampak tenang.

"Kenapa ni cik?" Charles memberhentikan jet ski nya di sebelah perahu kayak yang dinaiki oleh seorang gadis. Dia hanya memerhati gadis berambut panjang yang diikat gaya ponytail itu sedang tertunduk-tunduk melihat ke dalam air laut.

Gadis itu angkat muka. Dia garu kepala sambil tersengih bila melihat jejaka kacak yang duduk di atas jet ski itu.

"Cik cari apa?" Soal Charles lagi.

"Cari awak"

"Hah!!?"

"Eh tak! Tak! Bukan! Paddle saya jatuh dalam air" Terawang-awang tangan gadis itu ke udara bila dia sedar dia tersalah cakap.

"Oh, tak pe cik. Saya akan bawa cik balik. Bahaya kalau nak terus ada dekat sini. Lagi pun dah nak senja ni. Cik naik, duduk dekat belakang saya. Nanti saya tarik kayak ni dengan kaki"

"Oh, oh, okay, okay.." Gadis itu terus saja naik ke atas jet ski dan duduk di belakang Chalers. Dia pun dah rasa seram sebenarnya berada dekat tengah laut ni sorang-sorang.

Charles terus menggerakkan semula jet ski sambil sebelah kakinya menahan perahu kayak dan dia terus meluncur laju menghala ke tepi pantai. Enjin jet ski terus saja dimatikan sebelum Charles menarik perahu kayak itu naik ke pantai.

Gadis tadi juga sudah melompat turun dari jet ski.

"Terima kasih encik" Ucap gadis itu bersama senyuman.

Charles hanya mengangguk. "Lain kali kalau nak ke laut, bawa teman. Bahaya pergi sorang-sorang" Charles terus saja beredar dari situ.

"Saya Zara Imani. Nama encik siapa?" Terdengar suara gadis itu menjerit di belakangnya.

Perlahan bibir Charles melorek senyum. Kemudian dia pusing tubuh memandang ke arah gadis yang baru saja memperkenalkan namanya sebagai Zara Imani itu tadi.

"Iman Charles"

Mereka berbalas senyuman sebelum perlahan-lahan Charles meninggalkan kawasan pantai. Terasa damainya hati ketika ini. Dan dia berharap, semoga kehidupannya akan lebih baik selepas ini.

Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah.

MY PROMISE | ebookWhere stories live. Discover now