MY PROMISE 2

307 19 1
                                    

Zara! Kau okay tak?" Suzana terus meluru mendapatkan Zara sebaik saja sahabatnya itu selamat tiba di pantai tadi selepas diselamatkan oleh pekerja resort tadi.

"Aku okaylah. Bukannya aku lemas pun. Paddle aku yang lemas" Zara tayang sengih. Sesekali dia tetap menoleh ke belakang. Masih mahu melihat kelibat lelaki yang bernama Iman Charles itu tadi. Tapi kelibat lelaki itu sudah menghilang di sebalik bangunan resort.

"Kau ni, aku dah larang tadi kan jangan berkayak sorang-sorang? Kau degil jugak nak pergi. Nasib baik paddle yang lemas!" Suzana membebel. Geram dengan perangai degil si Zara Imani yang suka ikut kepala angin nya sendiri.

"Alah, aku bukannya tak reti berenang pun. Lek laaa.. yang kau nak kalut sangat ni kenapa? Kita datang sini nak enjoy, nak happy-happy okay" Zara menepuk-nepuk bahu Suzana yang kecil molek dan sedikit rendah darinya itu.

Suzana mencebik. Dia menepis tangan Zara ke sisi.

"Tahu dek tunang kau tu kau kat sini, kau rasa kau akan enjoy lagi tak?" Suzana tarik senyum sinis dengan kening terangkat ke atas.

Zara berdecit halus.

"Aku dah off kan location. Kau pun dah off kan? Kau jangan mandai-mandai nak bukak. Aku rimas lah dengan dia tu. Tahu nak mengongkong aku je. Dia ingat aku ni budak kecik ke?"

Zara dan Suzana terus berjalan menghala ke resort. Perut dah mula berbunyi minta di isi. Baru 2 hari mereka menginap di sini. Nak larikan diri seketika dari kesibukan kerja dan kesibukan kota. Suzana pula, pembantu peribadi merangkap sahabat baik Zara sendiri. Dari biarkan Suzana kerja makan gaji dengan orang lain, ada baiknya Suzana kerja jadi PA dia. PA di luar waktu pejabat.

Zara Imani seorang gadis yang bekerjaya tinggi. Dia menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Urusan di syarikat kepunyaan ayahnya, Tan Sri Hakim. Mereka adalah pemilik terbesar bangunan pusat belah yang diberi nama Pearl Queen Mall.

Dan nama itu adalah nama pilihan Zara sendiri. Entah kenapa dia pun tak tahu kenapa dia sangat sukakan nama Pearl. Kadang-kadang dia sampai berangan-angan nakkan ada lelaki yang panggil dia dengan nama manja Pearl. Tapi siapa?

Argh, nak berangan lagi kau Zara? Sedangkan kau dah ada tunang kan? Tapi si tunang tu tak de pulak tanda-tanda nak panggil dia dengan gelaran Pearl. Sibuk nak panggil dia Sweety. Tak suka betul lah dengan panggilan tu. Kadang-kadang rasa geli pun ada. Ewwww!!

Kenapa dia sukakan Pearl? Sebab mutiara dan laut ada dua benda yang paling cantik dekat dunia ni. Dan kalau boleh Zara berangan-angan nak terus menetap di tepi pantai. Contoh nya macam dekat Langkawi ni lah. Kalau lah kan.. dia sangat sukakan laut.

Hmmmm, kadang-kadang dia sampai pasang niat nak beli rumah dekat sini. Tapi daddy dia memang takkan izinkan dia tinggal jauh dekat sini. Susah betul lah jadi anak orang ternama ni. Sampai papa plan nak hire bodyguard untuk dia. Tapi dia yang tak nak.

Dia tak suka dikongkong. Dia sukakan kebebasan nak ke sana ke mari tanpa ada sesiapa yang mengawal pergerakannya. Dia dapat bercuti ke sini pun sebab dia sungguh-sungguh yakinkan papa yang Suzana ada boleh temankan dia 24 jam.

Si tunang tu pulak, melebih-lebih tak izinkan dia pergi bercuti. Padahal apa hak dia tak izinkan? Belum dapat mandat jadi suami lagi dan melebih-lebih. Tu yang kadang-kadang Zara rimas dengan encik tunang yang bernama Zed Darwish, lelaki yang dikenalinya setahun yang lalu ketika dia menggantikan papa nya berurusan tentang pembukaan cawangan pusat beli belah mereka di Melaka.

Dia sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh terikat dengan lelaki itu sehingga sampai ke fasa bertunang. Zed kata dia jatuh cinta pandang pertama bila tengok dia. Yeke? Kedengaran macam tipu, tapi bila daddy dah masuk campur, apa kuasa Zara nak menghalang?

MY PROMISE | ebookWhere stories live. Discover now