SIPNOSIS MY PROMISE

818 60 8
                                    

6 tahun Charles setia berkhidmat menjadi orang kanan kepercayaan Raphael Leo. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencari arah tuju jalan hidup nya sendiri. Dia mahu mencari apa yang dirinya mahukan. Dia mahu mencari siapa dirinya yang sebenar. Dan dia juga mahu mencari siapa pencipta dunia yang luas ini.

Memulakan hidup baru di Pulau Langkawi selama 2 tahun, bekerja di Resort Blue Sea sebagai pembawa jet ski dan tenaga pengajar untuk aktiviti scuba diving kepada pelancong yang berminat untuk menceburi aktiviti selaman itu. Dan siapa juga sangka, pertemuannya dengan keluarga Pak cik Sani, telah membawa sinar baru ke dalam hidup Charles di mana dia terbuka hati untuk memeluk agama Islam. Dan dia telah diberikan nama sebagai Iman Charles Robert.

Pertemuan dengan gadis bernama Zara Imani, menjadikan hidup Charles haru-biru bila gadis itu suka menganggu dan mengejarnya. Dan Zara Imani juga merupakan antara peserta yang mengambil kursus scuba diving di bawah kendalian Charles.

Semakin Charles mengelak, semakin Zara Imani mendekat. Salam perkenalan dihulur oleh gadis itu buat Charles. Dan Zara Imani sudah jatuh suka saat pertama kali melihat Charles. Charles pada awalnya cuba mengelak untuk tidak terlibat dengan sebarang hubungan perasaan dengan mana-mana perempuan, sementelah lagi dia baru saja belajar untuk move on dari rasa kecewanya terhadap Darlina, isteri Leo.

Namun lama-kelamaan, Charles tidak mampu hendak menipu hatinya sendiri bila dia merasakan kehadiran Zara Imani mampu menggetarkan hati lelakinya. Di saat dia begitu pasti akan rasa cintanya itu, satu kebenaran telah menghempas hatinya hingga pecah berkecai sehingga sukar untuk dicantumkan lagi.

"Awak tahu tak, saya sangat sukakan laut dan mutiara. Sampai saya berangan-angan kalau ada lelaki yang boleh panggil saya dengan nama Pearl" – Zara Imani

"Pearl Imani.. saya cintakan awak" – Iman Charles

"Iman, saya ada benda nak cakap dengan awak..." – Zara Imani

"Apa dia Pearl?" – Iman Charles

"She's my fiance. So, kau sedang bermain cinta dengan tunang aku!" – Zed

Perit! Itu lah yang Charles rasakan! Rupa-rupanya dia mencintai tunang orang. Dan yang paling mengejutkan, tunang gadis yang dicintainya itu pula, adalah musuh nya dan Leo sebelum ini.

Lalu bagaimana kesudahannya kisah cinta Charles dan Imani? Akankah bahagia itu menjadi milik mereka? Atau mereka harus melupakan perasaan yang kian tumbuh di hati masing-masing?

EBOOK COMING SOON

MY PROMISE | ebookWhere stories live. Discover now