DARIPADA jauh sudah aku lihat bas yang sedang mendekati perhentian bas yang sedang aku diami sekarang. Aku pantas berdiri menantikan ketibaan bas tersebut. Namun, tiba-tiba telefon aku berdering. Menganggu fokus yang tadi aku berikan sepenuhnya pada bas tersebut.
Nombor yang tertera pada skrin telefon aku lihat. Aku tak kenal nombor ni. Tapi, mahu tak mahu aku jawab juga panggilan tersebut.
"Hello?" Aku bersuara dahulu.
Kemudian, si pemanggil bersuara. Bertanyakan identiti aku.
"Ye, saya. Betul."
Pemanggil tersebut terus memberitahu tujuan dia menelefon aku setelah mengesahkan identiti aku.
Ktak!
Telefon terlepas daripada pegangan aku apabila mendengar perihal yang disampaikan. Tepat pada waktu itu jugalah, bas berhenti berdekatan. Berhenti kerana aku - satu-satunya orang yang menunggu di perhentian bas tersebut.
Aku pantas mengutip telefon aku yang jatuh. Tidak aku periksa sama ada telefon tersebut ada retak atau rosak. Aku pantas berlari meninggalkan bas dan perhentiannya.
Larian aku lajukan. Tidak aku menoleh lagi. Ada sesuatu yang penting perlu aku ambil tahu. Sesuatu yang lebih penting daripada nyawa aku. Yang sanggup aku membunuh deminya!
🩸
BUNYI mesin kardiogram terus menganggu deria pendengaran aku. Bunyi yang repetitif. Tidak berterusan. Aku menghembus nafas lega. Wajah Amin yang terbaring lesu di atas katil hospital itu aku pandang. Dia sedang tidak sedarkan diri. Tidur.
Wajah adik kesayangan aku itu lebam. Ada luka pada anggota badannya. Matanya lebam. Aku memegang tangan kecil milik Amin. Air mata aku mulai bertakung di tubir mata. Tangannya pantas aku cium.
"Amin kuat.. abang sayang Amin."
Suara aku serak. Cuba menahan tangisan.
"Abang minta maaf.. abang gagal lindungi Amin.." Aku menghamburkan tangisan.
Aku dah gagal. Sebagai seorang abang. Sebagai satu-satunya ahli keluarga Amin. Air mata aku teeus berjuraian jatuh ke pipi.
Perbualan dengan doktor sebentar tadi pantas menjengah kembali minda aku.
🩸
"DOKTOR, apa yang dah jadi pada adik saya? Kenapa dia sampai lebam dan terlantar macam tu sekali?" Soal aku. Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Tapi yang aku utamakan adalah keadaan Amin.
"Adik encik.. dia.. dia kena.." Doktor tersebut nampak serba salah untuk memberitahu aku. Wajahnya menunjukkan jelas isi hatinya.
"Kenapa dengan dia, doktor? Dia kena apa?" Aku semakin risau.
"Dia kena rogol.. " Doktor tersebut mengalihkan pandangannya. Dia sepertinya tak sanggup meneruskan kata-katanya.
Aku? Hati aku luruh. Gelap pandangan aku. Serasa dunia ini tak nyata. Aku rasa gagal. Aku lah manusia paling sial. Menjaga adik sendiri - satu-satunya manusia yang punya pertalian dengan aku pun aku tak mampu.
Mahu saja aku bunuh diri. Tapi aku tak boleh buat begitu kerana Amin masih ada untuk aku jaga.
"Doktor.." Lirih sahaja suara aku.
YOU ARE READING
MERAH
RandomKesinambungan dari 2 buku sebelumnya PUTEH - BIRU MERAH lebih menekankan amarah. Satu warna yang boleh juga dikaitkan dengan sensual dan darah. 2 bab sahaja. Start : 12/07/2024 End : 13/07/2024