ILHAM sedang berjalan seorang diri. Dia mahu menuju ke sebuah kedai alat tulis untuk membeli marker pen. Setibanya di sana dia membelek-belek sekali beberapa fail untuk sama dibeli. Ketika itu kedai sedikit lengang. Sedang dia tekun membelek fail, seseorang menegurnya.
"Hai!"
Dia menoleh, suara itu amat dikenali.
"Hai..." Perlahan Ilham membalas sapaan Hani. Mahu saja dia cepat-cepat balik. Tetapi ke mana dia pergi, Hani seakan-akan mengikut. Ilham hembus nafas tenang sebelum bertanya. "Apa awak nak?"
"Awak."
"Hah?"
"Maksud saya, saya nak jumpa awak."
Terkejut beruk Ilham bila tersalah dengar tadi. Marker pen dan dua fail telah diambil. Di kaunter bayaran, tiba-tiba saja Hani berkeras mahu membayar barangan yang dibeli oleh Ilham. Aneh, sungguh perangai Hani hari ini. Tidak mahu memanjangkan cerita, sudahnya Ilham mengaku kalah.
Melangkah ke luar kedai, Hani bertanya, "Jom, lepak kat kafe depan tu?" Sambil tangan menunjuk ke arah kafe yang dikatakan tadi.
"Saya sibuk. Nak kena balik."
Ilham pun tak tahu kenapa dia tidak mahu berjumpa Hani. Tetapi hari ini memang tiada mood nak jumpa sesiapa.
Saat Ilham mahu melangkah meninggalkan Hani, wanita itu cepat-cepat memegang lengannya. Perbuatan itu membuat Ilham berasa tidak senang.
"Lepas!" Nada sedikit tinggi Ilham lontarkan.
Hani yang baru tersedar perbuatannya, melepaskan pegangan dan meminta maaf.
"Hani, jujur saya cakap. Saya tak mahu jumpa sesiapa hari ni. Assalamualaikum."
Dari ekor mata, Hani yang melihat Ilham melangkah pergi.
YOU ARE READING
Antologi Cinta: Jilid 1
Short StoryAntologi Cinta: Jilid 1 Karya Faezuan Bilik Fiksyen: Genre Romansa