RALIT Aaira memandang sekeliling rumah Ayyish memandang dia rasa sungguh bosan. Turun saja dari bilik pagi tadi, kelibat Ayyish telah hilang dari radar. Hanya sepucuk surat saja yang meninggalkan pesanan untuknya:
Sarapan dah siap. Aku ada kerja, kena keluar. Makan elok-elok. Jangan buat pasal dekat sini.
Sarapan pagi pun sudah terhidang di atas meja. Masih panas lagi.
Tak dinafikan rumah Ayyish boleh tahan besar juga untuk orang yang bekerja hanya sebagai pengawal peribadi. Rasa curiga menguasai diri tapi Aaira angkat bahu selepas itu. Biarlah. Dia pun rumah besar juga. Sama je pun.
Semua kawasan rumah itu dia sudah tenung dan pusing. Cuma satu saja tempat yang dia belum tengok. Bilik tidur Ayyish.
Kadangkala Aaira pelik. Pelik dengan rahsia yang Ayyish simpan. Pelik dengan perilaku lelaki itu. Ayyish seperti tidak suka dengan Sean tapi dalam masa yang sama bekerja di bawah Sean dan mendengar setiap arahan lelaki itu. Tak ubah seperti seorang hamba.
Dia mungkin perlukan duit?
Atau... memerlukan sangat wang? Mungkin.
"Kau buat apa tercegat dekat depan bilik aku?" Sergahan yang kasar itu mengejutkan Aaira dari lamunan. Bahu terangkat sedikit akibat tindakan refleks. Lantas, dia berpaling pada Ayyish yang merenungnya tajam.
Secara spontan, Aaira tayang sengih.
Comel. Mahu saja Ayyish senyum tengok senyuman itu namun dia masih lagi mempamerkan riak dingin. Saja nak cari pasal.
"Jawab cepat! Kau buat apa kat depan bilik aku?" Tanya Ayyish lagi sekali. Kasar nadanya. Buatkan Aaira termuncung seketika.
"Tak adalah. Saya bosan. Jadi, saya buat la house tour kat rumah ni. Lepastu..." Ayat itu sengaja dibiarkan tergantung seketika. Cuba untuk menyusun ayat supaya tidak membuatkan Ayyish salah faham.
"Lepastu apa?" Ayyish semakin panas punggung. Matanya ligat merenung wajah Aaira yang sedang terfikir itu.
"Lepastu... saya tercegat dekat depan bilik awak sebab bilik ni je belum saya tengok. End of story!" Cepat-cepat Aaira habiskan cerita itu sebelum sempat Ayyish menhadam betul-betul. Dia memang tak mahu Ayyish fikirkan yang bukan-bukan.
"Cepat betul kau jawab." Komen Ayyish. Sengaja dia berkata begitu. Bukan dia tak nampak wajah cuak Aaira tadi.
"Awak pergi mana tadi?" Tanya Aaira pula. Mahu tukar topik. Kang nanti ada yang blur sampai ke esok pagi.
"Kenapa kau nak tahu?" Tanya Ayyish. Matanya ligat memandang wajah Aaira yang berubah masam itu.
"How's your wound?" Ayyish kini mengalihkan pandangan ke arah luka tembakan di bahu dan lengan Aaira. Nampak macam okay.
"Okay je. Sakit sikit bila bergerak." Balas Aaira. Gerun juga dia melihat wajah serius Ayyish menilik luka tembakan itu.
"Good." Ayyish angkat kepala sebelum kakinya pula diangkat menuju ke dapur. Aaira yang diam mengikuti langkah Ayyish di belakang.
Cawan kaca diambil oleh Ayyish. Kemudian, dibilas cawan itu lalu dipenuhkan dengan air coway. Sejuk rasa tekak bila dapat teguk air tersebut.
Aaira hanya sepi di tepi memandang halkum Ayyish yang tenggelam timbul itu apabila air tersebut melalui laluan esofagus.
"Saya nak tanya satu soalan." Ayyish mengangguk.
"Ask me."
"Kenapa awak tak ada malam tadi?" Tubuh Ayyish mengeras mendengar soalan itu. Automatik riak wajahnya serius. Mata merenung wajah Aaira yang terkelip-kelip itu.
"Why?" Aaira menelan kesar air liur. Kecut perut juga dengar suara yang dalam itu. Tapi, dia beranikan diri juga untuk bertanya.
"You're his personal bodyguard. Isn't it weird that you are not there with him even though you're his trusted man." Ayyish diam seketika. Sepi dia memandang mata Aaira. Buatkan jantung gadis itu berdegup laju.
Tak dinafikan pandangan itu mampu buat orang terdiam. Kerana pandangan itu susah untuk ditafsir tapi penuh dengan makna.
"Aku tak buat kerja tu." Ayyish pusingkan wajah. Tak mahu bersemuka dengan Aaira. Cawan tadi dibasuh dan disimpan di tempat yang sepatutnya. Kakinya melangkah mendaiki tangga. Dapat dia rasakan ada orang yang mengikutnya.
"Kau nak apa lagi?" Tak tahan dengan perangai gadis itu, Ayyish pusingkan tubuh lalu memeluk tubuh. Memandang gadis yang terkelip-kelip itu atas bawah.
"Kenapa?"
"Why?" Naik geram Aaira dengan soalan yang dilontarkan oleh Ayyish. Nafas ditarik sebelum dihembus semula.
"Kenapa? Kenapa awak tak buat kerja tu?" Tanya Aaira. Mata merenung wajah serius Ayyish.
"Sebab aku tak nak."
"And here I am asking you why. Awak tak takut bila disuruh untuk membunuh seseorang dengan meracun. Tapi, kenapa awak tak nak membunuh menggunakan kekerasan. Sebab saya ke? I don't think so. You were heartless, I give you that. You were brutally rough. You can tamed a group of people. So why?" Panjang lebar Aaira memberikan alasan untuk Ayyish.
Tapi, alasan itu lenyap apabila bibir Ayyish menyenget sinis. Sungguh sinis dan sungguh psiko.
"Did you think I'm the one who poison them? No. That's the wrong question. Did you believe that I do it?" Sepi. Aaira tergamam. Kenapa dia rasa alasan yang dia beri tadi itu dilontarkan semula kepada dia
Ayyish mendekat. Tubuhnya ditundukkan sedikit supaya sama paras dengan Aaira. Bibirnya bergerak ke telinga gadis yang berlapik dengan tudung sarung itu.
Walaupun sudah berlapik, Aaira masih lagi boleh rasa nafas lelaki itu.
"That's the point you're missing, Cres. You were judging me without seeing it. It can't be called a witness. Kau pasti aku yang racun diorang? Pasti? Kau nampak aku pegang air tu tapi ada kau nampak aku masuk dalam bilik tu? Ada kau nampak aku bagi dekat orang tu? Ada kau nampak orang tu minum? No, you didn't. That doesn't make you right. What you see isn't a full picture. And now you're here to argue things that you haven't sure of yet." Terdiam terus Aaira mendengar bisikan itu. Bisikan itu bagai satu amaran pun ada.
Disebabkan hangat, ada bahayanya. Seperti sekarang ini.
Ayyish tegakkan tubuh semula.
"You're not the one who would get busted. And you're not the one who tried to put me in jail. In fact, there are many people out there who would to catch me and make me suffer hell. Including my own boss. So, don't act like you're right." Dingin suara itu berkata pada Aaira.
Ayyish senyum manis. Hanya sesaat sebelum senyuman itu bertukar kepada senyuman sinis. Senyuman yang penuh kepura-puraan.
"Investigate more, Cres. Only then, you'll uncover the truth behind it all. I dare you. And when you find the answer, you may come and ask me whatever you delight to ask. But until then, you are forbid to show yourself some curiosity in front of me."
26 July 2024
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •The devil in disguise. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang menyeb...