BAB 37

4.6K 402 38
                                    



HABIS waktu kerja Aireen terus ke lokernya. Nasib baik Raihan sudi hantar motosikalnya ke restoran pagi tadi. Tak perlulah dia susahkan Haqeem.

Pagi tadi Haqeem terpaksa datang awal bersamanya kerana waktu kerja mereka tidak sama.

"Reen.. nak balik terus ke?"

Aireen berpaling pada Haqeem yang tiba-tiba muncul itu. Dia pandang ke dalam lokernya kembali.

"Reen nak pergi vet dulu. Tuan Qal nak tolong hantar.."

Haqeem baru teringat tentang kucing yang diambil Aireen semalam. "Kenapa tak minta tolong along? Along pun boleh hantar?"

Aireen menutup lokernya dan pandang Haqeem. "Tak apalah. Tadi pun kebetulan Tuan Qal nampak.. dia nak tolong."

Haqeem melihat kiri kanannya. Bila dia pasti tiada orang, "Reen dengan Tuan Qal ada apa-apa ke?"

"Ha?"

Haqeem tergelak kecil. Wajah Aireen betul-betul terkejut dengan soalan yang tidak dijangka itu. "Along tanya.. Reen dengan Tuan Qal ada apa-apa ke?"

Pantas Aireen menggeleng. "Err tak—"

"Aku suka Aireen."

Aireen tergamam bila melihat Qaleef muncul di belakang Haqeem.

Serta merta dia merasakan darah menyerbu ke muka. Pipinya mula membahang. Jujur sangat tu.

Haqeem pusing ke belakang. Dia pandang riak tenang Qaleef. "Kau tak main-main?"

"Tak.. aku cuma tunggu jawapan Aireen." Jawab Qaleef seraya memandang ke arah Aireen.

Haqeem kembali pandang pada Aireen. Jadi adiknya masih lagi belum beri jawapan? Tapi kenapa? Dia sebagai lelaki pun boleh nampak yang Qaleef ni seorang lelaki yang baik dan matang. Kacak pula tu.

"Nanti kau hantar Reen balik rumah aku terus." Arah Haqeem. Dia percayakan Qaleef atau lebih tepat lagi dia percayakan Aireen. Dia tahu Aireen pandai membawa diri.

"Along." Aireen mendengus tanda tidak puas hati. Suka hati dia je nak mengarah Qaleef.

"Shhh. Ni hal orang lelaki." Haqeem tahan senyum bila riak Aireen tidak berpuas hati.

"Dia tinggal rumah kau?" Giliran Qaleef pula terpinga-pinga.

Haqeem angguk. "Adik Ana balik. So, Reen nak tidur hotel. Tapi Ana berat hati.. dia minta tolong aku.."

Qaleef pandang wajah Aireen yang tertunduk itu. "Baguslah kalau dia duduk dengan kau.. dia bukan nak minta tolong aku pun."

Aireen pandang kedua-dua lelaki di hadapannya ini. Kenapa mereka buat dia seperti budak kecil?

Tanpa bersuara, Aireen terus berlalu dari situ.

"Hmm.. nak marahlah tu." Haqeem menggeleng kepala. Aireen ni sukar dijangka. Dia boleh lembut dan keras sekelip mata sahaja.

"Okeylah. Nanti aku hantar dia rumah kau." Qaleef menepuk bahu Haqeem.

"Jaga adik aku baik-baik."

"Don't worry.."


DARI jauh Qaleef melihat Aireen dan Luthfiya bermain dengan anak kucing. Kedua-duanya sukakan kucing.

"Daddy!" Jerit Luthfiya apabila tersedar kedatangan Qaleef.

"Masuk dalam kereta.. daddy nak cakap dengan Kak Reen sikit."

Luthfiya mengerutkan dahi. "Janganlah marah Kak Reen."

TAKDIR YANG SAMA [C] ✅Where stories live. Discover now