BAB 3: HADIAH TERISTIMEWA

5 4 0
                                    

ANGIN semilir terasa indah di laman rumah, bunga-bunga mengikut tari seiring seirama bagai melodi pagi. Udara nyaman dengan kabus menggebu pakai kepulan kapas itu turut hadir seindah kenangan tatkala sesiapa yang melihatnya. Haruman semula jadi itu menenangkan hati bak syurgawi. DK menarik lembut tabir langsir itu dan ketika itulah sekujur tubuh seorang pemuda sedang menuju ke muka pintu Alhambra. Lelaki itu hanya tampil gaya separa kasual bertopi gaya London boy.

"Ting Tong...Ting Tong..." Bunyi loceng yang sayup-sayup kedengaran itu masih boleh didengari oleh penghuni Alhambra ketika berada di dalam bilik.

"Siapa pula gerangan pemuda tersebut? Penghuni baru? Eh, takkan pula Sarjan Harun menghantar 'mata baru' secepat ini? Mustahil!"

Kotak dialog itu terbit dalam mulut akalnya. Berbicara tentang kemusykilan yang menjengah pada awal pagi penuh nyaman itu sehingga dua batang keningnya bertembung kerana ombak kerutan itu. DK kembali merebahkan punggungnya ke atas katil empuk berwarna putih suci itu sambil menongkatkan dagu dengan tangan kanannya. Masih belum berpuas hati dengan kemunculan pemuda dengan pikulan barang yang bersangkutan di belakang bahunya. Sekiranya individu tersebut merupakan 'mata baru' dari unit siasatan maka hal itu pasti mengundang bahaya dan dicurigai oleh Dr. Peter Alif memandangkan rumah singgah untuk di sewa di Alhambra itu hanya mencukupi untuk 8 buah bilik. Kesemuanya bilik premium yang bercirikan gabungan moden dan klasik. 

Satu minit masa berlalu, muka pintu Alhambra dibuka oleh Ratna.

"Silakan masuk tuan. Ada yang boleh kami bantu?" Sapa Ratna lembut kepada tetamu yang bertandang ke inap desa Alhambra seiring sekuntum bunga senyuman sehingga mampu membuat sesiapa sahaja tertawan melihatnya.

"Arghhh...Saya Zahid. Seorang pelukis profesional. Sa...saya datang untuk menghantar pesanan daripada seseorang yang bernama Puan Ratna Khadeeja." Ratna tergamam tatkala mendengar nama yang disebut oleh pemuda itu.

"Mustahil! Tak mungkin sama sekali! Anda mungkin tersilap tuan! Puan Ratna Khadeeja yang tuan sebutkan...su...su...su...sudah lama pergi meninggalkan dunia ini tu...tuan!" Suara Ratna terketar-ketar ketika menyebutnya. Begitu juga iram wajahnya yang tadi ceria berubah kesedihan kerana rasa rindu yang tertanggung di jiwanya. Dia cuba menyapu air matanya dan menarik nafas tenang untuk menjawab pertanyaan itu. Cuba mengawal emosinya semula.

"Oh, maafkan saya cik...cik...." Kata-kata itu tertangguh sengaja bagi mengetahui nama wanita berdagu runcing dan kulit seputih awan yang menawan hatinya itu.

"Ratna..." Sahutnya pantas.

"Cik Ratna, tapi nama pemilik lukisan ini juga bernama Ratna. Oh, sebentar! Tapi...ini bonda cik lah ya?" Hairan dan hampir berjaya meneka dalam semua kesamaran spontan semasa pertemuan pertama itu.

"Betul, itu bonda saya tapi...tapi...dia sudah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas." Ratna tertunduk kerana cuba menahan sebak dan sedih yang membuku di dadanya. Dia ialah insan pengarang jantung tempat dia meluah rasa rindu dan kesedihan. Rasa rindu itu membuak bagai tusukan duri Ros ke dalam jarinya. Pedih sehingga mengalirkan air matanya tatkala tiba-tiba mengingatkan ibunya yang sudah pergi. Seakan mimpi dan tak pernah terlintas di sanubari namun Tuhan lebih menyayangi dia serta sudah tercatat dalam ketentuan-Nya.

"Maafkan saya cik Ratna. Sesungguhnya beliau seorang insan yang mulia, baik hati dan sentiasa membantu saya ketika hayatnya. Maafkan saya jika mengguris hati." Zahid yang melihat pasungan suasana itu cuba menenangkan Ratna yang masih mengalirkan air mata sambil menghulurkan sehelai sapu tangan di koceknya namun ditolak oleh Ratna dengan sebelah tangan kanannya.

Ratna mengusap jurai  air matanya. Dia segera menukar suasana hiba itu. Zahid mengeluarkan bungkusan barang di belakangnya dan menunjukkan karya seni tempahan bonda kesayangannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

W.O.L.F.S.B.A.N.EWhere stories live. Discover now