Bab 2

2 0 0
                                    

"MASAKLAH aku! Lambat pulak hari ni." Laju kakinya menuruni anak tangga. Sesekali mata menjeling jam di tangan.

Kelas pukul 8.00 pagi. Sedar-sedar, jam dah pukul 7.45 pagi. Ini semua bahana tidur lewat semalam. Sakan bersembang dengan teman sebilik, sampai tak sedar jam dah pukul 3.00 pagi.

Dada Nazirah terasa bagai nak pecah. Kaki dah melangkah laju-laju menuju ke pintu masuk dewan kuliah. Dalam hati separuh mengharap supaya pensyarahnya belum masuk ke kelas lagi.

Sekali lagi jam di tangan dijeling. Kini sudah hampir pukul 8.30 pagi. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas sebelum ditolak ke belakang.

Sempat jugalah dia mengintai ke dalam dewan yang penuh dengan para pelajar. Kemudian perlahan-lahan beralih pula ke arah meja pensyarah.

'Bagus! Pensyarah belum sampai lagi.'

Dengan pantas Nazirah melangkah masuk ke dalam dewan dengan perasaan lega. Sempat dia mengimbas tempat duduk yang masih kosong.

"Naz, sini!"

Anak mata Nazirah beralih ke arah tangan yang sedang melambai ke arahnya. Cepat-cepat dia melangkah ke arah gadis tersebut.

"Kenapa lambat? Aku ingat kau tak datang kelas hari ni."

"Terlambat bangun." Nazirah melabuhkan punggung di sebelah Masitah, teman baiknya sejak di semester satu lagi.

"Awak yang baru masuk tadi... siapa suruh duduk? Siapa nama? Siapa benarkan masuk ke kelas saya?"

Nazirah yang baru nak buka buku, terus terhenti pergerakannya apabila terdengar suara garau tersebut. Spontan dia menoleh ke belakang mencari figura si pemilik suara.

Malah, bukan dia sahaja berbuat demikian. Hampir semua yang berada di dalam dewan kuliah itu turut menoleh ke arah yang sama.

"What the..." Tak berkelip matanya saat memandang wajah lelaki itu.

'Biar betul! Bukan ke lelaki tu kawan baik Abang Raf? Macam mana dia boleh ada dalam kelas ni?'

Tiba-tiba Nazirah teringat akan kata-kata Rafizi tentang rakannya yang baru berpindah dan bekerja di universiti ini. Adakah Rafizi maksudkan pensyarah muda di hadapannya sekarang?

Ridhwan yang tadinya berada di bahagian belakang kerana sedang memberi penerangan kepada salah seorang pelajar, kini dah mula berjalan ke hadapan dewan. Sementara Nazirah pula masih terpaku merenung lelaki itu.

'Tak. Semua ini mimpi, kan?'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DR. RIDHWAN: THE MOST ELIGIBLE LECTUREWhere stories live. Discover now