Chapter 1

4 0 0
                                    

RING...

"Bangun... Terima kasih cikgu!"

"Sama sama."

Selepas cikgu keluar dari kelas.

"Phew... Satu subjek lagi, lepastu habis sekolah!" Ujar Seroja riang. Sudah penat bersekolah dan tiba masanya untuk berehat di rumah.

"Kau jelah aku tak." Ujar Ava selepas memasukkan bukunya ke dalam beg dan keluar buku lain.

"Aik! Kenapa pulak?" Soal Seroja.

"Aku ada latihan bola baling." Balas Ava.

"Aik! Sejak bila kau minat main bola ni?" Soal Seroja dengan nada hairan.

"Hehehe tu..." Ava memuncungkan bibirnya ke arah Amir yang sedang bersembang dengan kawan kawannya.

Seroja menghembus nafas dan menggelengkan kepala.

"Kau ni sebenarnya nak main ke atau nak tengok dia sebenarnya?" Soal Seroja memandang kawannya disebelah.

"Hehehe kedua dua sekali." Balas Ava dengan sengihan.

Seroja menghembus nafas lagi.

"Kau ni macam 'stalker' lah. Kemana dia nak pergi kau nak ikut." Ujar Seroja.

"Macam kau tak kenal kawan kau yang satu ni. Gila!" Sambung Dayang yang duduk berhadapan dengan Seroja dan Ava.

Ava mencebik. Nak buat macam mana? Handsome sangat.

" Cuba kau bagitahu kami, apa yang buatkan kau tergila gilakan dia?" Soal Seroja. Dayang mengangguk kepala.

"Macam kau tak tahu. Diakan atlet, pandai pulak tu." Balas Ava.

"Lagi?" Soal Dayang. Bukan dia tak tahu Ava Qaisara ni macam mana. Hello mereka dah bersama dari tingkatan 1 tau.

Ava tersengih.

"Handsome, tinggi, berkulit putih merah dan lagilah." Balas Ava dengan muka memerah.

Kawan kawannya hanya berpandangan sebelum menggelengkan kepala. Sah kawan mereka sudah gila.  

"Eh! Korang tahu tak dia ada adik perempuan. Ei! Comelnya!"

Seroja dan Dayang berpandangan.

" Macam mana kau tahu dia ada adik?" Soal Dayang.

"Hihihi adalah. Bukan adik je tau, tarikh lahir, dimana dia tinggal dan no kad perkenalan dia pun aku tahu." Ujar Ava lagi.

Seroja dan Dayang berpandangan sebelum memandang Ava dengan wajah tidak percaya. Sah gila!

"Dahlah kami nak pergi tandas, kau jangan ikut pulak. Kau ikut aku tendang." Ugut Seroja sambil berjalan bersama Dayang keluar dari kelas.

"Tak ingin aku!" Balas Ava.

Petang selepas latihan...

Habis sahaja latihan, Ava memakai semula kasut di tepi padang. Sambil sambil memakai kasut semestinya dia akan intai intai sikit orang itu. Siapa lagi kalau bukan Amir. Dia tengah minum air sambil bersembang bersama sama dengan kawan kawannya.

Ava tersenyum senyum. Tapi dia menggelengkan kepala menyedarkan diri semula.' Tak boleh tak boleh. Sedar Ava sedar Ava.' bisik hati Ava.

Selepas memakai kasut Ava bangun dan berjalan keluar dari sekolah. Semasa tengah berjalan keluar Ava berhenti sekejap apabila dia terasa seperti terpijak sesuatu. Dia melihat ke bawah dan ternampak dompet berwarna hitam. Dia mengambil dompet tersebut dan membelek belek sebelum mengenal pasti siapa tuannya.

"Eh! Ni Amir punya." Ujar Ava sambil meliarkan mata mencari empunya badan. 

Ava berlari keluar dari pagar sekolah dan terlihat Amir sedang berdiri di luar keretanya sambil mencari sesuatu.

Ava segera berlari kearah Amir.

"Amir!" Panggil Ava.

"Oh ye ada apa?" Soal Amir sambil mata meliar ke sekeliling mencari sesuatu.

"Ini awak punyakan?" Soal Ava sambil menghulurkan dompet itu.

Amir yang melihat dompet tersebut terus mengambilnya dari tangan Ava.

"Eh! Haah ni dompet saya. Mana awak jumpa?" Soal Amir gembira setelah mengetahui dompetnya selamat. Dia pun ada membuka dompetnya untuk mengetahui isinya cukup atau berkurang. Takut ada yang mencuri semasa tercicir.

"Saya jumpa di atas jalan tadi. Oh dan saya nak minta maaf sebab terpijak dompet itu semasa berjalan." Ujar Ava.

"Eh! Tiada apa. Asalkan dompet dan dalamnya baik. Terima kasih Ava." Ujar Amir dengan senyuman di wajahnya.

Terkaku Ava apabila dia melihat senyuman itu. 'handsomenya' bisik hati Ava sebelum kembali sedar ke dunia nyata.

"Sama sama." Ujar Ava sambil membalas senyuman itu.

"Saya balik dulu. Awak jaga jaga tau. Jumpa esok. Bye Ava." Ujar Amir sebelum masuk ke dalam kereta.

"Bye."

Selepas kereta Amir bergerak pergi dari sekolah dan menghilang dari pandangan, Ava menutup mukanya menggunakan tapak tangan. Masih teringat senyuman itu dalam ingatannya.

"Aduh malunya." Gumam Ava.

My Mystery Letter...Where stories live. Discover now