chapter 5

0 0 0
                                    

"Bangun! Terima kasih cikgu!"

"Terima kasih cikgu!"

Ava dan rakan rakannya mengemas beg dan bersedia untuk pulang.

"Ava kami balik dulu tau. Jaga diri. Bye." Ujar Seroja sebelum mereka berdua meninggalkan Ava.

Ava hanya mengangguk. Selepas berkemas, Ava duduk sekejap di kerusi dan mengeluarkan botol airnya yang terselit di sisi beg.

Tak lama kemudian...

Brr...

Ava memegang perutnya yang baru berbunyi. Aduh! Laparnya!

"Aik Ava." Tegur Amir yang berada pada pintu kelas.

Ava yang dengar namanya dipanggil terus menghadap lelaki yang memanggilnya.

"Iya. Kenapa?" Soal Ava dengan wajah senyum. Depan crush kena buat baik.

"Kenapa tak balik lagi?" Soal Amir.

"Oh baru kemas beg. Sekejap lagi saya balik." Ujar Ava.

"Oh... Jangan tunggu lama sangat. Tak baik sorang seorang. Lagi lagi kau tu perempuan." Nasihat Amir.

"Okay. Sekejap lagi saya balik." Ujar Ava dengan nada biasa. Biasa je dalam hati meloncat. Dia care lah!

Amir mengangguk sebelum matanya memandang pada tangan Melia yang memegang perutnya.

"Kenapa dengan perut tu? Sakit ke?" Soal Amir dengan nada cemas. Dia terus berjalan kearah Ava.

"Eh! Tak! Tak sakit pun. Ini sebab lapar. Sebab tu pegang perut." Ujar Ava. Dia care!

"Pasti? Kalau sakit cakap, aku panggil cikgu." Ujar amir dengan nada cemas.

"Eh takpe. Ini takde apa apa pun." Ujar Ava lagi.

Amir memandang Ava dengan pandangan tajam sebelum mengeluh.

"Okaylah kalau kau cakap macam tu... Nah. Buat alas perut." Ujar Amir seraya menghulurkan coklat kepada Ava.

Ava memandang coklat itu dengan pandangan terkedu.

"Eh eh takpe. Saya boleh tahan." Tolak Ava lembut.

"Nanti kalau kau pengsan siapa susah?" Soal Amir dengan nada serious kalini.

Ava memandang coklat itu dengan pandangan ragu ragu. Akhir sekali Ava membuat keputusan untuk mengambil coklat itu.

"Terima kasih." Ujar Ava perlahan.

Amir hanya mengangguk kepala.

"Aku balik dulu. Kau jangan lama lama kat sini. Bahaya. Lagi lagi kau tu perempuan." Nasihat Amir memandang sekeliling.

Ava mengangguk sambil makan coklat.

"Bye Ava." Ujar Amir sambil berjalan keluar dari kelas.

Ava hanya melihat figura Amir pergi sehingga tidak dilihat oleh matanya.

Selesai makan Ava dengan segera terus mengemas beg dan beredar. Tiba tiba seram sejuk.

Keesokan harinya...

Seperti biasa hari ini Ava datang awal ke sekolah. Dia berjalan masuk kelas dan menuju ke mejanya.

Sampai sahaja di mejanya dia perasan akan sesuatu di bawah laci meja.

"Ada surat lagi?" Gumam Ava.

Dia melihat di bawah mejanya lagi. Alangkah terkejutnya Ava apabila dia melihat ada satu bekas plastik yang berisi makanan, beberapa jenis coklat, dan botol air.

Dia mengambil makanan dan minuman itu dan dibelek belek. Kemudian dia mengambil surat itu dan dibuka.

"Apakah?" Gumam Ava disebablan terkejut yang melampau. Dia melihat sekeliling kelas. Tiada orang.

Dia membaca surat itu.

To Ava.

       Good morning. How are you today? There's some food in your table. Make sure you eat it. I see you. Bye. '

Alangkah terkejutnya Ava apabila dia baca surat itu. Tapi satu ayat yang membuatkan dirinya takut.

" ' I see you' apa maksudnya?" Soal Ava sambil mengulang ayat itu.

Dia memandang sekelilingnya lagi. Tiada orang.

Tak lama kemudian loceng sekolah berbunyi. Ava terus menyimpan surat dan makanan makanan itu di dalam meja. Menunggu rakan kelasnya yang lain masuk.

Otaknya masih berfikir tentang surat itu. Something is wrong.

Waktu rehat...

" Ava kami nak gerak dulu. Nak singgah tandas jap. Kau kantin ke atau koperasi?" Soal Seroja.

"Aku koperasi je." Balas Ava.

"Okay jumpa nanti." Balas Seroja sambil menarik tangan Dayang keluar dari kelas.

Ava hanya memerhati saja gerakan kawan kawannya.

Tak lama kemudian dia melihat balik makanan makanan yang diberi. Fikirannya masih ragu ragu untuk makan.

"Selamat ke?" Gumam Ava. Dia tak tahu apa yang diletak dalam makanan itu. Racun ke? Sihir ke? Dia tak tahu.

"Ava."

Termenung terlalu lama sangat sehingga tidak perasan ada yang menegur.

Ava terus memandang ke tepi.

"Oh kenapa Amir?" Soal Ava.

Amir melihat Ava sekejap sebelum melihat ke makanan makanan yang ada diatas meja.

"Kau bawa bekal?" Soal Amir.

"Bekal? Oh! Hah iya bekal. Saya bawa dari rumah." Ujar Ava sedikit gagap. Dia tahu risiko memberitahu tentang hal ini kepada orang lain. Disebabkan tak mahu tanggung risiko biar dia seorang saja yang tahu.

Amir memandang Ava pelik. Okay?

"Okay kalau macam tu tak makan ke?" Soal Amir.

"N-nak makanlah ni. Hahaha tunggu Seroja dengan Dayang." Ujar Ava lagi. Apasal kau gagap ni Ava oi!

"Okay tapi kau tahukan tak boleh duduk dalam kelas waktu rehat?" Pesan Amir.

"Hahaha iya betul aku lupa. Aku gerak dulu. Bye." Ujar Ava sambil membawa semua makanan itu pergi.

Amir hanya memandang dari belakang. Mukanya yang ada senyuman terus berubah kepada serious.

Sorry for late update. Saya tidak ada idea tapi saya akan terus update walau lama. Terima kasih kerana menunggu. By the way thank you for reading.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Mystery Letter...Where stories live. Discover now