chapter 4

2 0 0
                                    

Ava berjalan untuk memasuki kelasnya. Harini dia datang awal sedikit kerana harini dia bertugas untuk membersihkan kelas. Kebiasaannya dia akan bersihkan pada waktu balik tetapi harini dia rajin sedikit. Sebab tu dia akan bersihkan pagi ni.

Ava meletakkan begnya di tepi kerusi. Dia memandang sekeliling. Hanya terlihat beberapa beg sahaja. Empunya badan hilang entah kemana. Rasa seram sejuk sedikit tapi dia tidak kisah kerana ini lagi memudahkan dirinya untuk melaksanakan tugas.

Ava memandang ke mejanya pula. Berkerut dahi Ava apabila terlihat ada satu kertas di bawah mejanya. Tanpa lengah Ava mengambil kertas itu dan membacanya.

To Ava:

          Good morning...

Ava memandang sekeliling selepas dia membaca surat tersebut. Tiada orang. Dia bangun dan berjalan keluar kelas. Melihat ke kiri dan ke kanan. Tiada orang juga. Dia juga ada mengintai di kelas sebelah. Masih sama tiada orang. Hanya kelihatan bag sahaja tuan punya badan hilang.

Ava berjalan masuk ke kelas dan duduk di tempatnya semula sambil  membaca surat itu balik.

"Siapa yang bagi ni?" Gumamnya senyap.

Tidak memikir lama Ava meletakkan surat itu ke dalam bag. Kemudian dia bangun dan melaksanakan tugasnya yang terbantut akibat surat tersebut. Pasal surat itu kemudian sahaja dia urus. Masih ada tugas yang dia belum selesaikan.

Tak beberapa lama kelas Ava yang kelihatan sunyi menjadi penuh dengan murid yang baru memasuki kelas. Termasuk juga kawan kawannya.

Ava meletakkan penyapu di tempat asal dan berjalan ke mejanya. Ava menghembus nafas lega apabila tugasnya sudah siap.

"Ava." Tegur Seroja dan Dayang berjalan kearahnya.

Ava memandang mereka.

"Baru sampai?" Soal Dayang kepada Ava sambil meletakkan bag di mejanya dan mengambil kerusi untuk duduk di sebelah Ava dan Seroja.

"Tak. Aku dah lama sampai." Ujar Ava.

"Awal kau sampai. Selalunya 7.10-7.15 kau datang. Ni sebelum pukul 7 kau sampai. Kau buat apa?" Soal Seroja pula.

"Aku bersihkan kelaslah." Balas Ava.

"Aik! Harini ke kau bertugas?" Seroja sambil melihat jadual bertugas di papan kenyataan.

"Ye." Balas Ava acuh tak acuh. Masih ada rasa lelah dalam dirinya. Ava kemudian mengambil botol air dan diminum rakus.

"Oh... Eh! Tapi bukan kau biasa kemas lepas sekolah ke? Kenapa kau buat awal pula?" Soal Dayang lagi.

Ava menutup botol airnya dan diletak ke tepi.

"Harini aku rajin. Sebab tu aku buat awal." Balas Ava bersandar di kerusi.

Seroja dan Dayang hanya mengangguk kepala. Mereka faham dengan sikap Ava. Tak berapa lama kemudian Seroja bertanyakan soalan kepada Ava.

"Ava. Kerja rumah kau dah siap?" Soal Seroja sambil mengeluarkan buku kerja.

Ava memandang Seroja pelik.

"Kerja apa?" Soal Ava.

"Kerja sains. Kau dah siap?" Soal Seroja.

Ava mengingati semula.

"Oh... Dah." Ujar Ava.

"Serious lah sudah. Yang cikgu baru bagi semalam dalam group tu pun kau siap?" Soal Seroja dengan nada terkejut.

"Ye. Malam tadi aku siapkan." Balas Ava sambil mengeluarkan buku dan dihulurkan kepada Seroja.

Seroja mengambil buku itu dan dibuka sehelai.

" Macam mana kau dapat jawapan? Aku cari cari tak jumpa langsung." Soal Dayang.

"Ada yang aku cari dekat 'google', ada yang aku cari dekat buku teks." Balas Ava lagi.

Seroja dan Dayang mengangguk kepala. Mereka sambung kerja mereka menyiapkan kerja di buku kerja.

Ava mengalihkan pandangannya ke hadapan. Kelihatan Amir sedang rancak bersembang dengan kawan kawannya. Ava tersenyum kecil. Nampak comel kalau dilihat dari jauh.

Ava memandang ke tempat lain apabila matanya bertembung dengan mata Amir.

Dia memandang ke hadapan semula dan dia menyesal. Amir masih memandang dirinya dengan senyuman yang lekat di bibirnya. Ava menundukkan pandangan dan menutup mukanya dengan telapak tangan. Malu.

Waktu rehat...

Ava dan kawan kawannya berjalan menuju ke kantin sekolah. Mereka sibuk berborak sehingga tidak perasan ada yang mengikuti dari belakang.

Dayang yang perasan sesuatu terus pandang ke belakangnya. Kelihatan Aiden sedang berjalan di belakang mereka. Itu tidak mengejutkan tapi yang memelikkan Dayang adalah mata Aiden bukan dituju ke hadapan tetapi ditujukan ke belakang Ava yang sedang berjalan.

Dayang memandang kehadapan semula.

"Ah... Korang. Jom kita rehat tempat lain nak? Tiba tiba harini kantin ramailah." Ujar Dayang kepada Ava dan Seroja.

Ava dan Seroja memandang Dayang pelik.

"Bukan setiap hari ke kantin penuh? Kau dah kenapa?" Soal Seroja hairan.

"Tak apa. Aku harini rasa macam tak nak makan dekat kantin pulak. Jom tempat lain." Ujar Dayang mencari alasan. Dia rasa tidak sedap hati apabila melihat Aiden di belakang mereka.

"Tapi aku nak makan dekat sini. Aku nak makan nasi lemak." Bantah Seroja. Bukan dia taknak. Dia okay je makan tempat tapi dia lapar. Nak buat macam mana.

"Ish! Korang ni jang-..." Terhenti ayat Ava apabila suara Aiden menegur mereka.

"Kenapa bising bising tu? Ada yang tidak kena ke?" Soal Aiden dari belakang.

Terhenti langkah mereka bertiga dan terus pusing ke belakang.

Ava memandang Aiden.

"Tiada apa. Mereka lah gaduh." Ujar Ava.

"Jangan salahkan aku. Dayang yang mulakan dulu." Ujar Seroja.

Dayang berkerut muka. Dia ada sebab buat macam tu. Kemudian dia memandang Aiden dan dia sudah buat kesalahan besar.

Aiden memandang tajam ke mata Dayang. Seakan tahu apa yang di fikirkan oleh dirinya.

Dayang menoleh kearah lain.

"K-korang. Aku makan dekat tempat lain jelah. Bye." Tanpa lengah masa Dayang terus pergi meninggalkan Ava dan Seroja bersama Aiden.

Aiden masih menatap Dayang tajam. Dia tahu Dayang orangnya bijak dan lebih berwaspada pada sekeliling. Tidak lama kemudian Aiden tersengih. Dia perlu halang Dayang daripada menganggu pelannya dan dia sudah punya solusi.

"Ava. Awak makan apa nanti?" Soal Aiden kepada Ava.

"Makan apa yang dijual dekat kantin lah." Balas Ava.

Aiden mengangguk.

"Apa yang dijual kat sini?" Soal Aiden berpura pura tidak tahu.

"Nasi lemak, nasi ayam, kuih muih, air dan lain." Balas Ava janggal dengan Aiden.

Aiden mengangguk.

"Tak best. Takpelah saya makan dekat dewan. Bye." Ujar Aiden lalu meninggalkan Ava dan Seroja. Dia perlu melaksanakan sesuatu.

Ava dan Seroja memandang Aiden pelik.

"Dah sekolah lama kat sini takkan tak tahu apa yang makcik kantin masak kut? Peliklah mamat tu." Ujar Seroja.

Ava hanya mengangguk. Dia pun rasa benda yang sama.

"Ah lantaklah. Jom Ava kita makan. Aku dah lapar gila ni." Ujar Seroja sambil menarik tangan Ava pergi kantin.

Ava hanya mengikut tapi mata masih terarah pada jalan yang Aiden lalu tadi. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati.

Maaf kerana lambat update. Thank you for reading.


My Mystery Letter...Where stories live. Discover now