BAB 8- KLIEN BARU

41 7 28
                                    

"Apa yang saya mahu katakan kepada I.H.I? Hmm.. I.H.I adalah pesaing yang paling hebat dan kami paling hormati. Saya pasti mereka mampu melakukan lebih baik lagi di masa akan datang." Deep berkata.

"Baiklah. Soalan seterusnya, apakah rahsia di sebalik pengurangan kos projek ini?" soal wartawan itu lagi.

Tiba-tiba raut wajah Deep berubah.

"So.. Soalan ini tidak patut disoalkan. Benar?" gumam Deep.

"Apa maksud encik?" soal wartawan itu lagi.

"Soalan ini tidak termasuk di dalam skrip yang kau beri," gumam Deep lagi tetapi suaranya semakin perlahan.

"Encik Deep, kita sedang siaran langsung sekarang." Pembantu kepada Deep memandang ke arah lelaki itu, suaranya kedengaran tegas.

Pembantu itu berdehem.

"Maksud daripada Encik Deep, tiada jawapan untuk rahsia sebalik pengurangan kos di dalam projek ini. Kami cuma bernasib baik untuk dapat projek ini. Seperti saya katakan, kami menang tipis. Encik Deep juga bakal berada di kawasan letupan untuk melihat perobohan itu berlaku sehingga akhir," kata pembantu itu.

"Benar itu! Saya bakal menyertai pekerja saya untuk memantau di kawasan letupan nanti," celah Deep.

"Hmm.. Kawasan perobohan berada berdekatan dengan Portal Phantom dan mereka kena alihkan semua orang yang berada berdekatan. Menarik," kata Solar.

"Syarikat yang mahu menyertai Persatuan Tertinggi sememangnya sesuatu," kata Ais pula.

"Amaran! Kamera keselamatan di pintu utama mengesan identiti tidak dikenali mendekati kedai dalam kelajuan yang tinggi. Spekulasi, kemungkinan pinjaman buku mereka sudah tamat atau cuba untuk mensabotaj kedai." Secara tiba-tiba Ochobot bersuara daripada komputer milik Solar.

"Itu pasti pelanggan, abang pergi buka pintu. Lagipun sememangnya waktu untuk kedai buka," kata Ais.

"Huh? Itu cara paling pelik untuk kata pelanggan datang, Ocho." Solar menatap datar ke arah dua mata biru yang berada pada salah satu skrin monitornya.

Ais membuka pintu sebelum dua sosok menerobos masuk ke dalam bengkel Solar tanpa amaran.

"Ahhh?!! Adoi?! Muka aku?!" jerit sosok itu bersama robot ungu yang menindih belakangnya.

"Alamak?! Korang okey?!" soal Ais dengan perasaan terkejut.

"Ah! Jangan percaya dengan hipokrit ni! Mereka menipu!" marah sosok itu sambil menunding jari ke arah skrin televisyen.

"Nanti, macam mana korang boleh masuk ke dalam kedai kami ni?!" soal Ais.

"Kami masuk sebab pintu sudah tunjuk buka dan kami masuk untuk mencari pemilik kedai ini!" kata robot ungu itu.

"Adakah abang sudah buka kedai daripada awal lagi sebenarnya?" Solar bercekak pinggang.

".. Mungkin, abang lupa." Ais menggaru kepalanya.

"Dan sekurang-kurangnya cakaplah kalau nak buka pintu tu! Sakit muka aku," kata sosok itu.

"Macam mana nak cakap, kalau korang pun masuk sini macam tak cukup tanah! Ehem. Selamat datang ke 7th Streets Bookstore, apa yang kami boleh bantu?" kata Ais.

"Adakah korang mencari buku yang sesuai dengan keinginan korang? Buku Suram Rembulan Pahit baru tiba di kedai kami," kata Solar pula dengan nada ramah.

"Oh, itu kedengaran menarik! Na..Nanti! Itu bukan sebabnya aku datang ke sini! Korang mana satu merupakan bos muda di kedai ini?" soal sosok itu.

"Itu aku?" Solar menunding jari ke arah dirinya sendiri.

"Baguslah! Kau juga pasti dikenali sebagai Gamma, kan?! Aku ada tugas Phantom untuk kau!" kata sosok itu.

"Nanti, kau pasti tersilap. Kami cuma pekerja biasa dan bos di kedai ini," kata Ais.

"Eh! Kau tak perlu risau! Nama aku Adudu dan ini robot aku, Probe! Beliung beritahu kami untuk datang ke sini!" kata sosok bernama Adudu itu.

"A.. Aku tak pasti apa yang kau cakapkan ini. Kau pasti berada di tempat yang salah," kata Solar pula.

"Aku pasti tiada hidung tetapi aku boleh menghidu penipuan seseorang! Kau pasti kenal Beliung daripada The Trouble Makers! Ketua agensi underground, The Trouble Makers! Aku ada rakaman perbualan antara aku dan The Trouble Makers sebagai bukti!" kata Adudu.

"Betul tu! Aku rakam segalanya demi Incik Bos!" celah Probe pula.

Ais dan Solar memandang antara satu sama lain.

"Sebentar ya," kata Solar sambil menarik Ais ke bucu bilik.

"Patut ke kita percaya dengan mereka ni?" bisik Solar.

"Entahlah tapi cara mereka cakap, sepertinya mereka tidak menipu dan satu lagi, abang rasa kita patut stapler mulut Abang Ufan selepas ini." Ais membalas pula.

"Ya. Aku setuju," kata Solar pula.

Solar menoleh ke arah Adudu dan Probe yang masih menunggu dia dan Ais, Solar berdehem sebelum menghampiri mereka berdua.

"Adakah sememangnya Beliung hantar korang ke sini? Di mana TTM berada sekarang?" soal Solar, suaranya kedengaran tegas.

"Di tempat di mana korang tengok di berita! Kawasan letupan milik Pandora. Lelaki tak guna tu kata tiada sesiapa di dalam tetapi dia menipu," balas Adudu.

"Adakah pelik yang aku langsung tidak terkejut?" kata Solar.

"Abang pun fikir benda yang sama dengan cara Encik Deep membalas soalan terakhir tadi," kata Ais pula.

"Tetapi mengapa TTM berada di kawasan letupan itu?" soal Solar lagi.

"Mereka mencari sesuatu! Kerja yang aku beri kepada mereka! Ianya barang pusaka keluarga aku! Red Owl Claws memberi banyak masalah! Beberapa pergaduhan juga berlaku di situ dan sungguh ramai orang seperti tin sardin!" balas Adudu.

"Sabar, sabar. Kau cakap seperti mereka berada di jualan murah di pasar raya," kata Ais.

"Uhh.. Aku tak tahu nak mula daripada mana. Oh, ya! Rakaman tu! Aku boleh tunjuk kat korang! Probe menyimpan rakaman visual beberapa hari yang lepas! Tengoklah," kata Adudu.

"Huh, ini kali pertama aku tengok robot mempunyai rakaman visual hampir sama seperti robot sfera." Solar mengusap dagunya sendiri.

"Ocho, bolehkah kau akses ke dalam memori rakaman visual Probe?" soal Solar.

"Sudah tentu, tuan. Seperti saya katakan, saya mampu mengakses 90% gajet pintar di seluruh Interstellar tanpa had." Ochobot membalas.

"Ocho? Adakah itu pembantu AI korang?" celah Adudu.

"Ya, begitulah." Solar membalas.

"Jadi, bagaimana kau mahu lakukanya?" Ais mencelah.

"Senang sahaja." Mata biru Ochobot di skrin monitor terus menatap ke arah Probe.

"Eh?" Probe yang tidak tahu apa-apa, keliru.

BZZT!

Probe terenjat setelah matanya terpandang mata Ochobot sebelum dia terus pengsan.

"Probe!" jerit Adudu.

"Ocho, apa yang kau buat?!" marah Solar.

"Proses rakaman visual selesai," kata Ochobot sebelum sebuah rakaman muncul di skrin.

"Oh, itu dia! Itu rakaman semasa aku dan Beliung berjumpa!" kata Adudu dengan semangat.

"Adakah kau pasti?" soal Solar, untuk kepastian.

"Ya! Kau boleh mainkannya, jika kau tidak percaya!" kata Adudu.

"Baiklah, mari kita tengok." Solar menekan butang pada papan kekunci komputernya dan rakaman visual itu dimainkan.

PHANTOM RAIDERS [BBB Elemental Malay FF]Where stories live. Discover now