BAB 24- DOLORES

30 6 23
                                    

"Tapi dia pasti baik-baik sahaja. Nanti saya akan terangkan kepada pemiliknya setelah saya tiba ke kawasan pemindahan," kata pemeriksa itu tanpa rasa serba salah.

"Beep?! Beeeeepp!!" marah Solar dalam bahasa robot sfera.

"Eh? Bukahkan dia adalah pemiliknya?" soal Sai sambil menunding ke arah Ais.

"Saya? Saya cuma ejen dalam latihan," balas Ais.

"Oh."

"Hmm.. Mereka tak tahu Phantombot ini dikawal jarak jauh. Kenapa mereka perlu tanya pendapat kepada kita? Ejen JHEPP adalah ejen terbaik daripada yang terbaik. Lagipun menyokong mereka cumalah pilihan yang kita ada dan Abang Hali juga ada di sini. Kita tak boleh biarkan dia sedar yang kita ada di sini," fikir Ais.

"Baiklah, mari kita pergi." Ais membuka mulutnya.

"Beep?!" Solar terus menatap ke arah Ais.

"Maaf, Gamma. Kita kena lakukan ini," bisik Ais.

Solar berdengus sebentar sebelum dia mengangguk setuju.

"Baiklah, kesan Kapten Halilintar. Kami akan ikut," kata Shielda.

Phantombot milik Solar terus terbang, menuju ke lokasi Halilintar berada. Sekali sekala Ais, Sai dan Shielda menumpaskan phantom yang menghalang jalan mereka. Mereka bertiga berlari mengikuti Phantombot yang dikawal oleh Solar masuk di tengah-tengah Phantom Zero.

"Mana kapten pergi?!" kata Sai sambil berlari, matanya melilau mencari keberadaan ketuanya itu.

"Phantom itu ada di sana!" Shielda menundingkan jarinya ke udara di mana Phantom berbentuk naga itu berterbangan di langit, mengelak konkrit dan kenderaan yang terapung di langit.

"Huh?! Itu kapten!" kata Sai apabila dia ternampak sosok Halilintar berlari dan melompat di atas konkrit dan kenderaan yang terapung dalam kelajuan pantas, mengejar phantom itu.

"Hm! Hm! Hiyah!" Halilintar melompat satu per satu dan membelah halangan yang menghalang jalannya.

"Grahh!!" Naga-naga kecil yang mengikuti phantom itu meluru ke arah Halilintar secara beramai-ramai.

SHING! SHING!

Halilintar menghayunkan pedangnya dan melawan naga-naga itu dengan sangat pantas, segala serangan naga-naga itu tidak melambatkan dirinya untuk mengejar ketua mereka.

"Huh?!" Halilintar ternampak timbunan konkrit dan longgokkan sampah menghalang di sepanjang jalan yang dia bakal lalu.

"Hm! Lompatan halilintar!" jerit Halilintar dengan lantang.

Dengan kelajuan yang tinggi, dia menghancurkan kesemua longgokkan sampah serta naga-naga kecil menjadi serpihan kecil sebelum dia melompat serta mendarat di atas konkrit seperti platform di hadapan phantom gergasi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan kelajuan yang tinggi, dia menghancurkan kesemua longgokkan sampah serta naga-naga kecil menjadi serpihan kecil sebelum dia melompat serta mendarat di atas konkrit seperti platform di hadapan phantom gergasi itu.

PHANTOM RAIDERS [BBB Elemental Malay FF]Where stories live. Discover now