Hazriq melihat sosok seseorang yang sangat dia cintai perlahan-lahan turun dari tangga. Dhia terlihat sangat anggun memakai kurung songket bewarna putih. Perlahan-lahan sosok itu duduk di atas pelamin yang tersenggam indah. Ditemani uminya.
"Sudah-sudah la tu merenung pengantin perempuan kita...merah dah muka dia tu" Usik tok kadi itu.
"Alah tok..saya nak tengok betul ke tu bakal isteri saya" Jawab Hazriq tenang. Walaupun jantungnya terasa nak jatuh ketika melihat Dhia. Seakan tak percaya yang bidadari itu akan menjadi miliknya sebentar lagi.
"Ehem..boleh kita mula? pengantin lelaki nampak tak sabar nak cium dahi isteri ni" Usik tok kadi lagi. Dengan Dhia sekali kena. Hazriq punya pasal la ni!
"Boleh-boleh" Tok kadi sudah memegang tangan Hazriq dan sedia untuk menyalam tangan Hazriq.
"Hazriq Adam Bin Hasy Azhar"
"Saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Dhia Zahra Binti Daniel Zariff dengan mas kahwinya lima ratus ribu tunai!"
"Sah?"
sah..
sah...
sah..
"Alhamdulillah.."
Selepas sesi pembacaan doa Hazriq menunaikan solat sunat sebelum kembali ke situ semula untuk sesi pembatalan air wuduk dan sarung cincin
"Saya nak sarung cincin ni..hulur lah tangan tu" tegur Hazriq lembut melihat Dhia yang termenung memandang tangannya.
"B..Boleh pegang ke?" Terkebil-kebil Dhia bertanya kepada Umi.
Tergelak kecil Umi mendengar soalan menantunya. "Boleh sayang...tadikan dah akad...dah halal dah Dhia dan Hazriq nak pegang tangan..nak buat lebih-lebih pun boleh" Usik umi. Merah muka Dhia menahan malu. Namun dihulurkan jua tangannya dalam keadaan yang terketar-ketar.
"Salam tangan suami kamu Dhia.." Kata Umi lalu Dhia menyalami tangan Hazriq dalam keadaan yang terketar-ketar. uuh jadi isteri orang dah aku haa
"Assalamualaikum budak pendek saya.." Kata Hazriq lalu mencium lembut dahi isterinya.
"Waalaikummussalam encik terlebih tinggi.." Jawab Dhia lalu tersengih lalu dia mendengar Hazriq ketawa kecil.
"Ready malam ni?" Kata Hazriq dengan senyum nakalnya
"R..Ready? Ready apa?" Tergagap-gagap Dhia bertanya. Ready apa?
"Nak solat sama-sama" Kata Hazriq lalu tergelak melihat muka buah hatinya berubah
ei dia ni nasib baik solat sama-sama!
"Jom lah kita..tinggalkan pengantin baru ni berdua" Kata Umi lalu semua tetamu berura-ura bangub dari tempat duduk mereka untuk menjamu selera
"Awak fikir apa sayang?" Hazriq mengusik. Dia mengusap pipi Dhia yang masih merah itu.
"Tak fikir apa-apa" Kata Dhia lalu memandang kearah rakan-rakannya yang memandang nakal kearah dia dan Hazriq. Dhia menunjukkan penumbuk kecilnya.
"Comel je tunjuk penumbuk dia yang kecik tu" Hazriq hanya memegang seluruh tangan Dhia menggunakan satu tangan saja. Menunjukkan betapa keciknya budak ni. Kecik-kecik pun tinggi. Tapi tak setinggi dia la. Silap-silap lagi tinggi dari para readers. HOHO
"Kecik yaa.." Dhia perlahan-lahan mengalihkan tangannya lalu mencubit pinggang Hazriq.
"Aduh!" Hazriq mengaduh kecil menerima cubitan isterinya yang agak berbisa itu. Bukan agak tapi memang!
"Berbisa betul tangan sayang ni" Kata Hazriq lalu menggenggam tangan isterinya dan dicium lembut tangan itu. Melihat Dhia yang tersenyum Hazriq terus mengusik
"Suka?" tanya Hazriq
"Suka" Jawab Dhia selamba.
"Kalau macam tu malam ni saya boleh bagi lebih tak malam ni?" tanya Hazriq nakal.
"Boleh abang" jawab Dhia dengan suara yang dimanjakan. Manjah kali dia guys!
"Apa? Dhia panggil saya apa tadi?" Dia tak silap dengar kan? Dhia panggil dia abang?
"Dhia panggil abang, abang lah"
"Allah" perlahan-lahan dia duduk. Nanti pengsan susah pulak. Terus saja dia menyandarkan kepalanya bada bahu Dhia.
"Sayang tolong panggilkan ambulans..a..abang nak pengsan ni" Kata Hazriq lalu meletakkan tangannya pada dahi sendiri.
"Iye? Dhia ada ubat untuk elokkan orang suka pengsan ni" Kata Dhia lalu mengusap belakang kepala suaminya. "Ada ke?" tanya Hazriq polos.
"Ada"
"Bila nak bagi?"
"Malam ni Dhia bagi"
P/S
manjah kali dia guys
btw author nak exam nnti..jdi author up 8 chap dulu. doakan author okay!