|09|

51 4 0
                                    




       Laungan namanya dari arah belakang membuatkan langkah Syed Darian dan Tengku Arjuna terhenti. Dia lihat ada beberapa orang siswi datang menghampiri mereka. Apa yang sudah Tengku Arjuna pastikan, mereka semua adalah junior, tidak ada rakan yang sama batch denga mereka buat tindakan begini. Mereka juga sudah bosan melihat Tengku Arjuna dan 3 yang lain.

Satu keluhan berat dilepaskan apabila masing-masing daripada mereka membawa kotak yang cantik dibalut dengan pembalut. Syed Darian menjeling kesisi. Serentak Tengku Arjuna dan Syed darian menyeluk tangan mereka kedalam poket. Wajah sehabis baik diseriuskan. Perlu mengikut rentak Tengku Arjuna.

Siswi itu masing-masing, menghulurkan hadiah mereka kepada Tengku Arjuna serentak. Tengku Arjuna hanya melihat dan kening dijungkitkan. Perlahan-lahan kaki diundurkan kebelakang dan beredar dari kawasan itu. Malas mahu melayan.

Pasti raut wajah masing-masing menunduk menahan malu. Tidak lama selepas Tengku Arjuna pergi dari situ, datang Engku Rashdan mengambil semua hadiah. Itu adalah tugas hakiki dia. Mengambil semua barang daripada peminat Tengku Arjuna. Paling besar setakat yang dia dapat adalah apple watch. Mahal untuk seorang yang bergelar pelajar yang menggunakan duit tajaan.

"Ar." seru Engku Rashdan. Segera langkah diberhentikan. Semput Engku Rashdan mengejar langkah lelaki ini.

"Macam biasa eh? Aku nak semua hadiah ni."ujar Engku Rashdan selamba.

Tengku Arjuna sekadar jatuhkan kepala. Memang selama ini semua hadiah yang dia dapat, Engku Rashdan yang akan ambil semua. Tengku Arjuna meneruskan langkahnya ke kelas kembali dan Engku Rashdan mengikut langkah dia. Tak akan lah nak ikut dia masuk kelas. Lagi satu langkah untuk masuk kekelas, Tengku Arjuna dengan drastik memberhentikan langkahnya. Terhasillah perlanggaran antara dahi Engku Rashdan dan belakang badan Tengku Arjuna.

"Kau kenapa ni gila?! sakit dahi aku. Badan kau dahlah keras."Engku Rashdan mengusap dahinya sambil membebel.

"Kau yang kenapa sekarang ni? Nak ikut aku masuk kelas? Kau tak ada kelas? Setahu aku student architecture ni duduk bertapa dalam studio aje."

"Projek aku dah siap. Kau pun bukan ada kelas pun, kau nak siapkan lakaran kau aje kan. Macam tak boleh buat kat rumah."

Beberapa orang yang ada dalam kelas, lebih selesa menyaksikan perdebatan 2 orang sahabat itu. Perdebatan menggunakan bahasa yang mereka sama sekali tidak faham, sebab itu tiada siapa berani masuk campur.

"Kenapa lah aku ada kawan macam kau orang? Sikit hari lagi aku nak gila ni." pelipis yang tidak sakit dipicit.

"Bersyukur, kita orang menghiburkan hari-hari kau." punggung dihenyak di bangku sebelah Tengku Arjuna. Tengku Arjuna menyambung kerjanya kembali. Manakala Engku Rashdan sibuk dengan smartphonenya. Chat scandal yang ke 5,000 agaknya. Tersenyum-senyum macam kambing. Koyak juga mulut tu.

"Kau kenal kawan Amira?"soal Tengku Arjuna tiba-tiba.

Rashdan menggeleng. Di instagram Amira pun hanya ada gambar kawannya itu dari belakang, tidak nampak wajah.

Misteri.

"Tapi aku ada stalk instagram kawan Amira tu. Boleh tahan pengikut dia, yang aku boleh cakap dia terkenal walaupun dia tak pernah tunjuk muka dia." dihulurkan telefonnya kepada Tengku Arjuna.

Setiap satu postingan, Tengku Arjuna lihat. Gadis ini pelukis.

"Kenapa berminat tiba-tiba?"usik Engku Rashdan.

"Aku curious aje." mata kembali terarah keatas kertas lakaran.

    Engku Rashdan tersenyum sinis, ialah tu curious aje. Alasan yang tidak munasabah dikeluarkan dari mulut seorang manusia yang bernama Tengku Arjuna Mikael.





SOFIARJUNA [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now