|10|

121 6 0
                                    




    Malam itu, sampai saja Tengku Arjuna menjejakkan kaki kedalam rumah. Terus masuk kebilik dan bersiap untuk keluar semula. Kunci kereta miliknya dicapai dan dalam keadaan yang kelam kabut, dia keluar dari rumah. Baru setapak kaki baru keluar dari muka pintu, tiba-tiba nama penuhnya sudah diseru oleh seseorang yang suka menyibuk dengan kehidupan orang lain.

    "Nak pergi mana?!"tegur Syed Darian yang keluar dari dapur sambil tangannya membawa muk.

    "Nak pergi kedai semalam. Aku nak ambil barang aku."

    Tanpa menunggu Syed Darian membuka mulutnya, Tengku Arjuna terus meluru ke arah keretanya. Tunggu dia buka mulut, memang lambat lah Tengku Arjuna sampai ke kedai itu. Boleh jadi nanti dia sampai sana, kedai itu sudah tutup.

    Syed Darian melopong. Kena tinggal macam itu aje, nampak sangat tak suka dengar dan mengelak dari dia daripada membuka mulut. Syed Darian menggulingkan mata keatas. Ingat Tengku Arjuna saja ke boleh penat melayan perangainya, dia pun kadang penat melayan Tengku Arjuna.

Dia perhati saja, kereta Tengku Arjuna yang laju memecut membelah jalan raya. Elok mencicip minuman yang masih penuh didalam muknya. Tiba-tiba telefonnya berdering tanda notifikasi masuk.

    'SYED DARIAN BIN SYED DANIEL! PERGI MANA?! AKU CALL KENAPA TAK ANGKAT!'

     Tersembur keluar air yang dia minum. Membulat besar iris matanya melihat pesanan yang masuk. Mati, mati dia kali ini. Kenapa dia baru perasan call log penuh dengan nama Amira. Apa alasan yang dia mahu berikan? Mereka tidaklah call setiap hari, mereka ada waktu yang mereka tetapkan untuk bertanya khabar dan bercakap panjang lebar.

    Dan ini adalah hari yang mereka tetapkan.

    Lambat-lambat nombor Amira didail. Ganggang telefon dilekatkan di telinga tetapi dijarakkan sedikit dalam 2 inci jauh dari telinga. Takut kena maki aje nanti. Baiki kita selamatkan telinga supaya gegendang kita tak pecah. Nanti Amira dapat suami pekak pula.

    "Hello, sayang."perlahan saja suara Syed Darian memberi mukadimah ayat.

     "Hai."lembut suara Amira menjawab. Sebenarnya dia hanya gertak, dia tak marah pun. Dia faham dengan aktiviti seharian kekasih hatinya itu dikampus. Dia juga selalu sibuk. Jadi tak boleh salahkan Syed Darian sepenuhnya.

    Syed Darian menghembuskan nafas kelegaan. Nasib tidak berlaku perang dunia. Dia meletakkan muk yang dia gunakan diatas island table. Nanti-nantilah dia basuh. Paling tidak pun kalau Tengku Arjuna nampak masa dia balik nanti dia yang akan basuhkan.

    Bila lah mereka boleh bertemu empat mata? Ikutkan peta, jauh juga antara US dan France, tapi jika sudah cinta, jarak yang jauh mampu mereka sesuluri. Setakat tiket penerbangan pergi dan balik dari US ke France, tiada masalah rasanya. Terlebih cukup.

    "Sayang sihat?" Syed Darian memulakan bicara.

    "Sihat."

     "Awak!"jerit Amira dihujung talian. Syed Darian terkekeh kecil mendengar suara Amira yang teruja untuk memulakan ceritanya.

         "Lily, ada kawan lain selain kita. Lelaki."

     "Okay lah tu. Slowly."jawab Syed Darian tenang.

"Kalau lelaki tu tinggalkan Lily macam mana? Lepastu Lily akan bercakap dengan kita aje, dah tak nak bergaul dah. Lepastu dia tak percaya kaum awak dah. Macam mana?"suara Amira mula bertukar menjadi sayu.

"Aku pergi tumbuk lelaki tu, untuk pihak kau."

    Mereka teruskan bercerita berkaitan dengan kehidupan mereka pula, cerita perihal Lily cukuplah sampai disitu. Hal orang tidak usah terlalu jauh kita masuk campur, cukup sekadar memberi tahu, Syed Darian perkembangan Lily disini. Kerana Lily mempunyai mereka saja.

Hubungan yang matang tidak perlu untuk kita bersua setiap hari. Cukup sekadar kita tahu perkembangan mereka sehari-hari. Kepercayaan itu paling penting. Hati yang sudah diciptakan untuk bersama sedari awal akan tetap bersama hingga akhir hayat.





    LILY merenung telefonnya, dia baru selesai membuat panggilan abangnya yang berada di Malaysia. Katanya cuti musim panas nanti keluarga abang dan kakaknya ke sini. Melawat dirinya. Ayah? Langsung dia tidak bertanya khabar tentang anak bongsunya yang jauh diperantauan. Tak rindu kah dia?

Mama? Semalam baru call dengan syurganya, sihat. Apabila Lily tanya tentang ayahnya, ayahnya berada di London, melawat sepupunya yang sudah cuti semester. Satu keluhan berat dilepaskan. Seperti anak yang terbuang dan sama sekali langsung tidak dianggap.

"Aku anak angkat ke?"

"Aku anak tak sah taraf ke?"

Pelbagai soalan berlegar dalam kepala Lily. Jika anak muda menanam impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk membanggakan kedua orang tua mereka, tapi tidak pada Lily. Dia jauh terbang kesini adalah untuk melarikan diri dari sesaknya nafas yang memberi tekanan saban hari kepadanya semasa ditanah air.

Jurusan yang dia ambil kini, jurusan yang paling dielak untuk bertemu. Tidak sangka takdir tuhan tidak berpihak padanya. Lily berazam, untuk ayahnya mengungkapkan kata dia bangga akan anak bongsunya, Lily harus menjadikan dirinya seperti arwah abangnya. Mungkin dengan cara itu saja Lily dapat mendengarkan ayat,

'AYAH BANGGA DENGAN ADIK!'

Memendam rasa itu perit, walaupun hidup diselubungi dengan segala harta dan kenikmatan dunia, jika hidup orang dialamnya tidak seronok, harta dan kekayaan itu tiada nilai. Biar hidup sederhana janji, keluarga sentiasa berada dibelakang sedia menyambut jika diri ini hampir jatuh tersungkur.

Mengambil jurusan yang dia sangat tidak minati tetapi tuhan mudahkan jalannya. Otak Lily sangat mudah menerima apa yang pensyarah sampaikan. Setiap kali kuiz atau apa saja yang melibatkan jurusannya, Lily akan mendapat markah tertinggi. Tidak tahu itu hanya anugerah tuhan atau tuhan memang membantunya sedari awal. Tuhan mendengar setiap niat yang kita titipkan dalam jiwa kita.

Puas meratapi orang yang tidak pernah mengingati kita. Lily melangkah ke hujung sudut bilik. Satu canvas besar dan kosong diambil dan diletakkan dikayu yang khas untuk meletakkan canvas lukisan disitu.

    Permukaan kosong canvas sangat memberi maksud tersirat yang sangat mendalam kepada Lily. Kosong. Putih. Umpama anak yang baru lahir kedunia, suci dari sebarang dosa dan kebencian dan masih terlindung dari kejamnya dunia. Berus lukisan dipegang lalu dilarikan diatas canvas. Berus ini pula, yang mencorak, setiap lakaran yang kita mahu dan diri kitalah yang menentukan corak apa yang kita mahu.

Jika fikiran kita, ingin membuat lukisan itu nampak buruk, maka buruklah dia pada pandangan orang lain. Jika sebaliknya, maka pandangan orang lain dan sekitar juga berubah.

Awalnya Lily mahu ajak Amira menemannya untuk melukis. Lihat Amira sudah tertidur diatas katilnya ditemani oleh kekasih hati dihujung talian. Kadang Lily kagum dengan Syed Darian dan Amira, hubungan mereka matang. Jarak yang jauh juga membataskan mereka tetapi mereka jarang gaduh dan Syed Darian pandai mengawal jika Amira mula mengeluarkan sifat berbaur cemburu.

Berus dilarikan diatas canvas. Dia tak tahu sekarang apa yang dia mahu lukiskan. Fikiran dia sekarang ini kosong. Sekosong-kosongnya.

Berus lukisan diletak semula ditempatnya. Satu keluhan dilepaskan.





TBC

Mungkin cerita ini akan sampai bab 10 saja. Maaf. Saya tak tahu bila saya ada masa lagi untuk menulis. Kalau ada masa lapang saya tulis. Tapi saya tak janji. Semakin hari saya semakin sibuk dengan assignment dan beberapa projek. Kalau rindu dengan penulisan saya awak semua jemput masuk channel telegram saya. Saya ada buat e-book percuma. Link ada di bio.

Saya masih ada dalam dunia penulisan. Jangan risau.

Semoga kita berjumpa di versi yang terbaik menurut takdir. Jaga diri semua.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SOFIARJUNA [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now