|03|

45 3 0
                                    


Lily memandang penampilannya di balik cermin. Setelah memastikan pakaiannya yang dia pakai rapi, Lily terus menapak keluar dari bilik. Perlulah kemas, hari ini hari pertama dia dengan rasminya menjadi pelajar universiti. Bukan universiti Malaysia, universiti France tau! Lily akan gunakan masa yang dia ada disini, menjadi pelajar terbaik dan jika mampu dia mahu sertai pertandingan melukis, walaupun itu bukan jurusan yang dia ambil.

Tidak mengapa, buat sebagai part time. Untung-untung boleh dapat duit poket untuk melangsungkan kehidupan disini yang serba serbi mahal. Langkahnya tersekat apabila tubuh Amira tersekat di depan mata. Amira memperagakan pakaiannya untuk Lily lihat.

Kening dijungkit. Nak apa? Tak faham. Bukan dia tidak pernah nampak Amira berpakaian kasual seperti ini. Mungkin berada di negara orang, Amira rasa penampilannya istimewa kut.

"Cantik tak?" soal Amira apabila tidak mendapat respon yang dia inginkan daripada Lily.

"Cantik."

Ringkas dan padat.

Langkah dibawa keruang tamu, membiarkan Amira yang masih berdiri di depan pintu biliknya. Apa yang dia tidak puas hati dengan penampilan dia hari ini pun tidak tahu. Nak kata bersiap bagai nak rak sebab cari jodoh, rasanya tak kut. Amira sudah jumpa dengan jodohnya. Apa perlu susah hati sangat. Yang tak jumpa jodoh itu dirinya.

Dirinya! Tapi macam mana nak jumpa jodoh, kalau diri dia pun belum siap untuk menerima orang dalam hidup dia. Atau mungkin dia perlu buka peluang itu untuk orang masuk ke dalam hatinya?

Mungkin itu jalan bahagia yang dia cari selama ni? Siapa yang tahu?

"Jomlah, nanti kita terlepas train. Kau cantiklah hari ini. Nanti bagi gambar dekat Darian. Mesti dia suka." Lily tahu Amira sentiasa gusar dengan penampilannya. Katanya dia selalu cemburu bila berjalan disebelah Lily. Lily selalu menjadi fokus utama. Yang pasti Lily tidak pernah melayan.

"Betul aku cantik?" Amira bertanya lagi.

"Tanya Darian mesti dia jawab, cantiknya princess saya ni. Nur Amira princess saya yang paling cantik"Lily mengajuk gaya percakapan Syed Darian apabila Amira tanya perihal kecantikannya pada lelaki itu. Syed Darian dia penuh bahasa cinta adalah words of affirmation. Dapat pula amira yang sentiasa blushing. Memang sesuailah.

Amira tersenggih malu. Lily ingat pula.

Lily yang sudah tidak sabar menunggu Amira menghabiskan senyuman kambingannya, segera mengheret tangan Amira untuk keluar dari rumah. Hari pertama, tak akan mahu lambat.

"Hujung bulan ni, Darian ajak kita keluar." beritahu Amira sedikit menjerit. Didalm train penuh dengan manusia yang mahu ke tempat kerja dan sebagainya.

"Tak jauh ke, US ke sini?"

"Dia kata tak. Biarlah dia yang nak datang. Duit dia bukan guna duit aku pun."

Lily kerut kening. Darian nak datang? Macam pelik. Melainkan ada orang suruh dia kemari. Dan orang itu tidak lain dan tidak bukan..wajah Amira disebelah dikerling. Senyum-senyum pasti ada sesuatu yang dia sembunyikan.

"Kau suruh kan?"

Semakin lebar sengihan Amira. Alamak! Terkantoi sudah. Lily menggeleng kepala. Belum habis satu semester sudah dia suruh kekasihnya kemari. Ini kalau dibiarkan mahunya disuruh kekasihnya kemari setiap bulan atau mungkin setiap minggu.

SAMPAI diperkarangan universiti, laman terbuka univerisiti itu penuh dengan pelajar baru. Pelajar lama pula menjadi pembantu untuk pelajar baru yang masih tidak kenal dengan persekitaran sekeliling yang masih baru untuk mereka. Sesorang pelajar lelaki mendekati mereka.

SOFIARJUNA [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now