|06|

54 3 0
                                    


Tengku Arjuna tersandar lemah dikepala katil. Kepalanya masih lagi memikirkan siapa kawan Amira yang satu itu. Setiap kali Darian dan Amira mahu kenalkan, pastil gadis itu hilang dari radar. Seperti tuhan tidak mengizinkan mereka untuk bersua dalam waktu yang terdekat. Mungkin sekarang belum waktu yang sesuai.

Kepala dibawa turun menyentuh bantal. Matanya sudah kuyu, tinggal tunggu masa untuk tertidur. Angin dari pendingin hawa yang menyentuh kulit badannya yang tidak dilapik dengan sebarang baju, membuatkan dirinya sangat enak diulit untuk kealam mimpi. Seperti biasa, saat kelopak mata ingin terpejam, saat itulah malapetaka datang.

Bang!

"Hancur pintu bilik aku Syed Darian. Apa masalah kau ni?" marah Tengku Arjuna dengan keadaan mata yang masih tertutup.

Syed Darian tersenggih. Hobi mengacau orang yang mahu tidur. Badan direbahkan disebelah Tengku Arjuna. Nasib katil sahabatnya ini saiz queen.

"Kau curious tak dengan kawan Amira?"

"Hm."

"Nak jumpa dia tak?"

"Tak nak. Kau kata dia pelik. Aku tak nak kawan dengan orang pelik. Cukup lah aku kawan dengan orang gila, itupun hampir jadikan aku gila sekali. Ini kalau berkawan dengan orang pelik, mahunya aku ikut jadi pelik sekali."halus Tengku Arjuna memerli.

Syed Darian pincingkan mata, nak cakap dirinya lah tu gila. Kurang asam punya kawan. Cakap orang pelik, tak sedar yang dirinya pun pelik juga. Cakap tak tengok cermin dulu.

"Kau nak apa ni? Tidur dengan aku lagi?" luas kelopak mata dibuka, apabila tiada tanda-tanda syed Darian mahu meninggalkan biliknya dan masuk ke bilik sendiri.

Laju Syed Darian mengangguk. Syed Darian tidur sebilik dengan Raja Amir, Raja Amir pula jarang pulang ke rumah. Masanya banyak dihabiskan didalam makmal ataupun lab, di universiti. Jadi dia tiada kawan untuk menemannya untuk tidur. Sudahlah bilik mereka besar. Takut lah tidur seorang.

"Kau jangan buat katil ini, macam katil atuk kau ya. Aku tendang kau nanti."

Tengku Arjuna berganjak sedikit ketepi untuk membenarka Syed Darian tidur lebih selesa. Amaran keras dia berikan sebelum mata terpejam rapat, menyambung lenanya yang terganggu tadi. Syed Darian sudahlah tidur ganas. Sudah tumpang katil orang, dia buat macam katil dia sendiri aje.

"Ar.."seru Syed Darian. Dia tidak boleh melelapkan mata walaupun badannya sangat penat.

Tengku Arjuna berdecit kegeraman lalu badannya dipusingkan membelakangkan Syed Darian. Malam-malam beginilah nak ajak berborak ya. Lambat Tengku Arjuna berdehem menyuruh Syed Darian menyambung percakapannya.

"Kau tak nak rasa bercinta."

"Malas."

"Bercinta seronok tau Ar. Rasa disayangi, dicintai. Ada orang ambil berat pasal kita hari-hari" Syed Darian mula tersenyum sendiri, mengingatkan setiap harinya diambil berat oleh Amira.

"Itu sebab kau kurang kasih sayang."

Tanpa amaran laju kaki Darian menendang Tengku Arjuna jatuh dari katil. Kau yang meminta ya. Baik-baik aku tidur sopan malam ni, kau yang cari gaduh dengan aku. Mulut tu sangat menyakitkan hati. Betul kata Raja Amir, malang siapa yang mejadi suri hati lelaki ini. Perlu menahan telinga.

"Oi! Kau kenapa? Dah tak nak hidup ke? Kau keluar bilik aku sekarang!"

Melebih dah ni, owner katil kena tendang jatuh kebawah.

SOFIARJUNA [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now