4 BULAN KEMUDIAN.
"Aaira Cressida!" Automatik Aaira angkat kepala saat namanya dilaung kuat oleh si abang. Bibirnya menyengih saja. Tak mahu balas apa-apa.
Cukuplah dengan penampilan abangnya yang bercekak pinggang sambil merenungnya tajam itu menjadi saksi bahawa abangnya memang sedang marah.
Tu la kau. Siapa suruh buat dia marah, kan? Haa, kan dah kena!
Huh, padan muka!
"Kau buat apa sekarang ni?" Tanya si abang garang. Barangkali geram dengan perangai adik bongsunya yang tersengih macam kambing itu.
"Adik tengah buat apa? Masaklah." Jawab Aaira sambil mencebikkan bibir. Dah nampak dia tengah pegang ayam, kan? Tak akanlah nak raba pula ayam tu. Hisy!
Kash terus mendengus kasar sebelum mara ke arah Aaira. Telan air liur Aaira dibuatnya. Haa kau! Kecut perut pula! Bila main masuk dapur je tak fikir panjang pula ya!
"Aaira Cressida." Seru Kash. Kasar dan dingin tatapan itu menikam wajah Aaira. Menikus Aaira dibuatnya. Tapi, dia gagahkan jua untuk melawan tatapan itu.
"Ya?" Lembut suara Aaira bertanya. Macam tiada apa-apa yang berlaku pun.
Kash memejam erat matanya serentak itu melepaskan keluhan. Kemudian, dia kembali melihat wajah Aaira.
"Kau tahu tak last time apa jadi dekat dapur tu bila kau masak?" Tanya suara itu separa sinis. Tapi masih lagi kedengaran dingin dan kasar.
Gulp!
Perlahan-lahan Aaira menggelengkan kepala. Sengaja ingin mencabar kesabaran Kash itu sedangkan dia tahu apa yang sudah jadi.
"Ayam panggang yang kau masak last time..." Aaira menelan air liurnya kesat. Menunggu kata-kata daripada orang yang hilang kesabaran.
"Hancur! Hangus!" Haa kan dah kata. Terus meletup.
Aaira merengus kasar.
"Yalah! Sebab apa? Sebab along tak ajar adik betul-betul!" Menjawab pula.
Kash beristigfar di dalam hati. Memang adiknya ini sengaja mencabar kesabarannya ini. Sudahlah dia tengah emosi sekarang ni. Bercampur lagi dengan perangai tak semengah si adik. Memang auto ke planet pluto!
"Kau pergi keluar sekarang sebelum aku sendiri yang tendang kau keluar." Aaira terus mencebik. Ayam yang dipegang itu dilepaskan sebelum dia bergerak keluar dari dapur. Sempat dia hentak kaki menunjukkan gaya protesnya itu.
Kash hanya memandang saja pemergian Aaira. Dia tahu. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran adiknya itu.
AAIRA melabuhkan punggung di atas sofa itu. Keluhan dilepaskan. Tapi tak lama selepas itu dia tersenyum.
Tenang.
Tenang.
Te...
Buk!
"Aduh!" Terjerit Aaira apabila ada sesuatu yang menghempap dirinya. Terus dia membuka mata. Saat itu, wajah Kash yang merenungnya jelek itu menghiasi pemandangannya.
Annoying.
"Nak apa?" Kasar Aaira menegur abangnya itu. Tak kisahlah status adik ke apa ke yang penting dia memang tak ada mood nak bermain.
"Bersiap. Ikut along keluar." Putus Kash sebelum terus menghilangkan diri.
Mata Aaira terkelip-kelip. Tak dapat proses apa yang sedang terjadi. Lantas, dia memandang benda yang menghempap tubuhnya itu.
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •The devil in disguise. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang menyeb...