Not edited
"Laila dengar dulu apa yang saya nak katakan ni."
"Tak nak. Saya dah katakan. Saya tak nak ada apa apa hubungan dengan awak. Awak milik Qaseh, Faiq. Bukan saya," kata Laila dengan nada tertahan. Takut ibunya terdengar perbualan mereka.
Ketika ini, Faiq, anak ketua kampung datang ke rumah Puan Latifah. Niatnya ingin berjumpa dengan Laila. Berbincang tentang hubungan mereka katakan. Puan Latifah membenarkannya masuk memberi ruang kepada mereka berdua.
Sekarang mereka sedang berbincang tentang 'hubungan' mereka itu. Bagi Laila, Faiq hanya seorang abang. Namun tidak bagi Faiq. Faiq anggap Laila ialah kekasih hatinya.
"Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Qaseh, Lai. Sumpah demi Allah, Lai." Faiq mengangkat tangannya sepertu bersumpah.
"Jangan bersumpah, Faiq. Nanti awak makan sumpah." Menjeling sedikit Faiq yang tersenyum nipis itu. Tahu yang Faiq suka mengenakan dia.
"Lai... Saya sayang awak. Saya betul betul say..."
"Kalau awak sayang saya. Lepaskan saya," potong Laila laju. Faiq yang terkejut dengan kata kata Laila segera menghela nafas.
"Lai..."
"Cukup Faiq. Saya anggap awak abang saya. Tidak lebih dari itu. Cukup la Faiq. Apa nanti orang kata kalau mereka nampak awak ada di rumah saya ini. Pergi."
Terkedu Faiq mendengarnya. Tak. Tak mungkin Lai halau dia.
"Awak halau saya ke?" soal Faiq perlahan.
"Ya, saya halau awak. So please get our from my house now," tegas Lai. Terkelu lidah Faiq apabila Laila menggunakan bahasa asing.
Laila seorang pelajar yang cemerlang. Dia tamat ijazah pada 2 tahun lepas. Lepas sahaja tamat ijazah, dia segera duduk kampunnya kerana ingin menemani ibu dan ayahnya.
"A-awak..."
"Tolong la Faiq. Keluar," Laila seakan akan merayu pada Faiq. Faiq menunduk kebawah. Dia rasa sedih.
"Kalau itu yang awak nak. Saya keluar tapi. Tapi saya akan cuba juga dapatkan hati awak itu. Ingat Laila." Terkelu lidah Laila ketika ini. Faiq serius. Dia tak main main apabila dia ingin dapatkan Laila. Namun soalannya disini. Mampukah Laila jauhkan diri daripada Faiq dan tidak jatuh hati pada Faiq?
"Awak nak buat apa Faiq? Awak dengan Qaseh sudah tunang pun. Takkan awak nak putuskan pertunangan itu? Jangan buat gila Faiq," risau Laila.
"Kalau itu yang dapat membuatkan awak jadi milik saya. Saya akan batalkan pertunangan dan juga perkahwinan." Mata Faiq memandang tepat mata Laila. Laila terkejut.
No. Tak boleh. Qaseh berhak bahagia.
"Awak tak boleh buat macam itu. Awak akan melukakan hati Qaseh."
"Macam mana pula dengan hati awak?"
"Saya tak pernah suka awak, Faiq. Tak pernah. So tentang hati saya ini. Saya okay. Okay. Awak kahwin la dengan sesiapa pun. Saya tak kisah. Sebab saya tak pernah suka awak Faiq. Saya anggap awak sebagai abang sahaja. Tidak lebih dari itu dan tak mungkin lebih dari itu."
PANGG!
Bagaikan tertampar dengan kata kata Laila. Faiq terus diam. Tidak mampu balas apa apa. Faiq tunduk memandang bawah.
Melihat perubahan riak Faiq. Segera Laila menapak pada Faiq. Ingin memujuk. Namun Faiq berundur kebelakang menyebabkan Laila terkaku.
Faiq...
Faiq... sedih.
"Faiq..."
"Tak apa, Laila. Abang minta maaf. Abang tak patut buat Laila macam ini. Abang dah ada tunang abang sendiri. Abang faham." Laila terkejut dengan perubahan Faiq.

ANDA SEDANG MEMBACA
Laila's Enemy (slow update)
RomanceDhani x Laila Laila merupakan gadis kampung yang diminati oleh anak ketua kampung. Bukan sahaja anak ketua kampung, dia mampu membuat seluruh lelaki tunduk akannya. Lirikan matanya yang sungguh menggoda. Namun begitu, dia bukanlah seorang wanita yan...