Bab 38

1.9K 51 2
                                    

LAMA dia termenung.Dia memandang sepi batu nisan itu.Rukun demi rukun dia sudah selesaikan.Dia sendiri yang memimpin solat jenazah isterinya.Berusaha ditahan air matanya.

Pengebumian jenazah selesai.Selesai juga la kisah mereka.

"Ini semua salah kau Zaff! Kalau bukan sebab kau Aisha mesti hidup!Kau buat apa lagi dekat sini? Tak puas ke kau tengok Aisha terseksa? Apa lagi kau nak Zaffrael!"Marah sofi bersama esakan.Sungguh dia terkilan.Dia kehilangan sahabatnya.

"Masa Aisha meraung sebut nama kau mana kau? Mana janji kau,yang kau akan sentiasa ada disisi dia semasa dia melahirkan anak kau!"

"Mana suaminya ketika isterinya memerlukannya? Aisha meraung kesakitan semasa melahirkan benih kau dan kau? Kau boleh bersuka ria dengan perempuan lain? Mana janji kau yang kau tak akan sesekali sakitkan hati dia!"

"Aku pun sakit fi aku kehilangan isteri aku"Ujar Zaffrael setelah sekian lama mendiamkan diri

"Sakit yang kau rasa tak akan sama dengan sakit yang Aisha rasa.Sakit melihat suami sendiri curang"Puan Faridah menegur lembut bahu sofi.Dia ingin berhentikan pergaduhan ini.

"Jom sofi kita balik"Senyuman tipis.

"Aku minta maaf"seraya Zaffrael berkata.

"Kau perlu minta maaf dengan Aisha semasa dia hidup.Dah tak ada guna kau meratap meraung atas pemergiaan dia sekarang"Sofi dan Puan Faridah membuka langkah meninggalkan tempat itu.

"Zaffrael daddy balik dulu, Jangan lama sangat dekat sini"Tengku Hisyam yang terjengul,menegur lembut bahu Zaffrael.

Zaffrael hanya mengangguk.Tanah yang telah dikambus itu dipandang sepi.Ada cebisan kenangan yang dia temukan disitu.

"Baliklah Zaffrael.Ikhlaskan Arwah Aisha"Tegur Encik Hassan.

"Ya bah kejap lagi Zaffrael balik"Matanya tidak beralih dari memandang tanah itu.

Encik Hassan membuka langkah dan membawa isterinya untuk pergi dari tanah perkuburan itu.

"Berat.Berat hati abang nak tinggalkan sayang."

"Terima kasih....terima kasih sayang, sudi lahirkan anak kita buat abang.Terima kasih sudi jadi isteri abang.Terima kasih kerana jadi penyeri hidup abang.Terima kasih buat segala-galanya"Ucap Zaffrael lalu  dia mencium batu nisan yang tertera nama isterinya.

Terukir indah nama seorang Aisha.Sakit.Ya sakit,perit yang dia rasakan sekarang.Beginikah rasa sakit yang Aisha rasa ketika melihat dia bermesra dengan wanita lain.Namun kalini sakitnya maha dalam.

"Maafkan abang sayang,Abang jahat.Abang tak jaga hati isteri abang.Abang tak layak digelar seorang suami mahupun ayah"Zaffael meratap di atas kubur.

"I promise I will the best husband for you.But I broke my promise."Terselit rasa kesal Zaffrael.

"in the end, it was my greatest
mistake "

"I promise I will try and be the best Father for our baby but I'm scared.What if I do the same thing that I do for us"

"Abang tak layak untuk bahagia.Abang dah sia-siakan kebahagian abang selamani.Sayang kebahagiaan abang"Air mata Zaffrael menurun laju di pipinya.

"Aisha Aireen my first love and will be my last love"

"Tak guna abang luahkan kata-kata ini sekarang.Sayang tak akan dengar.Tak guna abang menyesal sekarang"Sungguh dia kesal atas perbuatannya terhadap Aisha.

"The things I always scared to imagine.And now it's happened"

"Ada ruang dan peluang kita akan bertemu semula.Terima kasih untuk semuanya my love".Senyuman kecil dia tarik.

"Hadir dalam mimpi abang,sayang"Seraya itu Zaffrael mengorak langkah meninggalkan tempat suram itu.

.............








𝐌𝐫𝐬 𝐀𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐙𝐚𝐟𝐟𝐫𝐚𝐞𝐥 | 𝐂 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang