permulaan

52 4 0
                                    

Di tempat BoBoiBoy.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kamu semua. Kamu telah berjaya membawa pulang power sphera ini dengan selamat. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada kamu semua BoBoiBoy and the gang " kata seorang ataupun alien? Muka dan badan berbelang-belang seperti harimau. Itu adalah laksamana tarung.

"Terima kasih laksamana. Kami takkan dapat buat semua ni tanpa tunjuk ajar laksamana dan komander. Kami pun ingin berterima kasih. " kata seorang remaja yang memakai topi dino, berpakaian hitam dan memakai jaket berwarna oren boboiboy.

"Betul kata boboiboy tu Laksamana. " sokong remaja yang berpakaian merah jambu dan bertudung yaya.

"Dey! Kita usaha sendirilah!!! " kata remaja yang berbadan besar memakai baju hijau dan sarung kepala. Gopal.

"Haiya! Lu boleh diam tak?! Tanpa laksamana kita takkan dapat berjaya seperti ini" kata seorang remaja perempuan berbaju biru dan berkaca mata. Ying.

"Ntahlah Gopal. Tanpa laksamana dan komander kau takkan ada dekat angkasa lepas ni kau tahu tak" kata seorang remaja lelaki yang memakai pakaian ungu dan berkaca mata dan berambut landak. Fang.

"Diamlah landak! " kata Gopal.

Dan di situ lah peperangan manja antara mereka berdua bermula. Sehingga laksamana marah mereka.

"DIAMLAH KAMU BERDUA!!! " kata laksamana.

Kesunyian........

Beberapa minit kemudian,

"Ni semua kau punya pasal!!" kata Fang yang sedang marah pada Gopal.

"Aku pulak kau lah!!" kata Gopal.

"Berhenti bergaduh atau saya perberatkan lagi denda kamu berdua" kata laksaman dengan suara yang garang.

Mereka berdua terus diam. Mereka berdua kena denda berdiri atas kerusi sambil memegang satu lagi kerusi dia atas kepala mereka. Di atas kerusi tersebut terdapat 5 buah buku panduan dan peraturan TAPOPS. Sekiranya mereka bergaduh, mereka akan di tambah satu lagi buah buku.

Buku dia bukan main tebal weh. Kau bayangkan satu buku tu setebal buku novel yang ada 100 bab. Tak ke naya diorang kena tambah satu lagi buku atas kepala. Kerusi tu pun kerusi besi bukan plastik. BESI!!! Korang bayangkan lah betapa berat nya benda yang diorang kena pikul.

BoBoiBoy hanya tersenyum kecil. Yaya dan Ying tengah cuba menahan ketawa. Qually, Nut dan Ochobot tengah ketawakan mereka.

Oh lupa nak bagitahu, Nut dah jadi ahli pasukan BoBoiBoy. Dia di tugaskan untuk mencari maklumat bersama Ochobot. Dan menjaga kapal angkasa bersama kapten papa semasa mereka melakukan misi.

BoBoiBoy berasa pening kepala dan letih. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya.

Tiba-tiba...... BUKKK!!!!

Mereka berpaling ke arah BoBoiBoy. Kelihatan BoBoiBoy pengsan.

Dengan cepat mereka berlari ke arah BoBoiBoy. Fang dan Gopal terus menjatuhkan kerusi yang ada di atas kepala mereka dan mereka berdua turun dari kerusi yang mereka gunakan tadi dan berlari ke arah BoBoiBoy.

Nut yang memeriksa nadi BoBoiBoy pun menjerit " BAWAK BOBOIBOY KE BILIK RAWATAN DENGAN SEGERA!!! " apabila dia merasakan nadi BoBoiBoy makin melemah.

Gopal pun mengangkat BoBoiBoy dan mereka pun berlari ke bilik rawatan.

30 minit kemudian,

Nut keluar dari bilik rawatan tersebut bersama beberapa nurse, doktor dan Ochobot.

Rahsia Takdir ( E.A X BBB ) Where stories live. Discover now