Setelah 30 minit berkeliling dalam kedai membeli barangan bayi, Sofea dan Mawar akhirnya melangkah keluar dengan beberapa beg berisi pakaian bayi comel, botol susu, dan pelbagai aksesori yang baru sahaja dibeli.
Hati Sofea berbunga-bunga melihat barangan bayi yang berjaya mereka dapatkan, membayangkan bayi kecil yang bakal lahir tidak lama lagi. Perasaan teruja jelas terpancar di wajahnya, dan Mawar juga turut sama berasa gembira, melihat sahabat baiknya akhirnya mempunyai masa untuk membeli persiapan bayi selepas segala cabaran yang dilaluinya.
"Sayang..., mama dah belikan semua ni untuk anak mama,"
"Janji dengan mama, nanti kalau anak mama dah besar, jangan lupa mama eh sayang..." sambung Sofea, dia mengusap perutnya sambil memikirkan masa hadapan.
Hari demi hari, kadang-kadang Sofea termenung jauh, memikirkan kandungannya yang sedang sarat ini. Dia tidak dapat menafikan, mampukah dia dapat menahan segala kesakitan dan keperitan yang menimpanya.
"Sofea..., kau okay?" tanya Mawar, dirinya merasa pelik memikirkan Sofea yang asyik dalam renungannya yang tidak terhenti.
Sofea mengangguk perlahan, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Meskipun hatinya tidak kuat menerima semuanya, tapi dia berharap agar anaknya selamat bersalin.
"Sofea, aku tahu kau ada sorokkan sesuatu dekat aku,"
"Aku tahu sangat best friend aku ni, but please, kalau kau ada apa-apa just luah kat aku. I'am always here for you..." sambung Mawar, dia tidak mampu melihat keadaan Sofea yang seperti sekarang. Dia mahukan kawannya yang dahulu, seorang yang ceria dan bahagia.
Mereka berdua berjalan beriringan, menikmati suasana petang yang tenang sambil berbual tentang segala perancangan untuk masa depan.
"Jom sayang, ikut Aunty..." kata Mawar sambil tersenyum, melihat perut Sofea yang sedang membesar.
Selepas membeli barang-barang bayi, Sofea dan Mawar menuju ke sebuah kedai makan terdekat untuk mengisi perut yang mula berkeroncong. Kedai makan itu terletak di sebuah sudut jalan yang tenang, dengan hiasan yang sederhana tetapi memberikan suasana yang selesa dan mesra.
Aroma makanan yang enak menyambut mereka sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sofea dan Mawar memilih meja di tepi tingkap, menikmati pemandangan luar sambil menunggu pelayan datang mengambil pesanan mereka.
Selepas menghabiskan hidangan mereka, Sofea dan Mawar bersedia untuk pulang, membawa pulang barangan bayi yang telah dibeli. Mereka melangkah keluar dari mall dengan membawa kebahagiaan yang diciptanya.
Sedang berjalan menuju ke arah parkir kenderaan, Sofea melihat suaminya yang sedang asyik berpimpin tangan dengan wanita yang dilihatnya itu tadi. Hatinya pedih melihat suaminya, Zayn, berjalan dengan wanita lain di hadapannya. Dia berdiri memerhatikan dari jauh, seolah-olah segala-galanya bergerak dalam gerakan perlahan, dengan setiap langkah mereka menghentak hatinya. Pandangan Sofea terpaku pada senyuman lebar yang terukir di wajah Zayn ketika dia berbicara dengan mesra kepada wanita itu, yang kelihatan begitu selesa dan bahagia di sisinya.
Mawar melihat Sofea yang memandang ke arah lelaki itu. "Wait, wait, wait, Sofea, cakap dengan aku, tu husband kau kan?" tanya Mawar dengan yakinnya.
Sofea berdiri kaku, menahan air matanya yang bertakung itu jatuh membasahi pipi mulusnya. Dia seakan mati kata. Tidak tahu harus melakukan apa lagi. Tubuhnya kaku, adakah ini cara suaminya untuk membalas dendam kepadanya.
"Sofea..., why, sebab ni ke kau termenung dari tadi..." ucap Mawar sambil mengengam erat tangan Sofea.
"Kenapa Sofea, kenapa kau sorokkan semua kat aku..." sambung Mawar.
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA (C)
Romance𝓜𝓮𝓷𝓰𝓲𝓼𝓪𝓱𝓴𝓪𝓷 𝓼𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝔀𝓪𝓷𝓲𝓽𝓪 𝓝𝓾𝓻 𝓢𝓸𝓯𝓮𝓪 𝓐𝓵𝓲𝓼𝓪.. 𝓢𝓸𝓯𝓮𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓪𝓱𝓾𝓵𝓾𝓷𝔂𝓪 𝓫𝓪𝓱𝓪𝓰𝓲𝓪, 𝓴𝓲𝓷𝓲 𝓭𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓼𝓮𝓴𝓮𝓵𝓲𝓹 𝓶𝓪𝓽𝓪 𝓱𝓲𝓵𝓪𝓷𝓰 𝓴𝓮𝓭𝓾𝓪 𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓽𝓾𝓪𝓷𝔂𝓪. 𝓗𝓲𝓭𝓾𝓹𝓷𝔂𝓪 𝓫...