Part 44

3.1K 109 6
                                    

Suasana maghrib yang tenang itu menenangkan Sofea. Udara sejuk menyelubungi ruang, dan langit mulai gelap dihiasi kilauan bintang yang sedikit demi sedikit muncul, menambah keindahan senja. Angin lembut yang bertiup perlahan mengusap pipi Sofea, memberikan rasa damai yang amat dia perlukan setelah hari-hari yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Sofea terbaring di atas tilam katil wad itu, ditemani dengan cahaya lembut dari lampu yang menerangi biliknya itu. Sofea termenung lama, merenung ke arah langit yang berubah-ubah warna dengan lembutnya dari jendela biliknya. 

Di dalam hati, dia merasakan kekuatan yang datang dari kedamaian alam, tetapi fikirannya terus melayang, memikirkan masa depan anak kandungnya ini. 

Sofea memandang perutnya, dia merasa kasihan dengan anak yang bakal dilahirnya itu. "Sayang..., nanti awak dah tak jumpa mama lagi tau..., mama nak sangat nanti anak mama ni duduk dengan papa eh, mama tak kaya macam papa, papa tak suka dengan mama, sayang. Nanti awak jaga diri eh..." luah Sofea dalam hati, walaupun hatinya berat meninggalkan satu-satunya anak yang bakal dilahir ini. 

Tidak lama kemudian, Mawar muncul di hadapan pintu bilik wad itu. Dia menyedari sahabatnya yang termenung jauh. Mawar berjalan ke arah Sofea, mengambil tempat di sebelahnya. 

 Dia dapat merasakan bahawa Sofea sedang berfikir mendalam, dan seperti biasa, dia ingin memberikan sokongan kepada sahabat baiknya itu.

"Sofea..., apa yang kau termenung lama sangat tu..." Mawar menegur dengan lembut, suaranya penuh dengan perhatian dan empati. 

Sofea tersentak dari lamunannya, matanya menoleh ke arah Mawar yang berada di sampingnya, cuba tersenyum walaupun hatinya berat. "Entahlah..." jawab Sofea perlahan. 

Lantas dia memeluk tubuh Sofea dengan erat. "Dah, jangan banyak fikir sangat. Aku tahu kau kuat, kau kan super mother..." gurau Mawar. Sofea yang mendengar hanya tertawa sahaja, sedikit sebanyak mengurangkan rasa risaunya ini. 

Sedang mereka asyik berbual, pintu bilik wad tiba-tiba terbuka dengan agak kasar. Puan Maimun, ibu mertua Sofea, melangkah masuk dengan langkah yang tergesa-gesa, wajahnya jelas menunjukkan perasaan terkejut. Dia melangkah laju ke arah Sofea, anak menantunya, dan pandangannya tertumpu pada keadaan Sofea yang kelihatan lemah.

"Sofea..," Puan Maimun memeluk erat tubuh Sofea. Mawar yang berada di sampingnya itu melangkah keluar.

Mawar melangkah keluar dari bilik itu, berharap Sofea dapat meluangkan masa bersama dengan Puan Maimun.

"Sofea okay..., apa yang jadi ni. Kenapa Sofea rahsiakan semuanya dari mommy?" Puan Maimun bertanya dengan nada suara yang jelas mengandungi kekhuatiran dan kebimbangan. Dia mengambil tempat di sebelah Sofea, memandang wajah menantunya dengan penuh rasa simpati dan sayang.

Sofea menundukkan pandangan, tidak mampu menahan rasa sedih yang tiba-tiba menyeruak dalam hatinya. Dia cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk menjelaskan keadaan, tetapi hanya air mata yang mengalir sebagai jawapan. Melihat keadaan Sofea yang sebegitu, Puan Maimun merasakan kemarahan yang terpendam dalam dirinya mula membuak-buak.

"Apa yang anak mommy dah buat kat Sofea? Kenapa sampai jadi macam ni?" Puan Maimun bertanya lagi, kali ini dengan nada suara yang lebih tegas. Dia tahu anaknya, Zayn, mempunyai perangai yang keras kepala, tetapi tidak menyangka Zayn akan sampai ke tahap ini. Sebagai seorang ibu, Puan Maimun merasa sangat kecewa dan marah dengan tindakan anaknya itu.

Sofea diam tak terkata, sungguh dia tidak dapat menahan perasaan sedihnya ini. Segala rintangan yang selalu dia hadapi dengan kuat, akhirnya dia mengalah juga, dari mengejar bayang-bayang cinta yang tidak akan pernah berputik dalam hidupnya. 

ISTERI YANG DISEKSA (C)Where stories live. Discover now