Part 46

4.3K 144 29
                                    

Zayn mengangkat kepalanya, menatap Puan Maimun dengan mata yang berkaca-kaca. "Mommy, maaf kan Zayn, mommy" ujarnya diikuti dengan esak tangisan yang melanda dirinya ini. 

Puan Maimun menghulurkan tangan, memegang erat tangan Zayn sebagai tanda sokongan. "Mommy tahu Zayn kuat, mommy tahu Zayn tak macam ni. Bangun nak...pergi teman Sofea." ucap Puan Maimun sambil mengusap-usap belakang anak tunggalnya itu. Nada suaranya tersedu-sedan, menahan kesedihan yang menimpa anaknya ini. 

Dengan keputusan itu, Zayn bangun dari kerusinya, membulatkan tekad untuk menebus semua kesilapannya. Dia tahu bahawa perubahan tidak akan berlaku dalam sekelip mata, tetapi dia bersedia untuk berusaha keras demi memperbaiki hubungan mereka. Zayn mahu memastikan bahawa Sofea akan merasakan cinta dan perlindungan yang sewajarnya, dan dia tidak akan sekali-kali membiarkan Sofea menderita lagi kerana kesilapan dan egonya.

Zayn berdiri tegak di hadapan pintu wad, perasaannya bercampur baur antara cemas dan takut. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri sebelum melangkah masuk ke dalam wad kecemasan tempat Sofea berada. Namun, langkahnya terhenti apabila tiba-tiba dia melihat Mawar melangkah keluar dari bilik itu, menangis teresak-esak.

Mawar kelihatan begitu hancur, wajahnya dipenuhi dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Kesedihan melampau jelas terpancar di raut wajahnya. Melihat keadaan itu, Zayn segera bergerak pantas menuju ke arah Mawar. Hatinya mula resah dan rasa takut semakin menghimpit. Apa yang telah terjadi kepada Sofea?

"Mawar!" Zayn memanggil dengan suara tegas, sambil memegang kedua-dua bahu Mawar, menggoncang tubuhnya sedikit, berharap dapat mengembalikan kesedaran wanita itu.

Mawar terdiam, matanya yang merah dan bengkak tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti menangis. Suaranya teresak-esak, seolah-olah patah seribu. Dia tidak mampu berkata apa-apa, hanya memandang Zayn dengan pandangan yang penuh dengan kesedihan.

"Sofea mana, Mawar?. Tolong cakap dengan aku!" Zayn mendesak, suaranya sedikit bergetar, dipenuhi dengan kerisauan yang tidak dapat disembunyikan.

Namun, Mawar masih tidak memberikan jawapan. Dia hanya berdiri kaku, menahan suara tangisannya yang tersedu sedan. Hatinya remuk, dan dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Zayn tentang apa yang telah terjadi di dalam bilik wad itu.

Zayn menggoncang tubuh Mawar dengan lebih kuat, harapannya agar Mawar akan mula bercakap dan memberitahunya tentang keadaan Sofea. Tetapi segala usahanya sia-sia. Mawar terus menangis, masih tidak mampu berkata-kata.

Tengah Zayn memegang Mawar, tiba-tiba pintu bilik wad terbuka dan doktor keluar. Zayn segera melepaskan Mawar dan bergerak pantas ke arah doktor tersebut, perasaannya bercampur-baur antara harapan dan ketakutan.

"Doktor, bagaimana keadaan isteri saya? Tolong beritahu saya!" Zayn bertanya dengan suara yang memaksa, penuh desakan. Dia tidak dapat lagi menahan debaran di hatinya, mengharap khabar baik dari doktor itu.\

Doktor itu memandang Zayn dengan wajah serius, sedikit menggelengkan kepalanya perlahan. "Maafkan saya, Tuan," kata doktor itu dengan suara penuh empati. "Kami telah cuba yang terbaik. Tetapi kami tidak dapat menyelamatkan ibunya". 

"Alhamdulillah, isteri tuan selamat melahirkan anak lelaki." sambung doktor lagi. 

Dunia Zayn seolah-olah berhenti seketika. Kata-kata doktor itu bagaikan petir yang menyambar jantungnya. Hatinya seakan ditikam dengan seribu jarum, dan nafasnya terasa sesak.

Zayn menangis, air matanya mengalir deras, membasahi pipinya. Dia tidak dapat menerima berita itu. Kegembiraan menyambut kelahiran anak lelaki mereka bercampur dengan kesedihan kehilangan Sofea, wanita yang baru sahaja menjadi ibunya. Perasaan bersalah mula menghantui dirinya. Dia teringat kembali setiap momen yang dia lalui bersama Sofea, betapa dia telah menyakitinya, dan kini Sofea telah pergi meninggalkannya selama-lamanya.

ISTERI YANG DISEKSA (C)Where stories live. Discover now