satu

15 1 0
                                    

Kelas

AYRA duduk di salah satu tempat kosong di dalam kelas kecil tersebut. Baru hari pertama selepas minggu orientasi, pagi-pagi lagi sudah dapat kelas tutorial. Tujuannya untuk kenal dengan rakan sekelas sebelum masuk ke dewan kuliah.

Memang sepatutnya pagi ini ada kuliah, tapi pihak universiti meminta semua pelajar untuk ke kelas tutoran masing-masing bagi sesi suai kenal selama 1 jam. Bagi Ayra, ini semua buang masa.

Seminggu bersama nanti, kenallah diri masing-masing. Lyn pula tak dapat satu kelas dengannya. Jauh pula perempuan itu dapat kelas haihh.

Ayra melihat sekeliling. Sudah 5 minit, masih ada dia dan 2 orang lain di dalam kelas tutoran tersebut. Janggal sudah semestinya. Sudahlah Ayra sejenis yang tidak bersuara selagi tidak ditegur. Dia membisu sehingga ada suara yang menyapanya.

"Hai! Ada orang ke dekat sebelah ni?" tanya suara tersebut. Ayra memandang ke arah figura tersebut. Dia merupakan seorang perempuan yang sangat cantik, tudungnya cukup labuh dan pemakaian yang dikenakan oleh perempuan tersebut sangat sopan.

"Takde. Duduk lah," kata Ayra dengan singkat. Perempuan itu terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di sebelah Ayra. Dia sangat berharap agar perempuan tersebut tidak mulakan apa-apa perbualan.

"Nama kau apa?"

Shit.

Ayra menyumpah di dalam hati. Dia belum ada mood untuk berbual ketika ini. Tapi kalau tak jawab, orang mesti akan anggap Ayra ni sombong. Dia terus menghadap ke arah perempuan tersebut.

"Ayra Zayna. Boleh panggil Ayra. Kau?" tanya Ayra. Barulah nampak sedikit peramah. Kalau tidak, ibu mesti risau.

"Hasya Nadhirah. Panggil je Hasya," kata Hasya dengan penuh gembira. Mereka akhirnya kembali sepi sehinggalah beberapa yang lain masuk ke dalam kelas tersebut.

Mereka semua terus memulakan sesi suai kenal.

"Nama aku, Harris Kamal. Panggil Harris,"

"Afiq Khai, panggil Khai,"

"Nur Fadzilah, panggil je Zi,"

"Nama aku Iman Khalisya, boleh panggil Iman,"

"Nama aku Nadhir Akmal, panggil Nadhir,"

"Nama aku Hasya Nadhirah, panggil Hasya,"

Dan akhirnya tiba pada giliran Ayra. Tangannya berpeluh tanda gugup sudah tiba. Dia berdiri lagu memandang ke arah rakan sekelasnya.

"Nama aku, Ayra Zayna. Boleh panggil aku, Ayra," kata Ayra dengan nada yang tenang. Tetapi apakan daya, jantungnya sudah seperti helikopter. Terlalu laju sehingga nafasnyaenjadi sangat laju seketika tadi.

"Eh, sepatutnya ada lagi seorang!" jerit Harris. Ayra hanya mengeluh apabila mendengar jeritan tersebut. Pagi-pagi lagi sudah kecoh. Alah, yang satu lagi tu mesti lambat bangun. Biasalah hari pertama kelas.

"Maaf. Muhammad Afnan Nazim. Boleh panggil Afnan," kata lelaki yang bernama Afnan. Dia terus duduk di sebuah kerusi yang beranak di sebelah Ayra. Itu sahaja tempat yang kosong sekarang ini.

Ayra memandang gerak geri Afnan. Seperti dia pernah lihat wajah ini tapi di mana, dia sendiri tidak dapat mengingat. Afnan yang perasan hanya tersenyum ke Ayra dan melihat telefon bimbitnya.

Sumpah hampir 30 minit mereka di dalam kelas tersebut. Akhirnya ketua tutoran telah pun dipilih. Siapa lagi kalau bukan Harris Kamal, lelaki paling kecoh dalam kelas. Ayra menjangkakan perangai lelaki tersebut sudah pasti poyo dan menjengkelkan.

˚ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·

Rehat

Belum apa-apa, Harris sudah mengajak satu kelas untuk makan tengahari di kafe kolej. Ini semua kerana kelas di bahagian petang dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Sikit sahaja lagi Ayra dapat melepaskan diri dari perkara tersebut. Akan tetapi laju sahaja Hasya menarik lengannya untuk makan sekali. Tidak semena-mena, dia sedang mencedok lauk di hadapannya.

Sedang dia beratur untuk membayar makanan yang telah diambilnya, tiba-tiba Afnan bersuara.

"Ayra. Aku belanja kau makan. Jangan risau tak perlu ganti," kata Afnan sambil mengenyit sebelah matanya. Ayra masih terkebil-kebil memandang ke arah Afnan. Biar betul dia ni?

"Jangan pandang aku macam tu. Aku serius ni nak belanja kau," kata Afnan dengan penuh yakin. Ayra pun apa lagi hanya mengangguk. Ye lah, ada orang nak belanja. Siapa je yang sanggup menolak, kan?

"RM6.50, yang satu lagi ni RM9," kata kakak kafe kepada Afnan. Ayra memandang Afnan yang sedang fokus memasukkan amaun selepas mengimbas kod QR kafe tersebut.

"Nah, kak,"

"Terima kasih, dik. Baik betul ya belanja classmate walaupun baru kelas pertama?" kata kakak kafe tersebut. Afnan hanya tersenyum dan terus memandang ke arah Ayra. Ayra mendongak memandang Afnan.

"Terima kasih. Nanti aku belanja kau pulak," kata Ayra dan terus berjalan ke arah Hasya yang sudah duduk di salah satu meja di kafe tersebut. Afnan menggelengkan kepala dan mengikuti Ayra ke meja tersebut dan duduk di hadapan perempuan tersebut.

"Sama-sama. Lain kali jangan jalan laju sangat. Tak sempat aku nak balas," kata Afnan sambil memandang Ayra. Dia hanya senyum dan terus menjamah makanannya.

Kenapa dia belanja aku dan bukan satu kelas?

Eh gila ke? Banyak betul duit dia kalau nak belanja satu kelas.

Dah, Ayra. Makan makanan kau. Cepat makan, cepat balik bilik.

Bermacam-macam persoalan yang bermain di mindanya kini. Apa-apapun dua segera menghabiskan makanannya agar dia segera ke bilik. Dia lebih rela baring di atas katil daripada duduk di kafe bersama rakan sekelasnya.

lagu kita || love storyWhere stories live. Discover now