KINI sudah masuk tiga bulan Ayra dan semua pelajar berada di kolej. Gadis pemalu tersebut sudah mula serasi dengan keadaan di kolej. Maklumlah, kelas tak ramai jadi dia boleh menyesuaikan diri dengan lebih pantas.
Ayra boleh menyesuaikan diri dengan semua orang. Akan tetapi, Afnan. Setiap kali bertemu dengan Afnan, ada sahaja perbalahan yang keluar. Kebanyakannya Afnan yang mulakan dahulu.
"Madam! Soalan tu bagi Ayra selesaikan, madam!" jerit Afnan di dalam dewan kuliah. Ayra hanya mampu menutup wajahnya dengan buku teks. Dia tidak mampu melihat ke hadapan lagi.
"Boleh juga. Ayra Zayna, kelas B02, boleh ke hadapan. Awak tahu kan cara nak selesaikan problem ni?" kata madam Farah.
Ayra hanya mampu mengangguk dan akur. Dia terus ke pentas mengajar di hadapan. Sebelum berjalan ke sana, dia sempat mengetuk kepala Afnan dengan pen marker.
"Siap kau nanti," Ayra menggerakkan mulutnya tanpa suara. Afnan hanya menggelakkan Ayra. Sungguh dia rasa dia menang hari ini.
˚ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·
Kelas
Ayra memandang ke kiri dan kanan. Madam belum ada tanda nak sampai. Dia terus datang ke arah Afnan.
"Ya, cik puan. Ada apa, ya?" kata Afnan, berseloroh. Nadhir di sebelahnya hanya mampu gelak. Sudah masak dengan perangai Afnan yang kerjanya asyik mengusik Ayra.
"Kau ada tak puas hati dengan aku, ke? Kenapa sebut nama aku dekat kuliah tadi? Aku ada hutang dengan kau, ke?" bertubi-tubi soalan yang Ayra ajukan ke Afnan. Penat dia memikirkan apa salahnya terhadap Ayra sehingga lelaki tersebut berbuat sedemikian kepadanya.
"Kau takde salah apa-apa," kata Afnan tenang sambil membuka buku teks Matematik.
Ayra masih tidak puas hati. Itu sahaja jawapan yang dia berikan? Kalau dia tidak buat kesalahan kepada Afnan, kenapa lelaki tersebut berusaha menyebut namanya di khalayak ramai di dalam kuliah tadi? Sungguh Ayra tidak puas hati dengan jawapan Afnan.
"Jujur jelah, Afnan. Apa yang kau tak puas hati dengan aku?"
"Wahai Ayra Zayna yang cantik jelita. Awak takde salah apa-apa. Aku cuma nak bagitau satu kuliah yang kau ni pandai," kata Afnan dengan selamba.
Ayra terdiam seribu bahasa. Afnan memujinya dua kali dalam satu ayat. Cantik jelita dan pandai. Rona pipi sudah mula memerah. Ayra hanya mampu ke tempat duduk di sebelah Hasya lalu mengeluh.
"Afnan suka kau, kut?" kata Hasya dengan tenang. Ayra menoleh ke arahnya dengan mata yang membulat.
"Jangan buat hal," kata Ayra pendek dan padat. Hasya cuma mengangkat bahu dan bersedia untuk kelas Matematik.
Muhammad Afnan Nazim. Suka Ayra Zayna? Tidak mungkin.
˚ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·
Bilik
Ayra masuk ke dalam bilik dengan helaan nafas yang panjang. Lyn yang berada di meja belajar terus memandangnya dengan muka yang pelik. Sudah kenapa? Selalu balik kelas dia seronok sahaja.
"Kau kenapa, Ayra? Big problem, ke?" tanya Lyn. Ayra hanya mengangguk dan duduk di sebelah Lyn. Lyn tergelak.
"Aku tahu masalah kau apa. Afnan panggil kau kat dalam kuliah, kan?" kata Lyn seperti mengusik. Ayra memandang ke arah Lyn sambil membulatkan matanya. Macam mana Lyn yang daripad fakulti lain boleh tahu tentang hal ini
"Kau terkejut ke? Kau tak tau ke yang Afnan tu famous dekat kolej kita? Dia antara yang ter'hensem' dekat kolej ni, tau! Jadi, apa yang Afnan buat, satu kolej boleh tahu," kata Lyn dengan penuh semangat.
Ayra tak tahu yang Afnan boleh jadi terkenal seperti itu. Maklumlah dia kalau boleh tidak mahu ambil tahu menahu yang gosip di sekitar kolej. Tidak berfaedah katanya.
"Habislah kau, Ayra. Kejap lagi nama kau naik dekat confession lah ni," kata Lyn berseloroh. Ayra hanya mampu menepuk dahinya. Kini, Afnan telah merosakkan hidupnya.
Kalau boleh, Ayra tidak mahu orang tahu akan kewujudannya di kolej tersebut. Dia rela duduk diam tanpa dikenali oleh sesiapa di kolej tersebut. Remain silent, gitu.
"Tak guna, Afnan. Siaplah kau," kata Ayra dan terus ke katilnya. Bersedia untuk beradu akibat ketidakrelaan yang berlaku hari ini.
"Tapi, Ayra. Aku rasa Afnan suka dekat kau. Sebab selama ni, dia tak pernah bergaul dengan perempuan," kata Lyn yang tiba-tiba sudah tercongok di hadapan Ayra. Ayra terus bangun daripada baringnya dan duduk dengan serta merta.
Lagi satu, macam mana mereka semua ni boleh tahu yang Afnan tak bergaul dengan perempuan? Semua orang dalam kolej ni baru duduk dalam tiga bulan sahaja di sini. Tak mungkin mereka boleh kenal perangai Afnan yang sebenarnya.
"Ahh kau dengan Hasya sama je. Tak habis-habis nak kata dia suka aku. Kalau betul dia suka aku, aku takkan terima. Dia bukan type aku pun!" kata Ayra. Dia betul-betul tidak berapa kenan dengan Afnan.
Tengok muka pula macam playboy. Lagilah Ayra nak reject!
"Kau jangan, Ayra. Nanti kau termakan dengan kata-kata kau!" Lyn memesan seperti dia adalah pakar dalam perkenalan. Maklumlah, dia pernah jadi matchmaker kepada kawannya ketika di sekolah rendah dulu.
"Tapikan, Ayra. Aku rasa Afnan tu sesuai je dengan kau. Kau cantik, Afnan pun boleh la.. Ada rupa. Perangai dia pun boleh tahan," kata Lyn sambil meletakkan jari telunjuknya di dagu tanda sedang membayangkan Ayra dan Afnan berdiri bersebelahan.
Nampak sepadan!
"Eh, sudahlah. Layan kau sampai esok aku tak tidur. Pergilah buat kerja kau," kata Ayra seperti sedikit menghalau. Lyn hanya mencebik dan terus bergerak ke arah meja belajarnya.
Ayra cuba untuk memejamkan matanya. Dia cuba untuk melupakan hal yang telah terjadi hari ini. Selalunya selepas sahaja kelas, Ayra akan buka group confession yang berada di channel Telegram. Hasya yang menyuruh dirinya unutk mengikut channel tersebut.
Makin lama, makin seronok membaca semua confession yang diberikan oleh pelajar ke dalam channel tersebut.
Akan tetapi, dia memilih untuk tidak membuka channel tersebut hari ini. Dia tidak sanggup melihat namanya di dalam channel tersebut.
"Ayra! Nama kau naik dalam confession!" jerit Lyn dari arah meja belajar. Ayra hanya mampu mengeluh. Dia masih lagi mencuba untuk memejamkan matanya, berharap hidupnya di kolej menjadi baik saban hari.
YOU ARE READING
lagu kita || love story
Romance"Kau dengar lagu apa?" - Ayra Zayna "Lagu Kita, Aizat Amdan. Nak dengar sekali?" - Afnan Nazim Maka mereka mendengar lagu tersebut bersama dengan bantuan earbud milik Afnan di bawah cahaya bulan di padang kolej tersebut. Mereka lari dari majlis jamu...