Kelas
KELAS sunyi. mata semua orang orang memandang ke arah Ayra dan Afnan di hadapan. Kepala mereka berdua tertunduk ke bawah. Madam Suraya memandang tajam ke arah mereka berdua.
"Apa nak jadi dengan kamu berdua ni? Perangai masih macam budak-budak!" marah Madam Suraya kepada mereka. Satu kelas tak mampu bersuara dek amarah Madam Suraya.
"Kami minta maaf, Madam," suara Ayra bergema di dalam kelas. Nak dijadikan cerita, subjek perniagaan hari ini tidak dapat dikecapi dek pergaduhan antara Afnan dan Ayra.
˚ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·
Gaduh
"Seronok tak jadi famous semalam?" kata Afnan apabila melihat Ayra masuk ke dalam kelas. Dia hanya mampu menjeling Afnan dan bergerak ke tempat duduknya.
"Mesti kau rasa kau ni istimewa, kan? Sampai aku pun kau jeling," kata Afnan dengan nada menyindir. Ayra terus mengangkat kepalanya untuk memandang Afnan.
"Apa maksud kau, Afnan?" tanya Ayra. Sungguh dia tidak faham dengan lelaki tersebut. Apa salahnya sehingga Afnan melayan dirinya sebegitu rupa?
"Lah, tak baca confession ke? Ish ish ish. Meh aku cerita. Nama kau naik sebab aku panggil nama kau dalam kuliah. Kau lah perempuan pertama yang aku expose kat kolej ni, tau!" kata Afnan dengan penuh bangga.
"Eh aku tak hamak pun lah dengan rasa istimewa tu! Kalau kau rasa diri kau cukup popular dekat kolej ni, then go on! Jangan libatkan aku!" tengking Ayra kepada Afnan. Sungguh dia bingung.
"Kenapa dengan kau, eh? Kau nak jadi pendiam sampai bila-bila ke? Eh aku nampak potensi kau untuk jadi popular tapi kenapa kau diam? Kau cantik, kau pandai!" tengking Afnan. Ayra hanya mampu menahan amarahnya.
Jika dia tidak fikir akan halal dan haram, sudah tentu telapak tangannya kini sudah hinggap di pipi Afnan sebagai tanda 'sayang'.
"Come on, Ayra! Aku tau banyak benda yang kau marah dekat aku! Dua bulan kita dalam kelas, dua bulan aku buat hal dengan kau takkan kau tak marah dekat aku?"
Afnan sudah melampau. Ya, dia banyak buat hal dengan Ayra selama dua minggu di dalam kelas ini. Baru dua minggu, Ayra sudah diganggu oleh Afnan. Tidak tahu di mana salahnya, Ayra hanya akur.
Setiap hari, ada sahaja topik yang Afnan ingin bahaskan bersama Ayra sehingga akhirnya mereka menimbulkan perbalahan yang besar. Nadhir dan Hasya yang merupakan kawan baik bagi masing-masing pun sudah bingung dengan perangai mereka.
Tetapi apabila sudah dicabar begini, tahap sabarnya sudah dicabar, dia harus melakukan sesuatu.
Ayra terus bergerak ke arah Afnan dan tangan kanannya sudah bersedia untuk menumbuk pipi kiri Afnan. Belum sempat buku lima gadis itu tiba di pipi Afnan-
"Ayra Zayna! Afnan Nazim!" suara Madam Suraya di luar kelas tersebut. Tangan Ayra menjadi kaku.
"Kita sambung nanti. Kita hadap Madam dulu ya, sayang?" kata Afnan kepada Ayra dalam nada berbisik.
Sayang? Mendengar perkataan itu sahaja sudah buat Ayra mahu menumbuk wajah Afnan.
˚ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·
YOU ARE READING
lagu kita || love story
Romance"Kau dengar lagu apa?" - Ayra Zayna "Lagu Kita, Aizat Amdan. Nak dengar sekali?" - Afnan Nazim Maka mereka mendengar lagu tersebut bersama dengan bantuan earbud milik Afnan di bawah cahaya bulan di padang kolej tersebut. Mereka lari dari majlis jamu...