Kumpulan
"KITA satu kumpulan lah, Ayra!" jerit Hasya dan Zi serentak. Jujur ini yang mereka idamkan. Sudah hampir empat bulan di sini, mereka tak pernah sekumpulan untuk apa-apa subjek. Akhirnya, untuk projek berkumpulan yang terakhir, mereka disatukan.
Berkat pujuk rayu mereka kepada Madam Afiy semalam.
"Afnan satu kumpulan dengan Ayra, boleh? But please, jangan gaduh," tegur Madam Afiy kepada Afnan.
"Boleh je, madam. Kami dah tak bergaduh lah, madam. Kan, Ayra?" kata Afnan sambil memandang ke arah Ayra. Ayra hanya senyum menyindir ke arah Afnan. Malas mahu layan.
Afnan mula berjalan ke arah kumpulannya. Dia duduk di sebelah Ayra. Matanya tak beralih daripada Ayra. Sudah tentu perempuan itu berasa tidak selesa dengan tingkah laku Afnan.
"Boleh berhenti pandang Ayra tak? Pervert!" kata Zi kepada Afnan. Afnan menjelirkan lidah ke arah Zi sebagai tanda mengejek.
"Okay, sekarang kita pilih ketua kumpulan," kata Ayra dengan semangat. Sebenarnya, tak perlukan ketua kumpulan pun. Akan tetapi, dia mahukan kerja berkumpulan terakhir untuk sem ini berjalan dengan lancar. Jadi, dia perlu wujudkan ketua.
"Kau ketua," kata Afnan, padat kepada Ayra. Yang lain hanya mengangguk setuju dengan cadangan Afnan. Ayra mula gelabah. Sesungguhnya perempuan ini takut untuk jadi ketua. Tiada keyakinan!
"Eh tak nak! Hasya lah!" jerit Ayra. Dia betul tekad tidak ingin menjadi ketua. Dia pernah menjadi ketua kumpulan ketika di sekolah menegah dahulu. Akan tetapi, masuk sahaja ke alam kolej ini, keyakinannya mula pudar.
Selepas berat badannya dijadikan bahan ketawa orang.
"Kau ada potensi, Ayra. You can do this!" kata Zi dengan penuh semangat. Ayra hanya menunduk dan akur dengan keputusan ahli kumpulannya.
˚ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·
Library
Ayra duduk seorang diri di salah sebuah meja di perpustakaan kolejnya. Matanya dari tadi tertumpu ke arah pintu masuk perpustakaan. Hasya, Zi dan Afnan tak sampai lagi!
Mereka janji untuk berkumpul di perpustakaan selepas waktu zohor selepas sahaja Haris bagitahu satu kelas yang kelas petang ini dibatalkan. Sebagai ketua kumpulan yang berwibawa, Ayra meminta ahli kumpulannya untuk berkumpul. Siap awal, relax awal!
Ayra membuka telefon bimbitnya lalu menekan kontak nama di aplikasi WhatsApp.
-
Hasya Anak Monyet 🐒
Sya.
Mana?
10 minit tunggu dah ni
-
Ayra menunggu jawapan daripada Hasya. Setelah seminit berlalu, masih tiada jawapan.
"Haih.. Tidur ke apa dia ni? Zi lah pula," kata Ayra dalam kegelisahan. Selalunya beginilah jika ada yang tidak tepati masa. Ayra akan gelisah tak tentu fasal.
-
Zi Nakal 🔥
Fad.
YOU ARE READING
lagu kita || love story
Romance"Kau dengar lagu apa?" - Ayra Zayna "Lagu Kita, Aizat Amdan. Nak dengar sekali?" - Afnan Nazim Maka mereka mendengar lagu tersebut bersama dengan bantuan earbud milik Afnan di bawah cahaya bulan di padang kolej tersebut. Mereka lari dari majlis jamu...