"KOMPLIKASI TERUK! IBU hampir meninggal. Kau sedar tak kau dah buat salah apa ni, Absyar?" Dr. Halimah melemparkan terus laporan itu tepat pada Absyar.
Dia hanya mampu menunduk apabila dimarahi sedemikian rupa di hadapan doktor-doktor pelatih yang lain. Dia mengaku, dia ada buat kesalahan semasa dalam dewan bersalin tadi sehingga menyebabkan berlakunya komplikasi yang boleh meragut nyawa sang ibu.
"Kau bisu ke? Aku tanya kau ni?" Kali ini terus Absyar dijerkah di hadapan batang hidungnya sehingga dia bertapak beberapa langkah ke belakang dek terkejut. Kepala terus diangkat untuk melihat wajah bengis itu sebelum dia kembali tunduk memandang hujung kaki.
"Saya minta maaf, doktor..." perlahan dan hampir tidak terkeluar suaranya apabila menyatakan permohonan maaf itu. Sungguh dia gementar dan takut.
"Kalau patient tadi meninggal disebabkan kecuaian kau sendiri, kau boleh ke nak mohon maaf macam ni pada family dia? Boleh ke Absyar?" Renungan tajam diberikan pada doktor muda yang masih menunduk tanpa ada keberanian untuk melihatnya.
Absyar terus menggigit bawah bibirnya mendengar ayat itu. Kedua-dua tangan digenggam erat bagai menyalur kekuatan pada diri sendiri.
"Saya minta maaf doktor..." Dia hanya mampu mengulang ayat yang sama berulang-ulang kali kerana tekaknya sudah terasa kesat dan kering disebabkan darah gemuruh yang menyerbu.
"Redo the report and submit to me today before 12 o'clock. Do submit reflective report of your mistake also. If you're late, you see there?" jarinya ditunjuk ke arah tingkap di hujung aras.
Absyar hanya mengangguk apabila mendapat renungan tajam Dr. Halimah.
"You can jump off the building. I don't care." Usai, dia terus meninggalkan mereka di situ tanpa kata-kata mahupun arahan yang lain.
Absyar semakin berasa bersalah apabila mendengar keluhan daripada rakannya yang lain.
"Aku minta maaf..." kata Absyar secara tiba-tiba sambil melihat satu persatu rakan seperjuangan di situ.
"Tak apa Acad. Kau tak sepatutnya minta maaf pada kami. You did nothing wrong to us," ujar Umar sambil tersenyum kelat. Bahu Absyar yang jatuh ditepuk sebelum dia turut beredar bersama rakannya yang lain untuk kembali bertugas dalam bahagian O&G itu.
Absyar terus berjalan ke penghujung aras sebelum dia terus mendaki tangga ke tingkat atas. Dia daki dan daki sehingga kakinya berhenti pada satu aras yang dia juga tidak tahu. Tanpa menunggu lama, dia terus melabuhkan duduk pada salah satu anak tangga dengan helaan nafas berat.
Kedua-dua tangan menopang kepala yang mula terasa berat. Rambut yang jatuh ke dahi dibiarkan sebelum dia menarik sedikit kuat dek berasa geram. Tangan yang menggeletar itu menunjukkkan dia benar-benar triggered dengan apa yang dikatakan oleh Dr. Halimah tadi.
'You can jump off the building. I don't care.'
Ayat itu berulang kali terngiang-ngiang dalam mindanya tanpa berhenti sejak dari tadi. Mata mula berasa bergenang lalu dia mendongak untuk memandang bahagian atas.
Matanya terkebil-kebil untuk menghapuskan air mata yang bakal jatuh pada bila-bila masa saja. Dada ditepuk bagi mengurangkan rasa sebu yang memenuhi diri.
"Don't let emotion controls you, Acad. Please... don't let emotion controls you..." kata Absyar perlahan seperti memujuk dirinya sendiri.
"Betullah apa yang Dr. Halimah cakap, kau buat salah dan kau kena tanggung apa yang kau dah buat. If you don't realize what you have done today, you're a real freak here, Acad," sambungnya lagi dengan mata yang terpejam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Badai Bahagia [✔]
Romance2024. SEMI;KOLON 2 (❗BACA SEMI;KOLON DULU❗) Kejadian itu menyebabkan Zinnirah hilang identiti diri. Trauma masa lalu sentiasa menghantui Zinnirah sehinggakan abangnya, Zhafran terpaksa membawanya ke wad psikatri. "Aku tak gila! Aku nak balik!" - Z...