Mata Adha tajam menatap wajah adiknya, Najmi. Aura garang dan tegas terserlah pada riak wajahnya membuatkan Najmi menelan liur. Perkara yang baru saja dia dengar daripada mulut si adik benar-benar membuatkan dirinya berasa marah. Namun, sedaya upaya ditahan amarahnya.
"Ryan Najmi Bin Ahmad Raqib, awak tahu tak apa yang awak buat ini salah?" Tegas suara Adha bertanya.
Najmi menundukkan wajah. Tidak berani bertentang mata dengan abangnya apatah lagi apabila abangnya sudah menyebut nama penuhnya. Itu bermakna abangnya sedang berada dalam mod serius dan marah.
"Adik minta maaf, abang."
"Awak tahu tak apa awak buat ni salah, Ryan Najmi?" Adha mengulang soalannya. Tegas dan kuat.
"Tahu. Adik minta maaf," perlahan Najmi berbicara.
Mata Adha masih tertancap pada Najmi yang sedang tertunduk itu. Jika diikutkan hati, hendak sahaja dia melontarkan adiknya ke dalam Sungai Ulu Klang. Nafasnya dihela panjang. Pandangan dilontarkan ke langit malam. Dia beristighfar panjang, ingin menghilangkan kemarahannya.
"Jangan buat macam ini lagi."
Najmi mengangkat wajah apabila mendengar suara lembut abangnya. Wajah abangnya sudah tidak tegang seperti tadi.
"Adik buat sebab nak tolong abang je. Adik tahu abang dah lama sukakan dia. Abang selalu tengok dia daripada jauh, perhatikan dia. Tapi abang tak berani nak dekati dia," terang Najmi.
"Still! Apa yang adik buat ni tetap salah!" Adha bertegas. Jari telunjuk diangkat tinggi sebagai tanda amaran. Sebelah tangan pula mencekak pinggang.
"Adik minta maaf," ucap Najmi seraya tertunduk.
"Bayangkan kalau dia dapat tahu, hancur tak hati dia?" Soal Adha dengan suara yang sedikit meninggi.
Najmi hanya diam tanpa kata. Tidak tahu harus memberi jawapan apa. Dia sedar perbuatannya menyamar sebagai abangnya untuk mendekati wanita itu adalah salah. Namun menurutnya, apa yang dia lakukan ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan abangnya sendiri.
"Adik minta maaf." Hanya itu saja yang mampu dilafazkan daripada mulutnya saat ini.
Adha menghampiri Najmi dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia memandang adiknya yang sedang menundukkan wajah ke bawah.
"Adik!" Lembut suara Adha memanggil. Najmi terus mengangkat wajah dan melihat ke arah abangnya.
"Adik minta maaf." Mata Najmi berkaca akibat dimarah oleh abangnya. Adha tersenyum halus melihat adiknya begitu.
"Terima kasih adik abang sebab fikirkan kebahagiaan abang. Tapi ini hidup abang. Pandailah abang cari cara nak tackle kakak ipar untuk adik. Tapi perbuatan adik ini salah. Kita tak patut tipu dia macam ini." Adha mencubit perlahan pipi Najmi.
"Ni salah adik, bukan salah abang. Adik yang tipu dia, bukan abang. Adik minta maaf." Najmi memeluk abangnya.
"Lepas ni jangan buat lagi." Adha mengusap lembut kepala adiknya.
"Tak buat, janji!" Najmi mengangkat tangan kanannya.
"Dah berapa lama adik buat macam ini?"
"Tiga bulan," jawab Najmi.
"Takkan sepanjang tiga bulan itu dia tak ada ajak jumpa? Atau call?" Adha menyoal pelik. Keningnya berkerut.
"Ada, tapi adik tipu dia bagi alasan. Adik kata Adha busy operasi sana-sini, so belum dapat jumpa lagi buat masa sekarang," lambat-lambat Najmi menutur kata.
"And she believed you?!" Adha inginkan kepastian. Terkebil-kebil matanya menunggu jawapan. Teragak-agak Najmi mengangguk.
"Lagi adik cakap apa dekat dia?" Adha mula melakukan soal siasat seperti seorang polis.
![](https://img.wattpad.com/cover/374631090-288-k844930.jpg)
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance[SIRI PERTAMA 4 BERADIK] ❗️Dalam proses edit❗️ Singkat. Itu adalah perkataan yang sesuai untuk permulaan kisah cinta antara Diya dan Adha. Namun tidak bagi Adha kerana dia sudah lama menyukai gadis itu. Dengan bantuan Najmi, kisah cinta mereka berdu...