𝙷𝚎’𝚜 𝚝𝚑𝚎 𝚙𝚕𝚊𝚢𝚎𝚛,
𝚋𝚞𝚝 𝚑𝚎 𝚕𝚎𝚝𝚜 𝚑𝚎𝚛 𝚙𝚕𝚊𝚢 𝚝𝚑𝚎 𝚐𝚊𝚖𝚎..
"ISN'T a football player shouldn't be allowed to smoke?" Setahu aku pemain bola sepak harus menjaga kesihatan. Rokok antara faktor yang boleh membahayakan kesihatan.
"I'm a light smoker. Who said a football player cannot smoke?"
"I say." Memang tiada siapa yang kata. Aku akui ada pemain bola yang tertangkap kamera sedang merokok seperti Messi, pemain Argentina. Marco Veratti, pemain Itali juga merokok dan antara pemain yang paling sering tertangkap merokok adalah Wesley Sneijder. Pemain daripada negara Belanda itu seakan tidak boleh dipisahkan dengan habit merokok.
Dia tergeleng mendengar jawapan aku.
"Then tell me. Isn't a kid like you should go to school at this time?"
"I'm not a kid anymore." Pantang bagi aku bila orang menggelar aku budak. Terasa seperti dipandang rendah.
Aku nampak senyuman di hujung bibirnya. "Bien." (Right.)
Dia kembali menyedut rokok di tangan. Asap berkepul keluar dari rongga mulut dan hidungnya.
"Kau ponteng?"
"It's not your problem!" Gigi aku dikacip.
Dia menyedut rokok di celah jarinya sebelum dicampakkan ke bawah dan dipijak dengan kakinya.
"Take care..."
Ayat yang terakhir dibisikkan perlahan di telinga aku.
"Niña." (Kid.)Kedua tangan aku automatik tergenggam. Niña?
Dia mahu tahu definisi 'niña' yang sebenar?
Sebelum kelibat dia menghilang, aku terus mengejar dia. Kaki aku berhenti di hadapan dia. Nafas dalam aku tarik sebelum aku melakukan kerja gila. Pantas kolar bajunya dicangkuk supaya tubuhnya membongkok. Aku menyerang bibir dia.
Dia terkejut. Aku semakin memperkemas kucupan aku. Tidak akan sesekali aku lepaskan. Bila dia hendak tenggelam di dalam sentuhan aku, bibirnya aku lepas.
"Te lo dije, ya no soy un niña." (I told you, I'm not kid anymore.)
Kesan kecupan tadi aku sapu sambil tersenyum puas hati. Cuma yang aku aneh, bukankah dia patut marah? Apa yang aku duga dia akan menolak aku tadi tapi kenapa sekarang mata aku seakan melihat ada senyum di hujung bibirnya? Apa maksud senyuman itu?
YOU ARE READING
LEONA
RomanceLucía Castillo Pelajar tahun akhir Bachillerato. Kebencian dia terhadap pemain bola tumbuh mendalam gara-gara bekas kekasihnya, Diego. Mario González Kapten bola sepak negara yang seringkali mampu membuat wanita dan lelaki di seluruh Sepanyol berso...