Capítulo 3

37 5 2
                                    

"ARGH!" Aku menekup muka kuat di bantal. Malunya! Kenapa aku boleh terfikir untuk melakukan tindakan bodoh seperti itu?

"Cukup, Lucía!" 

"Kau tak akan faham perasaan aku. Aku malu." 

"Kau patut bangga Lucia. Orang lain begitu susah dapat berjumpa atau mendapatkan tandatangan dia, tapi kau..." 

"Cállate la boca!" (Shut your mouth!) Bantal aku baling ke muka Paloma yang sedang menahan tawa. Selepas kejadian semalam, aku tidak boleh menahan diri setiap kali teringat apa yang telah berlaku. Kebetulan Paloma datang ke rumah hari ini dan setelah didesak, aku cerita habis tentang apa yang berlaku ketika di Retiro Park. Sebaik saja mendengar cerita aku, serasa bergema satu bilik angkara ketawa daripada Paloma.

"Pasti dia semakin perlekehkan aku selepas ini." Kakiku seperti menendang-nendang sesuatu. 

"Kalau dia rasa tak suka dengan perbuatan kau semalam pasti dia menolak ketika kau cuba mencium dia. Jadi kau tak perlu risau."

Ya, betul juga. Semalam tiada pula lelaki bernama Mario itu menolak. Ataupun sebenarnya dia dalam keadaan terkejut? Argh!

"Kau jangan risau. Dia pun pasti akan lupa kejadian itu suatu hari nanti. Dia masih belum tahu nama kau, kan?"

Aku pandang Paloma. Pelik dengan soalan dia.

"Dia tak tahu." 

"Jadi kau akan selamat. Percaya pada aku." Paloma datang untuk melabuhkan duduk di sisi katil aku.

"Baiklah. Aku cuba percaya pada kau."

Dia terseringai. "Tujuan aku datang hari ni untuk mengajak kau keluar malam ni. Ada kenalan aku mengadakan parti ulang tahun malam ni."

"Kawan kau yang mana?" Setahu aku semua kawan Paloma aku kenal.

"Kau tak kenal kawan aku yang ini. Kau cuma perlu jawab setuju dan aku akan bantu kau pilih pakaian untuk malam ini!"

Aku diam berfikir.  Alasan apa yang aku perlu bagi kepada mama? "Tapi..."

"Untuk mamá kau jangan risau. Aku dah beritahu dia terlebih dahulu. Dia okey saja."

"¿En serio?" (Seriously?) 

"Mamá kau kata kau hanya duduk di bilik seharian ini. Disebabkan risaukan kau, dia izinkan kau ke parti malam ini." Wah! Tak sangka mama begitu risaukan aku sedangkan mama tak tahu apa yang anak mama lakukan sebenarnya...

"Kalau begitu aku setuju! Mari ikut aku pilih pakaian!" Mendengar tentang parti, aku terus lupa dengan apa yang berlaku. Argh, malam ini aku hanya mahu berseronok!

.

OH gosh, aku dah terlewat! Sepasang kakiku bergegas menuruni tangga. Pasti Paloma sedang menyumpah aku sekarang. 

"Lucía..."

"Sí, mamá!" Wajah Paloma sudah kelihatan di ruang tamu. Mama menyambut aku dengan senyuman ketika melihat aku.

"Mamá, what do you think?" Aku memusingkan tubuh di hadapan mama.

"Puteri mamá sentiasa cantik."

"Got it from you!" Hidungku ditarik oleh mama.

"What about me?" Paloma mencelah. Mulut dimuncungkan.

Mamá dan aku ketawa serentak. "Of course you are pretty."

"Auch, I know!" Aku menepuk badan Paloma yang sedang ketawa. Paloma dengan jenakanya memang boleh pergi jauh.

"Let's go. Kita sudah terlewat." Paloma kembali mengingatkan. Segera aku menuju ke muka pintu bersama Paloma yang terlebih dahulu di hadapan.

LEONAWhere stories live. Discover now