AKU dan Lucas sampai di Stadium Alfredo Di Stefano. Kebanyakan perlawanan yang melibatkan Sepanyol sebagai tuan rumah dan melibatkan kelab Real Madrid akan diadakan di sini bermula tahun ini sejak Stadium Santiago Bernabéu direnovasi. Kedua jenis stadium memang ini akan sentiasa digunakan setiap tahun. Sepanyol dan bola sepak tidak dapat dipisahkan terutama Sepanyol sendiri antara negara terhebat dalam bola sepak.
Di luar stadium aku menangkap beberapa kelibat wartawan yang sedia menunggu untuk melaporkan secara langsung berita mengenai perlawanan malam ini. Tapi yang aku hairan kenapa di depan pintu masuk terdapat ramai manusia yang sedang bersorak dan menjerit. Perlawanan belumpun bermula.
"Lucas, kenapa mereka menjerit di sana?"
Lucas melihat ke arah yang aku tunjukkan.
"Oh. Pasti para pemain dah mula tiba. Mari kita masuk."
Begitu sekali reaksi peminat bole terhadap pemain bola. Hurm... Ada yang menghulur tangan untuk bersalam dan ada juga yang menunggu dengan memegang sesuatu. Mungkin mahu mendapatkan tandatangan pemain bola bila mereka mula masuk ke dalam stadium.
Keriuhan masih kedengaran. Ramai manusia bertolak-tolak saat ini. Mungkin ada pemain dah mula masuk ke dalam stadium.
"Lucas, lihat budak itu---"
"Aku rasa kita perlu masuk sekarang sebelum semakin ramai orang dan susah untuk mencari tempat duduk." Bicara aku terus dipotong. Sebenarnya aku mahu menunjuk pada Lucas ada budak lelaki yang bertongkat baru saja ditolak oleh manusia di sana gara-gara keterujaan.
"Mari Lucia." Dia terlebih dahulu berjalan di hadapan aku. Tergesa-gesa seperti jika tidak masuk ke stadium sekarang dia bakal terlepas perlawanan sedangkan masih awal lagi.
"Tapi... Lucas!"
"Aku mencari tempat duduk dulu. Telefon aku kalau kau tak boleh temui aku!" Aku menjuih bibir. Begitu saja dia meninggalkan adik dia yang cantik ini? Bagaimana kalau aku diculik? Aku dapat rasakan dia pasti akan dipersalah jika benar itu berlaku. Huh!
Tidak puas hati. Aku mendekati manusia-manusia di sana. Budak lelaki yang ditolak tadi sedang dipujuk oleh ibunya.
"We will come back again."
Muka budak itu tetap kelihatan sedih walaupun selepas dipujuk.
"Hey..." Aku melutut pada kanak-kanak itu. "Are you here to watch a football match too?"
"Si. Quiero un autógrafo de uno de los jugadores de fútbol, pero mamá dice que tengo que volver la próxima vez. Esta es mi quinta vez." (I want an autograph from one of the football players but mama says i need to come again next time. This is my fifth time.)
Hurm... Begitu sekali kesungguhan budak ini terhadap pemain bola. Patutlah Lucas juga tak boleh duduk diam setiap kali melihat perlawanan bola sepak.
"Among today's matches, which player do you like the most?" Saja aku mahu mengembalikan keceriaan budak ini dengan berbicara mengenai bola sepak.
"Mario!" Tidak menunggu lama terus saja dia menjawab soalan aku. Menggagumkan. Dia antara yang paling banyak peminat malam ini.
"Dia begitu sukakan Mario. Di dalam biliknya penuh dengan gambar dan koleksi jersey bernama Mario González." Ibunya mencelah memberi penjelasan. Kepala anaknya diusap.
Aku tersenyum kecil mendengar cerita itu.
"What happens to his leg?"
"Dia suka bermain bola. Suatu hari kakinya terseliuh dan perlu disimen. Buat masa ini dia harus bertongkat."
YOU ARE READING
LEONA
RomanceLucía Castillo Pelajar tahun akhir Bachillerato. Kebencian dia terhadap pemain bola tumbuh mendalam gara-gara bekas kekasihnya, Diego. Mario González Kapten bola sepak negara yang seringkali mampu membuat wanita dan lelaki di seluruh Sepanyol berso...