"LUCÍA, stop! Jangan ganggu perlawanan aku!""Kau dah ulang perlawanan ini lebih sepuluh kali, Lucas!" Aku sampai sudah menghafal berapa jumlah gol yang dijaringkan pasukan Sepanyol dan pasukan lawan. Semua berpunca kerana Lucas yang selalu menyaksikan ulangan bola sepak Sepanyol.
"Aku suka melihat pasukan Sepanyol. Kau perlu tahu, negara kita adalah negara yang disegani dalam bola sepak dan antara yang terhebat dalam kalangan negara Eropah. Kau pasti tak tahu negara kita pernah menjadi juara dunia, kan?"
"Aku tak sebegitu ketinggalan. Aku tahu!" Aku tidaklah seperti katak di bawah tempurung sangat sampaikan berita mengenai negara sendiri aku boleh tidak tahu.
"Aku suka cara permainan pasukan negara kita. Kalau waktu juara dunia, negara kita memiliki Iker Casillas sebagai kapten bola sepak. Sekarang, negara kita memiliki Mario González sebagai kapten. Lihat saja cara permainan dia di padang. Penuh dengan taktik sampai boleh perdaya lawan. Aku yakin Mario mampu mengetuai pasukan Sepanyol untuk memenangi perlawanan Euro yang akan tiba ini."
"Aku pelik, kenapa kau begitu sukakan Mario? Dia tak tahupun kewujudan kau."
"Meminati seseorang itu tak bermakna mereka perlu tahu kewujudan kita. Mario ini antara yang dikagumi dalam dunia bola sepak. Gadis seperti kau mungkin tak akan tahu bagaimana hebatnya lelaki seperti dia." Hebat? Bukan kurang ajar? Dia belum jumpa Mario depan mata. Aku berani bertaruh, Lucas tidak akan menyukai Mario setelah berjumpa lelaki itu secara bersemuka suatu hari nanti!
Ketika ini juga wajah Mario González berlayar di kaca televisyen, segera aku merampas kawalan televisyen daripada Lucas dan menukar siaran. Puas hati aku! Maruah aku terasa diperlekeh setiap kali teringat dan ternampak wajah itu! Ish!
"Lucía!" Lucas cuba merampas kawalan televisyen daripada aku.
"No!" Aku segera menyorokkan di dalam baju.
"What do you mean by 'no'? Aku di sini dulu!" Lucas tidak mahu mengalah. Ternampak mama yang baru pulang, segera aku berlari ke arah mama. Lidah aku jelir kepada Lucas.
"Mama, Lucas cuba bergaduh dengan Lucia!"
"Mama, Lucía yang mulakan dulu."
Aku tidak peduli. Masih berusaha menyorok di belakang mama sambil ketawa jahat.
"Lucía! Lucas! Stop it!" Tersentak! Mama jarang sekali meninggikan suara sebegini.
Lucas juga berdiri kaku di hadapan mama. Genggaman di baju mama aku lepas.
"Perdóname, mamá." (I'm sorry, mama.)
"Are you okay?" Lucas menyoal prihatin kepada mama. Mama kelihatan memicit pelipis dahinya.
"I'm okay. I just need a rest. Mama masuk bilik dulu." Dahiku dikucup oleh mama sebelum berlalu. Walaupun mama kata dia baik-baik saja tapi riak wajah mama seperti mengatakan sebaliknya.
"Mama kelihatan aneh hari ini. Kau tahu sesuatu?" Aku bertanya Lucas tapi dia kelihatan termenung setelah mama bergerak ke bilik.
"Lucas! Aku tanya kau!" Bahunya aku sentuh. Dia yang baru tersedar terus memandang muka aku.
"Aku naik bilik dulu."
Keningku terangkat. Ada apa-apa yang aku tidak diberitahu?
.
BUNYI loceng rumah yang bertalu kedengaran. Aku merengus. Hesy! Tak tahu sabar!
Aku mengecilkan mata pada Lucas yang kelihatan santai menikmati sarapan di dapur ketika aku melintas untuk membuka pintu di ruang tamu. Walhal boleh saja dia bantu bukakan pintu! Dasar abang yang tidak membantu!
YOU ARE READING
LEONA
RomanceLucía Castillo Pelajar tahun akhir Bachillerato. Kebencian dia terhadap pemain bola tumbuh mendalam gara-gara bekas kekasihnya, Diego. Mario González Kapten bola sepak negara yang seringkali mampu membuat wanita dan lelaki di seluruh Sepanyol berso...