"LUCÍA! Kau harus tengok dia."
Aku lihat skrin televisyen yang ditunjuk Lucas. Bibirku terjuih. Aku tak tahu kenapa ramai orang meminati lelaki ini. Boleh dikatakan dia antara pemain yang memiliki 'attitude' yang teruk di atas padang. Aku pernah melihat dia bergaduh dengan pengadil kerana pengadil tidak mengiktiraf gol dia. Rakan-rakan dia sampai perlu meleraikan dia.
Cuma, aku tak mampu nafikan dia juga pemain terbaik selain Cristiano, Messi, Neymar, Kmbapp. Baru-baru ni aku mendengar dia menerima anugerah Fifa. Antara penjaring terbanyak di dalam kelab.
Sebab yang lain mengapa aku tak suka dia adalah kerana dia bukan ciri lelaki aku suka. Mario itu bertindik di sebelah telinga. Fesyen rambut pula dipotong sangat pendek dan hampir menyerupai penyanyi rap. Tapi sebenarnya, Justin Bieber juga pernah memotong rambut fesyen sebegitu. Argh! Aku tetap tak suka. Di sisi rambut Mario, ada ukiran rambut yang dibuat.
Dia sangat kelihatan seperti 'bad guy'. Lelaki yang perlu dijauhi.
Bibir aku automatik terjuih ketika melihat Lucas yang seakan kagum merenung lelaki yang sedang berucap di sidang media.
"Aku ada harapan dia akan berjaya mengetuai ketua pasukan bola Sepanyol nanti."
"Pastilah dia harus berjaya. Rakyat Sepanyol mengharapkan dia atau dia akan dikecam teruk." Suaraku mungkin kedengaran sarkastik. Aku mengagaknya bila melihat jelingan Lucas terhadap aku. Ops!
Dia menghela nafas berat. Seakan mengeluh. Tapi mata dia tetap tidak berkalih dari kaca televisyen. "Sebab ini aku tak suka bersembang mengenai bola sepak dengan perempuan."
"Kenapa kaum perempuan tak boleh diajak berbual tentang bola sepak?"
"Sebab rata-rata perempuan tak faham."
"Teman lelaki aku pemain bola. Aku faham."
"Oh teman lelaki kau yang kapten bola sepak sekolah tu?" Perkataan sekolah dikuatkan.
"Mario González ini pemain bola sepak negara. Berbeza dengan teman lelaki kau. Lawan pasukan Sepanyol bukan antara sekolah tapi negara. Mereka ini seringkali bermain satu padang dengan pemain hebat seperti Messi dan Ronaldo." Mulutku yang hendak membalas automatik terkemam rapat. Apa-apa sajalah. Aku tahu dalam topik ini peluang aku nak menang hanya sehalus benang. Lucas pasti akan membela pemain bola kesukaannya itu.
.
KEDUA tangan aku meramas rambut yang sedia kemas. Kusut! Peperiksaan akan berlangsung kurang tiga bulan tapi banyak sekali topik yang aku tidak mengerti. Sudahlah mama meletakkan harapan tinggi kepada aku untuk masuk ke universiti. Mama bersungguh mahukan aku menjadi doktor walaupun aku merasakan aku mungkin akan menghampakan permintaan mama. Bidang perubatan bukanlah sesuatu yang aku sukakan.
Waktu ini aku terfikir, seronok menjadi Lucas. Dia dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang pilihan dia. Tidak seperti aku yang terikat dengan pilihan mama.
Satu sentuhan mengejut terasa di badanku dan duduk aku yang tadi tidak bermaya terus tegak. Aku menoleh.
"Paloma!" Dia ketawa terbahak-bahak sambil menarik kerusi di hadapan aku.
"Shhh!" Seorang petugas perpustakaan meletakkan jari telunjukknya di bibir sambil menjegil ke arah kami. Aku menepuk tangan Paloma supaya senyap.
Paloma angkat tangan tanda menyerah. Dia betulkan duduk tapi aku dapat lihat masih ada sisa tawa di hujung bibirnya.
"Sejak bila kau ada di sini?"
"Sejak aku lihat muka kau berkerut-kerut."
Aku menggengam penumbuk dan mengacah tangan ke arah Paloma. Lidah dia terjelir kepada aku tanda tidak peduli.
YOU ARE READING
LEONA
RomanceLucía Castillo Pelajar tahun akhir Bachillerato. Kebencian dia terhadap pemain bola tumbuh mendalam gara-gara bekas kekasihnya, Diego. Mario González Kapten bola sepak negara yang seringkali mampu membuat wanita dan lelaki di seluruh Sepanyol berso...