PERTEMUAN

196 15 13
                                    

Kapal terbang,

Masa sekarang menunjukkan pukul 10:30 malam di mana sekarang adalah waktu yang tepat untuk semua orang tidur.

Tapi itu tidak berlaku kepada orang-orang yang berada dalam kapal terbang.mereka semua sedang sibuk berbincang tentang persiapan yang akan mereka lakukan ketika mereka tiba di pulau rintis nanti.

Terdapat beberapa professor dan doktor yang kelihatan sedang berbincang sesuatu berdasarkan kertas plan yang mereka letakkan di atas meja.

Selain itu,terdapat juga beberapa orang petugas yang sedang memeriksa barang-barang yang berada di dalam kotak untuk melihat kondisi barang tersebut.

Semua orang kelihatan sibuk kecuali seorang remaja yang berada di kerusi bahagian tepi kapal terbang tersebut.

Tiada sesiapa yang berani mengganggunya atau pun menyuruhnya untuk melakukan sesuatu.

Ali:huhh bosan.

Pemandangan yang dipenuhi dengan bintang dapat ali lihat melalui tingkap kapal terbang namun itu tidak dapat menghilangkan rasa bosannya.

Doktor ghazali tidak ada bersamanya kerana sedang sibuk menyusun plan projek yang akan dia lakukan nanti.

Manakala untuk doktor eron dia dari tadi sudah tertidur pulas sambil berdengkur.

Dr.eron:ohh sayang saya janji hanya awak seorang saja di hati saya.(mengigau)

Ali hanya memandang datar doktor eron selepas mendengar kata-kata doktor peribadinya itu.dia merasa menyampah walaupun itu hanya kata-kata yang diucapkan doktor eron ketika mengigau.

Ali:*dia mesti buaya darat*.

Ali kembali memandang pemandangan di luar tingkap dan dia menghela nafas.

Ali:ayah kata besok pagi baru sampai di pulau rintis tapi sebelum tu kena datang majlis sambutan yang datuk bandar pulau rintis siapkan.tapi kenapa aku kena pergi sekali?huhh...

Dr.zorin:supaya mereka tahu identiti kamu ali.

Kepala remaja tersebut dengan cepat berpusing ke arah sumber suara tersebut.

Tidak jauh di belakang ali terdapat seorang lelaki yang berumur lebih kurang 60-65 tahun sedang duduk di kerusi belakang yang tidak jauh dengan tempat ali berada.

Lelaki tersebut sedang sibuk melihat tabletnya yang berisi pelbagai jenis fail dokumen penting.

Walaupun melihat doktor itu sedang sibuk ali tetap bertanya kerana rasa ingin tahunya lagipun mustahil lelaki itu berani marah padanya kerana dia tahu siapa ayah ali.

Ali:apa maksud uncle?

Dr.zorin:zorin nama saya doktor zorin.pastikan kamu ingat nama tu dan jangan panggil saya uncle panggil saya doktor zorin.

Dilihat dari sikap doktor zorin kelihatan dia orang yang tegas dan sedikit sombong tapi itu menurut pandangan ali.

Ali:kalau macam tu boleh doktor zorin terangkan apa maksud doktor tadi?

Dr.zorin:begini ali untuk memastikan keselamatan kamu ayah kamu berniat untuk memperkenalkan kamu kepada orang pulau rintis supaya kamu tidak diganggu atau dibuli nanti.

Ali:tapi....perlu ke buat sampai macam tu?

Dr.zorin:pada pendapat saya itu sangat diperlukan kerana kamu ialah anak peneraju cyberaya dan anak kepada ketua projek kali ini.jika ayah kamu tahu kamu diganggu atau dibuli kamu boleh bayangkan macam mana perasaan ayah kamu nanti.

Ali mengangguk faham.

Ali:tapi apa nama sekolah saya nanti?

Dr.zorin:kalau tak silap saya nama sekolah tu ialah Sekolah Menengah Pulau Rintis.

EJEN ALI & BOBOIBOY (AZURIUM) Where stories live. Discover now