MYB 1

11 2 0
                                    

          CINCIN dijari manis ditatap lama, tak sangka dia sudah menjadi isteri sah kepada Tengku Arash Zayan. Takut? Ya, sudah tentu takut jika dia tak dapat jadi isteri yang terbaik buat Arash.

Pintu bilik dikuak oleh seseorang, kelihatan figura Arash yang sedang mendekati Athalea dengan penuh gaya, senyuman misteri dipamerkan kepada wanita yang digelar isteri itu.

"Selamat datang ke neraka buatan aku, sayang." Arash bersuara dingin. Sudah lama dia ingin mendera gadis ini, cuma waktu tidak mengizinkan.

Mata Athalea terbuntang, dia tak salah dengar kan? Tubir mata yang terasa panas cuba ditahan supaya tidak membasahi pipi.

"A...apa maksud awak, Arash?" Tidak dapat tidak, air mata yang ditahan tadi akhirnya mengalir juga.

"Takkan kau dah lupa, sayang? Disebabkn kau lah aku terpaksa putus tunang dengan Muna. Semua ni berpunca daripada keluarga sial kau tu! Kalau diaorang tak paksa aku untuk tanggungjawab atas budak ni, benda ni takkan jadilah!" Tempik Arash. Dia bencikan keluarga wanita itu termasuk wanita dihadapanya ini. Athalea Nur Arisa

Arash cuba untuk menyeka air mata Athalea, namun cepat-cepat gadis itu menepis. Dia terus bangun dari duduknya.

"Tapi anak ni anak awak, Arash! Awak dah lupa ke?!" Tangan dikepal bentuk penumbuk. Dia ingat Arash benar-benar ingin bertanggungjawab, ternyata dia salah.

Arash tertawa tidak kurang seperti syaitan apabila melihat wajah kecewa Athalea. Dia mengetap rahang nya sebelum menarik rambut wanita itu sehingga Athalea terdongak.

"Aku bukan kambing hitam untuk anak haram ni lah, sial! Dia bukan anak aku!" Sehabis bicara dia menolak tubuh Athalea sehingga jatuh terjelopok di lantai.

"S...sakit, Arash! Awak ni dah kenapa?" Intonasi Athalea mula meninggi sehingga membuatkan Arash memandangnya tajam dan terus dia mencangkung dihadapan wanita itu.

Rahang Athalea dipegang supaya menghadap wajahnya.

"Lower your voice. Kau kena ingat, ini bukan dekat rumah kita."

"Sakit? Ini baru sikit lah! Kau tak tahu lagi betapa sakitnya hati aku, bila Muna tinggalkan aku sebab perangai kau. Kau tunggu nasib kau bila duduk rumah aku nanti, aku akan kerjakan kau sampai kau hancur! Termasuklah anak haram ini!" Sambungnya lagi sebelum melangkah keluar.

Athalea menggenggam tanganya bentuk penumbuk, tatkala itu air matanya mengalir lebih deras apabila nama wanita lain yang selalu terbit dibibir suaminya.

"Ini anak awak, Arash..." Lemah suara Athalea menyatakan hal itu. Perlahan-lahan tangannya dibawa untuk memegang perutnya yang masih ramping.

           "TERIMA kasih, hantarkan saya." Ucap Athalea lembut kepada Arash. Dia menunduk untuk menyalami tangan Arash. Namun, salamnya tidak terbalas.

Dia kembali mendongak pandang ke wajah beku jejaka itu. Dapat dilihat rahang itu diketap kuat, sebelum...

"Jangan mimpi aku akan terima tangan kotor kau tu untuk salam aku. Aku jijik dengan perempuan murahan macam kau!" Ujar Arash selamba. Anak matanya mula menikam seraut wajah mulus Athalea. Sungguh dia bencikan gadis ini.

Zas!! Hati Athalea seperti digores oleh pisau yang sangat tajam dan mematikan.

"S...saya pergi dulu, sekali lagi terima kasih sebab sudi hantar saya," seusai kata, dia terus melangkah keluar daripada kereta milik Arash dan melangkah masuk ke butik miliknya.

"Thalea! Amboi, semalam kahwin harini terus masuk kerja ya. Taknak pergi honeymoon ke?" Sergah Qayra secara tiba-tiba membuatkan tubuh kecil itu tersentak.

"Ish... Apa ni, terkejut aku lah!" Marah Athalea perlahan, sempat dia mengurut bahunya yang terasa sedikit lenguh.

Qayra yang melihat kelakuan sahabatnya terus menegur.

"Penat sangat tu layan tetamu semalam..." Usik Qayra dengan senyuman nakal dan mendapat tamparan lembut daripada Athalea

"Itulah, sebab tu aku rasa badan ni sengal je..." Bohong Athalea, padahal malam tadi dia dipaksa oleh Arash untuk tidur di lantai.

"Malam ini kau tidur bawah! Aku tak kira, yang penting kau tak tidur sebelah aku!!" Sempat dia menolak tubuh itu sehingga jatuh ke lantai marmar.

"Tapi... Nanti badan saya sakit..." Tidak berani dia menatap wajah tegang suaminya.

Arash mendekati Athalea dan mencangkung dihadapannya.

"Aku peduli apa?! Kau kena latih diri kau daripada sekarang. Sebab nanti, kau akan tidur dekat atas lantai untuk selama-lamanya!!!" Tanganya naik untuk menampar pipi mulus Athalea berkali-kali.

Kata-kata Arash terngiang di dalam fikirannya

"Semalam pun aku ada kerja kena siapkan." Bohong Athalea lagi.

Qayra hanya mengangguk tanda faham dan segera pamit untuk menyambung kerjanya yang terbantut tadi.

          "APA?! Kamu dah kahwin?!" Soal Dato' Qal. Ekspresi wajahnya sungguh tidak percaya bahawa anak sahabatnya sudah pun berkahwin.

"Ya, dia jadikan saya kambing hitam dia untuk tanggungjawab atas anak haram dia itu! Dia cuma bala yang hadir dalam hidup saya. Menyusahkan!" Langkah dibawa menuju ke meja kerjanya dengan wajah yang bengis.

Dato' Qal tersenyum melihat Arash kesal. Dia segera menghampiri lelaki tinggi lampai itu. Bahu Arash ditepuk perlahan sebelum dia membisikkan sesuatu.

"Apa kata kamu jual aje isteri kamu tu pada saya?" Idea bernas diberikan oleh lelaki tua itu.

Namun Arash tidak berminat untuk serahkan Athalea kepada orang lain. Kerana dia ingin menyeksa wanita itu sendiri.

"Belum masanya lagi, Uncle. Saya nak seksa dia puas-puas dan saya nak musnahkan cinta dia. Saya akan desak Muna untuk kahwin dengan saya. Titik!" Jari telunjuk Arash mengetuk meja kayu itu. Tanda dia tidak main-main.

OG| MAWAR YANG BERDARAHWhere stories live. Discover now