MYB 2

10 2 0
                                    

          TIGA minggu yang lepas...

"Arash, Saya mengandung anak awak! Saya nak awak bertanggungjawab, Arash!" Athalea bersuara sebak apabila dia melihat Arash sedang berseronok dengan gadis lain.

Muna yang mendengarkan hal itu, terus saja dia bangun dan menampar wajah Arash sekuat hati.

"What the hell are you doing, Arash?! You curang dengan I?!" Kuat Muna menengking jejaka itu.

"Mu... Muna! Bukan macam tu. Itu bukan anak I! Listen to me..." Balas Arash ketakutan. Berharap Muna akan mempercayai dirinya.

"Stopi it, Arash! We're done! I dah taknak ada apa-apa hubungan dengan You lagi! I kecewa dengan you, Arash!"

Kini dia berpaling ke arah Athalea dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"And you! Dasar perempuan murahan! Kalau sekali you dah murah, selama-lamanya you akan tetap murah. Apa orang cakap? No price. Upss" Gadis itu mengimbas rambutnya kebelakang sebelum berlalu pergi meninggalkan Athalea dan Arash disitu.

"Muna!! Wait!!" Jejaka itu mengerling sekilas ke arah Athalea sebelum mengejar langkah Muna.

Athalea melihat figura Arash yang sedang mengejar Muna.

          DUA minggu yang lepas...

Fikirannya masih serabut. Setelah seminggu Muna tinggalkan dia, dia jadi semakin berantakan. Dia perlukan Muna. Muna cinta pertamanya!

Pintu rumah agam itu diketuk oleh seseorang. Arash yang sedang bermain telefon lantas bangun dan membuka pintu kayu besar itu.

Tanpa sebarang soalan, tubuh Arash ditolak kuat oleh seorang lelaki tua sehingga jatuh ke atas lantai.

"Eh apahal! Kau siapa datang-datang nak tolak orang?!" Kuat suara Arash menjerkah.

"Kami nak kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu dah buat pada anak kami!"  Kini satu suara lagi menyampuk. Iaitu ibu kepada Athalea

Arash terpempan. Tanggungjawab? Dia sudah muak dengan perkataan itu!

"Arash... Mummy tak sangka kamu macam tu dibelakang mummy..." Sampuk satu suara dan suara itu berasal di belakang Arash.

Sepantas kilat dia menoleh untuk melihat siapakah gerangannya.

"M...mummy... A... Arash tak bersalah... Mereka tuduh Arash... Ar.." Tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Puan Liona segera memintas

"Tapi berita kamu dah tersebar, Arash... Bahawa Tengku Arash Zayyan yang mummy banggakan selama ini sudah membuntingkan anak dara orang. Mummy kecewa dengan kamu Arash!" Air mata puan Liona mengalir lesu. Menunjukkan betapa kecewanya dia terhadap anak lelakinya.

Arash segera membuka sosial media. Dan benar beritanya sudah tersebar. Ini pasti kerja Athalea! Tengoklah, akan aku buat kau menyesal seumur hidup kau!

"Mum... Mummy..." Baru saja kaki mahu mendekati wanita separu umur itu, tiba-tiba kedengaran satu suara dan secara automatik langkahnya terhenti.

"Arash..." Suara Athalea lemah.

"Baik. Arash akan kahwin dengan dia!" Seusai kata, dia duduk melutut di tengah-tengah mereka semua.

Awak yang paksa saya Arash. Andai takdir tidak mempertemukan kita. Pasti perkara ini takkan terjadi! Lemah hati kecil itu bersuara.

Tin!!

OG| MAWAR YANG BERDARAHWhere stories live. Discover now