DIMALAM yang indah, Muna dikejutkan oleh deringan daripada iphone miliknya. Lantas dia bangun dan mencapai telefon itu di kabinet sebelah nya.
Membuntang matanya tatkala membaca nama yang tertera disitu. Dia menoleh sekilas kearah sisi sebelum bangun daripada katil dan menuju ke balkoni.
Ikon hijau digesek keatas
"Sayang, we need to talk!" Seloroh Arash. Akhirnya panggilannya dijawab setelah beberapa kali dia menelefon gadis itu.
"Tiada masa, Arash. I mengantuk!" Keluhan kecil dilepaskan. Sudahlah Arash menelefonnya pada pukul 4:50 pagi. Ganggu aje!
"I need to explain! Esok I tunggu dekat depan rumah you. Sumpah, I sayangkan you sorang saja, sayang."
Apa tunggu depan rumah? Muna segera mematikan panggilan itu dan menoleh kebelakang. Tak! Dia tak boleh tahu siapa laki ini! Muna terus mendekati tubuh lelaki yang sedang tidur lena itu.
SEPERTI yang dikatakan oleh Arash, dia segera masuk ke halaman rumah mewah itu. Setelah enjin sudah dimatikan dia terus keluar dari kereta dan mengetuk pintu kayu besar itu.
"Sekejap!!" Muna berlari anak kearah pintu. Apabila pintu dikuak, terpampang wajah tampan Arash di muka pintu. Tidak boleh dinafikan lagi, Arash memang tampan!
Dengan lagak macho nya dia melangkah masuk kedalam rumah itu setelah mendapat keizinan daripada Muna.
Sekeliling ruang dipandang. Masih sama seperti dulu, tapi ada sedikit perbezaan tatkala matanya menangkap ada sesuatu yang aneh di atas sofa.
Tali leher siapa tu?
Baru saja ingin menyoal, laju saja Muna memotong dan mengambil tali leher itu.
"Ini tali leher daddy I. Haritu dia datang sini nak jenguk I. Hilang dekat sini rupanya, puas dia mencari." Muna menggeleng kecil dan melemparkan senyuman manis kepada Arash.
Dengan mudahnya Arash mempercayai dia dan terus melabuhkan duduk di sofa itu. "I nak you kahwin dengan I, Muna. Tolonglah hidup I jadi makin serabut semenjak you pergi." Dia segera mencapai tangan halus Muna yang sedang berdiri dihadapannya.
Muna memandangnya dengan pandangan yang tidak percaya.
"Sorry to say, tapi i dah taknak ada apa-apa hubungan dengan you. Sebab you dah kahwin dan mengandungkan perempuan tu!" Lantang suara itu berkata sambil menyimpan senyuman sinis.
"But please, sayang. Hidup i semakin sengsara tanpa you. You cinta pertama I. I perlukan you disisi I. I janji lepas kahwin dengan you, i akan ceraikan dia. Itu janji i, sayang." Tengok muka Athalea saja sudah muak, apatah lagi nak simpan perempuan itu. Memang buang masa saja, hanya menambah beban!
Tidak dapat tidak, Muna mempamerkan senyuman yang sukar untuk ditafsirkan ke arah Arash. "Let's make a deal..."
"A deal?" Tanya Arash kebingungan.
Muna mempamerkan senyuman sinis kearah Arash sebelum rahang itu dicengkam supaya Arash menghadapnya.
"Deal dia senang saja. Kalau you betul-betul cintakan I. Jangan pernah you tumpahkan kasih sayang you kepada Athalea. Dan i takkan layan mana-mana lelaki hanya untuk you. Selama 10 bulan,"
"Kalau kita berjaya, I akan terima lamaran you." Sambungnya lagi dan menari semula tangannya daripada rahang Arash.
Rasa seperti dicabar, Arash terus bangun dan tersenyum puas hati.
"Deal!"
KAKI jenjang itu melangkah masuk kedalam rumah agam miliknya dan tiada satu pun lampu yang hidup. Maknanya isterinya sudah tertidur. Sekarang pun dah masuk pukul 2 pagi.
YOU ARE READING
OG| MAWAR YANG BERDARAH
Fantasía[INGIN KU PUTAR KEMBALI WAKTU] Perkahwinan mereka tidak disangka. Arash dituduh dan terpaksa putus tunang dengan Muna, iaitu cinta pertamanya. Dan dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang wanita. "Selamat datang ke neraka buatan aku, sayang." -Ten...