"AYYISH Rafael bin abdul karim."
"Ya saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Aaira Cressida binti Nor Hisyam dengan mas kahwinnya RM 5,000 tunai."
"Aku terima nikahnya Aaira Cressida binti Nor Hisyam dengan mas kahwinnya RM 5,000 tunai."
"Sah?"
"Sah?"
"Alhamdulillah!" Semua kini menadah tangan saat lafaz nikah itu sudahpun selesai diucapkan tadi. Kash yang menjadi wali itu tersenyum manis. Lega apabila semuanya sudahpun selesai.
Matanya merenung wajah Aaira yang tersenyum. Syukur kerana adiknya sudah berjumpa dengan jodoh. Kash berharap sangat bahawa Ayyish dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Sejujurnya, dia rasakan perkara ini terlalu cepat sangat berlalu. Baru lima bulan lepas dia menyuruh Aaira berjumpa dengan Ayyish dan kini, mereka sudahpun disatukan oleh takdir. Perkara ini berlaku dengan sangat pantas sekali.
"Aaira, salam tangan Ayyish tu." Teguran itu buatkan Aaira angkat kepala. Bibir tersenyum namun hati hanya Allah saja yang tahu betapa debarnya dia rasa saat ini.
Tak dinafikan walaupun ini hanya marriage of convenience semata-mata, tapi takutnya itu masih terasa.
Dia... sudah sah menjadi isteri kepada suami, Ayyish Rafael.
Sungguh, tak sangka dia dijodohkan dengan lelaki ini.
Dengan penuh syahdu, Aaira menyalam tangan Ayyish. Lakonan harus diteruskan. Begitu juga dengan dia yang harus memainkan watak pengantin yang sungguh gembira sekali.
Namun, tubuhnya terkaku apabila mendapat ciuman lembut di dahi. Hangat dan lembut. Terus matanya bertembung dengan Ayyish. Dan pada waktu itu, dia rasa mahu sorok saja bila melihat senyuman mengusik di bibir itu.
Ayyish tanpa dipinta terus mendekatkan bibirnya pada telinga Aaira.
"Don't worry. I keep my promise safe and sound," bisik suara hangat itu. Jantung Aaira mula lari dari normal. Dia dapat rasakan bahawa ayat seterusnya mampu buat dia pengsan.
"Welcome back, my wife, Cres. This time, I'll make sure that you will be in my cage forever."
Cis, dia ingat aku ni burung ke?
Auto tak jadi pengsan.
TUDUNG bawal yang tersarung pada kepala itu dibuka. Puas rasa kepala bila dapat buka tudungnya itu. Panas betul.
Tangannya naik mengipas sedikit rambut. Tuala yang tersangkut itu diambil bersama dengan pakaian bersih sebelum dia berlalu masuk ke dalam bilik mandi.
Hampir lima minit, kedengaran pintu bilik mandi sudah dikuak dari dalam. Muncul Aaira yang sudah lengkap dengan pakaian tidur bersama dengan tuala di tangan yang sedang mengeringkan rambut itu.
Namun, gadis itu mula angkat kepala apabila terasa ada mata yang memerhati dan...
Gulp!
Tertelan air liur melihat Ayyish yang sudah berpeluk tubuh dan bersandar di dinding itu. Matanya tajam memerhati wajah Aaira atas bawah manakala Aaira pula leka memerhati tubuh Ayyish yang sudah bebas dari sebarang pakaian.
Aduh, bahaya ni!
"Err... mana pakaian awak tu?" tanya Aaira. Selamba dan mahu menutup sedikit rasa malu.
"Berpeluh. Lemas. Lagipun buat apa nak pakai. Sekejap lagi pun nak mandi, kan?" Mudah saja jawapan Ayyish berikan kepada Aaira. Bukan dia tak nampak Aaira tu sedang menahan malu.
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •The devil in disguise. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang menyeb...