Kantoi

3.6K 83 2
                                    

Perlahan - lahan wanita ini menutup pintu bilik tidur tersebut. Butang rekod dimatikan, telefon bimbitnya di simpan kembali di dalam beg tangan LV miliknya. Tanpa dia sedari, air matanya mengalir perlahan dipipi. Di kesat air mata tersebut lalu berlari keluar dari rumah tersebut. Enjin kereta di hidupkan dan terus memecut laju tanpa hala tuju. Air matanya tidak berhenti mengalir.

Kantoi.
.
.
.
.
.
Beberapa jam sebelumnya...

Tuan - tuan dan puan - puan. Kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sila duduk dan tegakkan kerusi anda.

Pengumuman penting daripada stewardess AirAsia itu telah mengejutkan Siti Humaira dari lelapnya, ataupun beliau lebih mesra dikenali sebagai Maira. Hatinya begitu berbunga, tidak sabar untuknya bertemu suaminya, Mad yang berada di Semenanjung Malaysia. Begitulah lumrah pasangan yang LDR. Walaupun hampir 6 tahun mereka tidak duduk bersama, cinta yang terjalin tidak pernah padam. Meskipun ada bergaduh sedikit, itulah ragam berumahtangga.

Kepulangan Maira ke Kuala Lumpur dirahsiakan daripada suaminya, dia ingin memberikan kejutan akan keberadaannya nanti. Maira juga telah menyewa sebiji kereta untuk memudahkan dia kemana sahaja. Segala urusan menyewa kereta dibuat beberapa hari sebelum Maira terbang ke KL. Sempat juga dia ke Pavillion Kuala Lumpur lalu pergi ke salon untuk mendandan dan mewarnakan rambutnya. Merah menjadi pilihan Maira.

Selesai temujanjinya di salon, dan Maira sangat berpuas hati dengan rambutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai temujanjinya di salon, dan Maira sangat berpuas hati dengan rambutnya. Kini dia menuju ke Victoria Secret untuk membeli night gown yang agak seksi dan daring. Dia tidak ingin mensia - siakan malamnya bersama suami yang dicintainya. Agak lama dia tidak bersama suaminya. Perasaan rindu sudah mula menebal.

Setelah beberapa ketika, Maira akhirnya memilih baju yang menepati citarasanya. Dalam hatinya juga berharap agar penampilannya nanti akan menghidupkan suis syahwat suaminya itu.

Waktu menunjukkan hampir jam 7 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu menunjukkan hampir jam 7 malam. Baru sekarang Maira terasa lapar. Juadah yang terakhir dimakannya ialah sewaktu berada di dalam kapal terbang. Itupun dalam pukul 11 pagi tadi. Tidak membuang masa, Maira sempat singgah di kedai makan berhampiran untuk menjamu selera.

Perjalanan Yang TerakhirWhere stories live. Discover now