Bunyi tembakan yang bertalu-talu mengejutkan Aaryan dan Faleeq. Bunyi deruman enjit jet pejuang juga kedengaran di luar membuatkan mereka bingung seketika. Mereka kini sudah tidak berbaju, hanya berseluar.
Keadaan mereka sangat lemah setelah diseksa dan dibelasah. Pada badan mereka terdapat kesan melecur cucuhan rokok. Muka pula sudah membengkak dan luka memenuhi segenap wajah.
Mata Aaryan pula kelihatan seperti antara buka dan tidak akibat bengkak yang dialami, lebam keunguan serta memerah. Sama juga keadaannya dengan Faleeq.
"Jebat! Kau rasa itu dia orang datang nak selamatkan kita ke?" Aaryan menyoal lemah.
"Maybe," perlahan Faleeq menjawab.
"Akhirnya, dapat juga kita balik. Aku dah rindu anak-anak aku," kata Aaryan.
"Bila masa kau ada anak, sahabatku?" Faleeq menyoal perlahan. Kepala tertunduk ke bawah.
"Ada, kau je yang tak tahu. Apalah nasib anak-anak ikan aku."
"Kau bela anak ikan? Astaghfirullah!"
"Ikan dalam kolam, gila! Tak sabar aku nak balik nak mandi dengan ikan aku," ujar Aaryan.
"Oh! Aku ingatkan anak ikan yang tu. Viper, apa yang aku cakap semalam itu. Kau lupakan sajalah,"" ujar Faleeq lambat-lambat.
"Kau cakap apa?"
"Pasal aku suka Farah tu. Itu rahsia kita berdua!"
Sempat lagi Faleeq memberi amaran dalam keadaan lemah begitu. Aaryan ketawa halus. Sesekali dia mendesis kesakitan akibat bibirnya yang sudah pecah berdarah itu.
Bam!
Pintu bilik tempat mereka dikurung ditendang dari luar. Aaryan dan Faleeq terkejut melihat muncung senapang ditala ke arah mereka, namun tak lama bibir mengukir senyum.
"Viper! Jebat! Are you okay?"
"Kau nampak pisau ni tercacak kat sini, monyet? Kau tanya lagi," jawab Faleeq.
Dia geram mendengar soalan tidak berasas yang keluar daripada mulut Najmi.
"Sorry, bro! Excited nampak muka kau orang walaupun dah pecah!"
Najmi mengenakan dua rakannya itu. Dia membuka ikatan pada Aaryan, manakala seorang komando lagi membuka ikatan pada Faleeq. Mereka memapah kedua-dua lelaki yang lemah itu keluar dengan berhati-hati.
"Hostages secured! Dua kambing dah berjaya dijinakkan. We're coming out, captain!"
Najmi memaklumkan melalui walkie-talkie sambil tersengih. Aaryan dan Faleeq menjeling tajam mendengar bicaranya.
"Copy that!" Adha membalas.
Dia membaling sebutir bom tangan ke arah musuh di hadapannya dan... boom!
Letupan itu mematikan beberapa orang musuh. Dia bergerak lagi. Anak buahnya yang lain juga sedang melakukan serangan balas yang mematikan terhadap musuh.
Bang!
Sebutir peluru terkena sedikit pada bahagian tepi bahunya. Adha segera berlindung dan melepaskan tembakan ke arah musuh setelah memastikan sasarannya. Matanya menangkap kelibat Aaryan dan Faleeq yang sedang dibawa keluar.
"Alpha, cover hostages! Bring them out safely! Charlie, kita habiskan semua musuh yang ada!"
Adha memberi arahan kepada pasukannya. Kelihatan dua buah helikopter sedang berlegar di ruang udara; bersedia untuk mengambil mereka semua.

YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance[SIRI PERTAMA 4 BERADIK] ❗️Dalam proses edit❗️ Singkat. Itu adalah perkataan yang sesuai untuk permulaan kisah cinta antara Diya dan Adha. Namun tidak bagi Adha kerana dia sudah lama menyukai gadis itu. Dengan bantuan Najmi, kisah cinta mereka berdu...