Bab 27

217 17 0
                                    

Zarell yang sedang menuruni tangga terhenti sekejap dipertengahan jalan memandang pemandangan yang dihidang.Jelas hari ini rumah dia berasa ceria dah penuh dengan pelbagai gelagat walaupun hanya keluarganya dan keluarga Cecillia yang berkumpul.

Gelak Cecillia ditangkap oleh telinganya terus matanya mencari kedudukan Cecillia yang beralih.Senyuman ditarik.Ceria sungguh kekasih hatinya saat ini.Kotak kecil yang berada dalam genggaman tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sebelum dia kembali melangkah menuruni tangga.

"You pergi mana biy? Yak yak ae?" Soal Cecillia apabila melihat Zarell kembali melangkah ke ruangan itu.

"Ish apa adik tanya macam tu.Biarlah Zarell nak buat apa pun.Sibuk je budak ni" Sampuk Anaqi apabila mendengar soalan tidak senonoh dari Cecillia.

Cecillia menjeling manja apabila dibidas oleh Anaqi.Orang tanya je, tu pun nak marah.

Zarell ketawa kecil sebelum kembali menjawab soalan cinta hatinya "Taklah yang.Aku ambil barang kejap dekat atas" Mematikan semua fikiran mengarut Cecilllia, Zarell menjawab dengan tenang.

"Ambil apa Rell?Sampai tak sempat- sempat tu" Tanya Puan Sri Alana pula.

Zarell menggaru belakang tengkuknya.Agak awkward dia saat itu sebenarnya.Langkah dibawa kearah mummynya.Dia bisikkan sesuatu ke telinga Puan Sri Alana.Semua mata terarah ke dua beranak itu.

Selesai Zarell berbisik, kini giliran Puan Sri Alana pula berbisik kepada Tan Sri Zaqwan.Tan Sri Zaqwan terangguk- angguk mendengarkan kata- kata isterinya yang lalu lubang pendengarannya itu.

Keluarga Cecillia jelas kelihatan terpinga- pinga.Seakan tertanya- tanya apa yang dibisikkan oleh anak beranak itu.

Dehaman dari Tan Sri Zaqwan membuat semua memandang kearah wajah tua itu.

"Bismillahirahmanirrahim" Ucap Tan Sri Zaqwan memulakan bicara.

"Minta maaf andai perbuatan Zarell sebentar tadi sedikit kurang sopan.Yelah berbisik- bisik depan tetamu.Maaf ya" Sambung Tan Sri Zaqwan lagi agak formal.

Keluarga Cecillia hanya menjawab dengan senyum.

"Saya straight to the point teruslah ya, memandangkan sekarang ni kita dua keluarga sedang elok berkumpul macam ni, saya sebagai ketua keluarga dan wakil kepada anak saya ingin meminang satu- satunya bunga dalam keluarga Dato' Aqram untuk anak saya"

Keluarga Cecillia nyata terkejut.Tidak sangka perkara ini berlaku seawal ini.

Dato' Aqram memandang kearah isterinya.Datin Chea turut memandang dan mengangguk memberi isyarat kepada suaminya.Dato' Aqram menbalas dengan senyum.

Dengan senyum yang masih dibibir, Dato' Aqram membuka bicara."Saya sebagai penjaga sah kepada Cecillia Nadine memberi seratus- peratus hak persetujuan kepada anak saya.Andai dia bersetuju, saya dengan berbesar hati menerima anak Tan Sri dalam keluarga kami" Jawab papa Cecillia.

"So sayang mama..macam mana? Lia setuju tak keluarga Zarell pinang Lia ni?" Tanya Datin Chea kepada anaknya yang membisu sedari tadi.

Cecillia diam.Semua muka memandang kearahnya saat ini sebelum dia berakhir memandang kearah Zarell yang berdiri disebelah sofa yang diduduki oleh Puan Sri Alana.

Zarell betul- betul berdebar saat itu.Takut andai Cecillia menolak pinangannya.Serba sedikit kebisuan Cecillia itu membuatkan jantungnya hampir meletup.

BELONGS TO : ZARELL KAISERWhere stories live. Discover now