Bab 10

220 13 0
                                    

Mereka memasuki mall itu sambil berpegangan tangan.Tidak sekali pun tangan kecil itu dilepaskan Zarell maklumlah harini cuti umum jadi keadaan mall agak sesak.

"So, nak beli apa ni?" Tanya Cecillia.

"Tak tahulah.Kau ada idea nak beli apa untuk newly bride?"

"Cousin you perempuan ke lelaki?" Tanya Cecillia lagi.Peranannya sangat penting sekarang supaya mereka dapat keluar lebih awal dari keadaan sesak ini.

"Perempuan.That's why lah aku tak tahu nak beli apa.Aku bukannya tahu perempuan suka apa" Lainlah kalau perempuan tu kau.Sambung Zarell dalam hati.

"You belikan kelengkapan dapurlah.Like peti ais or washing machine.Nak lagi senang nanti you deal suruh dorang yang hantarkan direct ke rumah pengantin"

"Betul jugakkan.Functionnya baby aku harini.Kalau ikut aku, aku belikan handbag je tadi.Thanks sayang" Tidak sia- sia dia membawa Cecillia.Ternyata Cecillia memang dapat membantunya.

"You're welcome.So jomlah kita pergi ke section electronic" Lantas mereka bergerak ke tempat itu.

Memasuki round ketiga mereka pusing tempat itu, barulah mereka membuat pilihan.Satu washing machine dan satu dryer selamat dibayar oleh Zarell.

Selesai melakukan pembayaran, mereka terus ingin bergerak pulang.Dengan keadaan yang agak sesak mereka cuba untuk lolos ke pintu keluar.

Tiba- tiba badan Cecillia ditolak seseorang sampai jatuh.

"Auch" Spontan Cecillia terjerit.Bontotnya rasa agak sakit akibat hentaman yang agak kuat.

Zarell yang menyedari situasi itu cepat- cepat menghampiri Cecillia."Baby..kau okey tak ni?" Perempuan yang melanggar Cecillia dipandang tajam.

"Okey.. tapi bontot I sakit" Adu Cecillia.Sungguh dia tidak tipu.Dahlah jatuh dalam keadaan dia tidak ready, habislah tulang bontot dia.

Zarell mengangkat tubuh Cecillia.Tangan Cecillia kemas berpaut pada lengan Zarell.

"Yang kau suka hati je langgar orang ni kenapa? Tak nampak dia kat situ sampai pergi langgar?" Tengking Zarell yang menggamit beberapa pandangan dari orang lain.Cecillia menggosok lengan Zarell seolah memberitahu supaya bertenang.

Cecillia tengok orang yang melanggarnya itu.Ternyata dia kenal akan perempuan itu.

"Jasmine?" Tegur Cecillia.

"L..Li..Liaa.." Kata perempuan itu tergagap- gagap.

"Kau.." Belum sempat Cecillia menghabiskan kata, Jasmine memohon maaf dan meminta diri.

"A..aku minta maaf sebab langgar kau.Aku pergi dulu.Sorry" Usai berkata sedemikian, perempuan itu pantas bergerak meninggalkan Zarell dan Cecillia.

Zarell cuba menghadam situasi itu.

"Kau kenal dia ke baby? Bapak kurang ajar blah macam tu je" Kata Zarell.Agak biadap baginya melihat perempuan itu pergi begitu saja.

"Kawan masa orientasi universiti dulu.Tapi tak kawan sangat pun sebab kitorang berlainan kos" Jelas Cecillia.Sebenarnya sesuatu telah terjadi antara mereka tetapi benda itu tidak sesuai untuk diceritakan ditempat sekarang.Terlalu sesak.

"Oo..ni kau okey ke tak? nak pergi klinik?"

"Takpayahlah.Bontot I kebas sikit je.InshaAllah takde apa- apa yang teruk" Ujar Cecillia.Tak nak Zarell terlalu risau akan dirinya.

Mendengar balasan Cecillia membuatkan Zarell sedikit lega.Risau juga dia jikalau Cecillia tercedera.

Mereka berjaya keluar dari keadaan sesak itu dan terus bergerak pulang.

Hari ini Cecillia bergerak sendiri ke pejabat.Masuk saja ke lobby syarikat, Cecillia menegur Hani yang bertugas sebagai receptionist.

"Morning jugak Cik Lia.Kenapa harini tak datang dengan bos?" Tanya Hani.Hampir semua pekerja di ZK's tahu betapa rapatnya hubungan diantara Cecillia dan Zarell sehinggakan ada diantara mereka yang mengharapkan hubungan mereka lebih dari hubungan persahabatan.

"Saja tukar mood.Lagipun kereta I tu dah lama tak bawa.Kang nanti ada yang merajuk tak hidup" Kata Cecillia menggamit ketawa Hani.

"Hani..bos dah datang ek? Harini I guna jalan belakang so tak lalu area parking bos"

"Dah Cik Lia.Tadi Hani sampai kereta bos dah elok terparking di parkir.Tak tahulah pukul berapa bos datang"

"Ouh awal pulak dia datang harini.Takpelah kalau macam tu I naik dulu.Belum punchcard ni nanti merah pulak kehadiran I"

"Okey Cik Lia.Happy working"

Cecillia turut membalas lalu menuju ke lif pekerja.Walaupun dia dibenarkan mengguna lif private milik Zarell tetapi dia masih tidak selesa.Dia hanya akan menggunakan lif tersebut jikalau Zarell ada bersamanya.

Selesai punchcard, Cecillia bergerak menuju ke meja kerjanya.Imac di'on'kan untuk memulakan kerja.Tepat pukul 10 pagi, Cecillia menuju ke pantry.Secawan kopi siap dibancuh dan dihantar kepada Zarell.

Tok Tok Tok

"Masuk" Laung Zarell dari dalam.

"Your coffee bos" Kata Cecillia.Zarell yang mendengar suara Cecillia tersenyum nipis.Kopi itu dia menyuruh Cecillia letakkan di penjuru meja.

"You nampak serabut, you okey?"

"Yeah serabut sikit.Ada masalah tentang projek kerjasama dengan Elite Coorporationdekat site and aku kena settlekan masalah tu by today jugak kalau tak company sebelah nak saman company kita" Luah Zarell.Dahinya dipicit bagi menghilangkan pening yang terasa.

"So how the progress? Ada apa- apa yang I boleh tolong?" Zarell didekati lalu Cecillia menolong memicitkan kepala Zarell.

"No aku okey.Just nanti aku kena turun site juga untuk discuss dengan kontruktor.InshaAllah petang ni boleh settle terus"

"Nak I temankan?" Picitan terhenti apabila Zarell mengambil tangannya dan diusap lembut.

"Its okey baby.Lagipun panas dekat site tu.Don't worry apa- apa aku akan update dekat kau dulu" Kata Zarell tidak ingin memberatkan hati Cecillia.

"Yelah.Ada apa- apa terus begitahu je dekat I.I keluar dulu.Nak sambung buat kerja" Zarell dipandang kejap sebelum dia bergerak keluar dari ruangan kerja Zarell.

Cecillia yang sedang tekun membuat kerja terkejut akan kehadiran Zarell secara tiba- tiba.

"Lili postponekan semua meeting aku harini.Aku ada hal mendadak" Kata Zarell tergesa- gesa.Terpapar terang raut wajah serabut serta tertekan Zarell.

Belum sempat Cecillia membalas, Zarell terus berlalu.

'Apa pulak yang jadi kalini.May Allah ease everything for you Zarell Kaiser' Doa Cecillia dalam hati.

•••••

BELONGS TO : ZARELL KAISERWhere stories live. Discover now